Pencarian diri merupakan nikmat dari Allah SWT dan hidup ini hanyalah untuk mencari mardhatillah yang dijanjikanNya...

~* TULUS KATA HATI *~





picture by: nurtaqwa


-Assalamualaikum warahmatullah-


-About Me-
- alias ~ nurtaqwa @ nur5268
- bahasa ~ suka 'rojakkan' bahasa (ampun!)


-Perhatian/Disclaimer -
Setiap apa yang terkandung di dalam 'Tulus Kata Hati' hanyalah cetusan idea penulis semata-mata. Sebarang persamaan antara yang hidup atau mati adalah suatu kebetulan.


-Plagiarism-
Nope. Not allowed here. I'm serious...



-Tagboard Talk-

   

<< February 2010 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28


-Firman Allah SWT-
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia, selain untuk menghambakan diri (beribadat) kepadaKu."


Az-Zaariyat; 56


-Blogs To Visit-
- grey cat -
- rnysa -
- kak su -
- hadiah -
- niza -
- eita -
- spiral -
- ryana -
- nadya -
- Ija -
- Nur -
- POPO -
- huRzalafi -
- afeera -
- pinK Jambu -




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


 
Monday, November 21, 2005
Episod 12 – Tingkah Hati


Katil kayu yang terletak di tengah-tengah bilik itu dibelakangi tirai beralun tona biru. Lembut, tak ubah seperti warna ombak yang menyapa pantai. Biarpun ruang di dalam bilik tersebut tidaklah seluas mana, namun bijak diatur agar tampak kemas dan teratur. Hanya ada meja solek, almari serta kerusi duduk di bucu dinding, menemani katil yang sedia ada. Sedondon kroma biru laut menyambut pandangan – halus tanpa menyesakkan.

Aku dan Nurul berdiri seketika di muka pintu, memerhati suasana. Hidayah yang sedang duduk bersila mendepani kami sedang didandan oleh seorang wanita berkebaya, antara nampak dengan tidak kehadiran kami tatkala sedang disolek sebegitu.

“Nurul, Aufa, masuklah tapi maaflah ya, tak dapat nak bergerak banyak sekarang ni.”

Aku berbalas pandang dengan Nurul yang tersenyum sambil melangkah lebih dekat ke arah Hidayah. “Jangan risau, Dayah. Pandailah kami. Kan Aufa?”

Aku tersenyum mengangguk. Sekilas wajah Hidayah kutenung. Lain sedikit wajahnya daripada biasa -- seri bakal tunangan mungkin. “Ada apa-apa lagi yang nak kami tolong ke Dayah?”

“Hantaran dah siap dah. Saya ni aja yang tak siap lagi. Taufiq kata rombongannya dah on the way.”

Hidayah yang telah siap didandan kemudiannya bergerak ke katil untuk mencapai pakaiannya – sepasang kurung putih berbunga perak. Cantik.

“Dayah, hantarannya dekat mana ya?”

“Ada dekat bilik sebelah. Nak tengok, pergilah. Yang lain-lain pun ada dekat situ.”

Kami bergerak ke bilik sebelah, beberapa tapak sahaja jaraknya daripada bilik Hidayah tadi. Pintu yang sudah separa terbuka dikuak perlahan, sambil kami berdua melangkah masuk.

“Panjang umur budak-budak berdua ni. Ingatkan sesat tak jumpa-jumpa jalan dah.”

“Silap haribulan kalau budak-budak ni masuk highway semula ke apa tadi, selamat tak nampak bayang!”

Kak Aida dan Kak Lily sudah mula rancak mengusik sambil diselangselikan oleh gelak tawa rakan-rakan kami yang lain – Sya, Lina, Wani. Kak Ana dan Kak Ira pun ada sama. Nurul terus mengambil tempat di sebelah Kak Aida, tentu tak lain tak bukan berhajat untuk bermain ‘timbal balik’. Almaklumlah, kehadiran kami tadi kan telah ‘diserang hendap’ oleh kembar berdua ini.

“Kita bukan orang sini ek – ni kira pandai jugalah mencari rumah. Tapi…kalau orang yang duduk area ni pun sampai setengah jam main pusing-pusing tanpa hala, lain ceritalah ya.”

Mata Kak Aida sudah membulat. “Akak tak tinggal kat kawasan ni k. Akak duduk dekat-dekat je dengan area ni, tolong sikit! Lagi satu, tak adalah pusing sampai setengah jam. Ada ke…”

Sambil Nurul terus menajamkan skill komunikasi khalayaknya bersama Kak Aida, Wani pula seronok melayan Kak Lili dan Sya berborak. Si Lina pula tak habis-habis dengan kameranya – lincah jari jemarinya menangkap gambar. Langsung mataku jatuh pada deretan dulang-dulang hantaran yang tersusun di atas katil. Sesuai dengan tema bilik Hidayah sebentar tadi, setiap dulang hantaran menggunakan gabungan warna biru lembut dan perak. Pantas bilangan dulang dikira – tujuh kesemuanya. Maksudnya pihak lelaki akan memberi lima dulang hantaran.

“Cantik kan?”

Aku berpaling ke sisi, mengangguk seraya menyambut senyum yang dihulur Kak Ana. Gadis itu sedang memerhatikan gubahan sirih junjung yang terletak di hujung katil. “Dayah yang buat semua ni ke kak?”

“Dia kata tadi hantaran ni dibuat bersama-sama dengan kakak dan emaknya. Family affair.”

Untungnya begitu… “Keluarga Dayah semuanya tangan berseni, bertuah badan.”

Kak Ana yang membetulkan duduk simpuhnya tersenyum kecil mendengar kata-kataku. “Aufa pun apa kurangnya. Sampai masa nanti, akak akan tengok gubahan hantaran Aufa pula.”

Subhanallah…Kenyataan Kak Ana bakal menyentuh topik yang rasanya tidak ingin kubincangkan sekarang. Nope, definitely not right now. Fikiran ini boleh jadi berkecamuk andai kata benar-benar diskusi dibuka. “Wallahu’alam kak.” Wajah manisnya kutatap -- dengan sepasang kurung merah jambu seiras tudung labuhnya, Kak Ana tampak lebih manis daripada biasa. Hati jadi kurang pasti dengan deraian perasaan yang menyinggah kala ini. “Akak dah lama sampai?”

“Tak adalah baru sangat. Sepuluh, lima belas minit mungkin. Aufa dan Nurul macam mana datang ke sini tadi?”

Terdetik rasa bimbang saat ingin meneruskan bicara, bimbang menimbulkan prasangka yang tidak perlu. Aufa, berkatalah benar walaupun pahit… Situasi ini tidaklah pahit, Cuma, itulah… “Datang dengan kawan Aufa. Dia bawa kereta.”

“Yang transfer ke sini early this semester tu ke?”

Aku mengangguk. Entah kenapa tiba-tiba terasa pelik pula bercerita tentang Am.

“Budak-budak ni kata dia kawan lama Aufa – iya?”

Budak-budak? Budak-budak mana pula yang bercerita ni? Perihal Am selalunya hanya diberitahu kepada Nurul, itupun sebab Nurul yang rajin bertanya. “Lebih kurang begitulah kak. Kami kawan dari sekolah lagi.” Rasa risau membuatkanku cepat berbalas soalan – ingin ‘bertukar angin’. “Akak pula, datang macam mana ke sini?”

“Dengan Ira dan Nufail.” Jawapan spontannya membuatku sedikit tersentak. Entah dapat dikesan atau tidak oleh Kak Ana. Riak wajahnya masih tenang seperti selalu, lembut sewaktu menyambung kata. “Yang lain-lain tu – Sya, Wani, Lina, Lily, semuanya datang satu kereta dengan Kak Aida.”

Suara seorang wanita pertengahan umur yang riuh menyampaikan berita ketibaan rombongan pihak lelaki memotong setiap perbualan yang sedang berlangsung. Keriangan kanak-kanak yang sedang berlari-lari di dalam rumah berserta kekalutan pihak perempuan yang sedang bersedia untuk menerima masuk tetamu mereka menambahkan lagi kemeriahan majlis pertunangan tersebut. Saudara mara Hidayah pula bergilir-gilir membawa turun dulang-dulang hantaran untuk dipersembahkan di ruang tamu di bawah. Dan tatkala kami semua turun mengiringi Hidayah untuk diperlihatkan kepada keluarga bakal mentuanya, tetap dalam kemeriahan dan keriuhan suasana, mindaku kian terasa hangat celarunya. Di dalam ruang hati yang paling dalam, keserabutan itu dikunci seketika – saat ini, kegembiraan Hidayah perlu diiringi.


***



Perlahan rasanya keluar masuk nafas yang dihirup dan dihembus. Lambat-lambat tanganku dibawa ke muka, meraup lembut wajah yang baru sudah sujud bermunajat kepadaNya. Sujud malamku kali ini agak lama, menghampar seribu satu rasa kepada yang paling memahami diri ini – rakan yang paling karib, sahabat yang terakrab, Rabbul ‘Izzati.

Di kesunyian malam yang berlabuh, aku kekal berteleku di atas sejadah yang terbentang. Walaupun bukan niat untuk bermenung sendirian, namun seakan-akan itulah jadinya dudukku kala ini. Walaupun amalan bertahajjud begini sudah menjadi norma, namun bangunku malam ini berhajat. Gabungan rindu kepadaNya serta keinginan yang sungguh untuk mengadu pada Yang Esa.

Mataku dipejam rapat, seolah-olah ingin menolak terjahan perasaan yang menyerbu qalbu. Hati ini sebenarnya keliru. Keliru, sedih, sakit, dan entah apa-apa lagi – penyakit-penyakit yang hanya mampu diubati Ilahi. Dan sesakit mana pun hati saat ini, lebih malu lagi untuk berhadapan dengan Allah SWT. Setitis air mata jatuh mengalir di pipi.

Hinanya diriku di pandanganMu Ya Allah…Aku malu padaMu, malu merayu belas dan kasihMu. Malunya seorang hamba yang menitiskan air mata bukan kerana mengenangkan kekasihMu tetapi atas kelalaian hati terhadap saudaranya sendiri. Memanik jernih yang cuba ditahan gugur jua berjuraian. Lemahnya dirimu Aufa…Bagaimana boleh engkau dibangunkan sebagai ummat Muhammmad SAW kelak andai begini lakumu?

Ampunilah aku, Ya Rabb…Bersihkanlah hati ini agar dapat tetap di jalanMu. Kerana sesungguhnya dalam diriku hanya terpalit kelemahan melainkan Kau yang menitipkan kekuatan.


****



Mata yang letih kupaksa jua untuk menatap baris-baris kata yang termaktub di dalam buku teks setebal hampir dua inci itu. Entah dari mana datangnya tekanan yang memberatkan kepala waktu ini. Waktu peperiksaan pertengahan yang kian menjelang menyebabkan tumpuan kepada pelajaranku semakin berganda. Dua minggu ketekunan mampu untuk membantu mencorakkan perjalanan semester yang hanya tinggal dua bulan sahaja lagi sebelum kembali menutup tirainya. Semester hadapan bakal memberi maksud bahawa timbunan lagi kerja akan meningkat bebannya – cabaran mana-mana pelajar tahun akhir yang akan mula bergelut dengan projek serta subjek-subjek elektif pilihan masing-masing.

Nada dering dari telefon bimbitku langsung memberhentikan tumpuan kepada buku yang terbuka helaiannya di atas meja. Melihatkan nama pemanggil di skrin sahaja sudah cukup untuk membuahkan seukir senyuman di bibir.

“Assalamualaikum sayang.”

“Eei kak, gelilah! Nak main sayang-sayang dengan kita pula dah! Kalau ada baldi depan Afnan, dah lama dah Afnan muntah tau.”

Tawaku tentu jelas didengari Afnan. Seronok juga menyakat adik yang seorang ini. “Afnan memang…Kalau akak yang ucap, nak muntah aja. Kalau girlfriend Afnan yang sebut, entah-entah sudah berbalas sayangnya.”

“Mana Afnan ada girlfriend la akak ni…Suka-suka hati pula tukar status orang yang single and available ni ya. Akak tu lainlah.”

Buku yang tadinya terbuka ditutup perlahan. Badan yang menjerit letih selesa apabila bersua dengan permukaan lembut katilku. “Apa yang lainnya?”

“Akak ni…sudah gaharu cendana pula dia.” Aku tersenyum senang. Bila pula Afnan mengambil jurusan kesusateraan Melayu ni… “Bila akak nak bawa balik and introduce abang ipar Afnan pada ibu dengan ayah? Penat dah Afnan cover line untuk akak ni.”

Dari posisi berbaring sebentar tadi, aku bangkit untuk membetulkan duduk. “Apa cakap bukan-bukan ni Afnan…Tak baik tau buli akak. Akak kan baik, tak pernah buli Afnan.”

Ketawa Afnan kedengaran di corong telefon. “Iyalah sangat. Kak, ibu tanya, bila akak start midterm?”

“Dua minggu lagi. Ibu dengan ayah sihat?”

“Alhamdulillah. Ibu tengah teman ayah makan. Akak dah dinner?”

“Belum lagi, dik. Lagipun, akak tak lapar, lewat-lewat sikit nanti agaknya.”

All you girls, diet aja kerjanya,” usik Afnan. “Jangan tinggal makan tau kak. Nanti ibu bising, orang tak tahu…Akak tengah study ke ni?”

“Taklah, sekarang ni kan akak tengah cakap dengan Afnan.” Ketukan di pintu membuatkanku berpaling sebentar. “Afnan, ada orang ketuk pintu rumah. I’ll talk to you later k. Belajar rajin-rajin tau – kirim salam pada ibu dengan ayah.”

Telefon bimbit masih kekal di tangan waktu aku melangkah ke ruang hadapan, terus ke pintu utama. Sekilas aku menjeling kepada jam analog di pergelangan tangan – tepat sembilan malam. Nurul sedang menghadiri kelas ganti sejak sejam yang lalu dan hanya akan pulang sejam dari sekarang, seperti kebiasaannya. Siapa agaknya?

“Assalamualaikum.” Dua kali ketukan lagi kedengaran di pintu. “Aufa…ada orang di rumah ke tidak ni?”

Aku tersenyum -- suara seriang itu takkan pernah silap di telinga ini. Siapa lagi kalau bukan jiran sebelah rumah yang begitu suka mengusik. “Wa’alaikumussalam. Ada kak, sekejap ya.”

Tombol pintu dipusing sebelum ditarik perlahan. Manis wajah Kak Lily yang sedang tersenyum-senyum di muka pintu. Senyumannya kusambut.

“Tersenyum-senyum akak ni. Ingat dia comel sangatlah tu ya…” usikku. “Masuklah kak.”

“Masalahnya Aufa, akak ni memang sejak lahir comel macam ni,” sakatnya kembali sambil mengikutku ke ruang tamu. “Aufa seorang sahaja ke di rumah? Nurul mana?”

“Nurul ada kelas ganti ganti, kak. Pukul sepuluh nanti baru kelasnya habis.” Kak Lily yang duduk bertentangan denganku di ruang tamu sedang membetulkan posisinya. “Kak Aida tak datang sama?”

“Mak ayah dia datang tadi – bawa dia keluar makan malam. Lambat lagi la baliknya tu.”

Aku mengangguk faham. Kak Aida ada memberitahu tentang kebarangkalian kedua ibu bapanya turun ke ibu kota minggu lepas. “Akak tengah buat apa di rumah tadi?”

“Tak ada apa sangat. Niatnya nak ulangkaji, tapi bila dah duduk seorang aja dekat rumah tu, macam tak ada semangat pula jadinya. Itu yang akak datang sini.”

Tiba-tiba terdetik di minda tentang tetamu yang dilawa yang masih belum dijamu apa-apa. “Subhanallah…lupa pula Aufa.” Aku bingkas bangkit daripada dudukku. “Akak nak minum apa ya? Air panas ke air sejuk?”

Kak Lily yang tadinya duduk juga mengikutku berdiri. “Eh, tak payahlah buat air, Aufa. Akak baru lepas minum sebelum datang sini. Saja aja nak cari kawan bersembang.”

“Tak susahlah, kak. Bancuh air aja.” Di luar tingkap, hujan sedang merintik turun. “Hujan-hujan ni, Aufa buatkan air panas ya.”

“Ya Allah budak ini…” Kak Lily yang menurut langkahku ke dapur elok melabuhkan punggungnya di atas kerusi berbingkai besi di meja makan. “Lagi kita kata tak payah, lagi dibuatnya…”

Aku tersenyum sewaktu berpaling ke arahnya, tanganku mencapai dua buah kole yang tersedia di tepi sinki. Air panas sedang dijerang. “Kak, kalau nak apa-apa, ambil aja ya. Buat macam rumah sendiri.”

“Tengah ambillah ni.” Kak Lily yang sedang membuka balang berisi biskut membalas senyumku. “Macam tak biasa je Aufa…”

Pek-pek berisi bancuhan koko segera dikoyakkan sedikit sebelum isinya dituang ke dalam kole di hadapan mata. Bakul sampah di sudut kiri bilik kekal sebagai destinasi pek-pek koko yang kini kosong.

“Aufa, akak nak tanya sikit – boleh?”

Tanpa berpaling aku mengangguk. Sudu-sudu kecil yang kering kucapai sebelum diletakkan di dalam kole. Topik yang bermain di fikiran Kak Lily mungkin benar seperti kuduga, namun entah kenapa terasa lidah seakan-akan kelu untuk berbicara.

“Aufa dengan Nufail sekarang, macam mana?”

Rasanya adalah beberapa saat diriku terpaku disitu, kekal tidak berpaling, hanya menghembus berat nafas yang keluar. Pelantik suis cerek elektrik automatik berdetik tiba-tiba – air sudah siap dijerang. Setelah mematikan suis di dinding, aku menuang air panas ke dalam kole. Meruap-ruap asap putih, antara nampak dan tidak, apabila sudu yang kupegang mengacau perlahan bancuhan tersebut. Benar sangakaanku sebentar tadi. Perlahan-lahan aku berpaling, membawa bersama dua kole berisi koko panas.

Wajah Kak Lily tidak kupandang saat kole itu kuletakkan di hadapannya. “Macam itulah, kak. Macam mana lagi. Akak nak ulangkaji subjek apa? Kalau nak, Aufa boleh teman study.”

Walaupun aku tidak mendongak, memandang wajah perempuan yang kukira kakak kepadaku, aku yakin pandangannya tepat ke arahku. Untuk sesaat, aku mencari anak matanya, berlawan pandang untuk membuktikan…buktikan apa, Aufa?

Kak Lily masih diam menghadapku. “Kenapa akak tengok Aufa macam tu?”

“Boleh juga nak ulangkaji. Aufa teman akak kan…” Matanya yang tidak berkelip kupandang. Lain macam sahaja bunyinya…Riak wajahnya yang bersahaja selalunya membawa isi tersirat. “Subjek hati.”

Entah patut atau tidak andai ada tawa yang lepas dari bibirku tika itu. “Akak ni, merepek aja.”

“Subjek ni sensitif ya untuk dibincangkan…Aufa pun asyik mengelak dari akak.”

Aduh kak…macam mana hendak Aufa terangkan? “Bukan mengelak kak, cuma…tak ada apa yang Aufa boleh cakapkan. Jadinya, tak ada benda untuk dicerita.”

Kata-kataku seperti tidak didengari oleh Kak Lily. “Nak kata kamu bergaduh, rasanya bila akak tengok kamu sekarang, macam dah berbaik.”

Air di dalam kole dikacau perlahan. “Kami tak gaduhlah, kak. Baik aja semuanya.”

“Habis tu?”

“Habis tu apa?”

Ada keluhan kecil yang keluar yang bibir Kak Lily. Keluhan yang tidak dapat kutafsirkan maksudnya. “Aufa…”

Wajah bersih Kak Lily kerenung tanpa kata. Apa yang akak nak Aufa cakap sebenarnya?

“Kalau jodoh kamu memang dengan dia macam mana?”

Tangan yang tadinya lembut mengacau air di dalam kole dihentikan pergerakannya. Soalan Kak Lily terasa amat berat untuk dijawab. Bagaimana hendak diberikan jawapan tentang persoalan masa hadapan yang tidak tentu hala tujunya – ungkaian peristiwa yang hanya diketahui oleh Dia semata-mata? Entah dari mana datang pula ingatan terhadap malam-malamku yang menghamparkan sujud, meminta padaNya agar rasa hati yang sia-sia dibuang jauh-jauh andai memudaratkan diri dan agamaNya. Tak putus juga dengan rantaian doa agar diberikan kesucian dan ketenangan hati. Aufa, Islam tidak akan kembali gemilang di atas impian yang tidak menguntungkan. Berhentilah membina mimpi yang akan kekal angan-angan!

“Janganlah cakap macam tu, kak.” Entah Kak Lily dapat mendengar atau tidak jawapan yang ditutur dalam nada suara serendah itu. “Kasihan Nufail.”

“Kasihan Nufail? Akak tak faham. Kasihan kenapa?”

Redup pandangan Kak Lily menyapa apabila mata kami bertembung. Hati jadi kurang pasti sama ada pertuturan saat ini merupakan suatu kesilapan – bimbang akan menuturkan kata-kata yang akan dikesali. Namun riak muka Kak Lily yang ingin tahu pasti akan menekan sehingga bertemu yang jawapan yang diharapkan. Beberapa detik yang dingin berlalu, memberiku masa untuk membuat pertimbangan. Perlukah?

“Kak, Aufa tak faham – kenapa orang semua kaitkan Aufa dengan Nufail. Kami bukan orang yang sama, kak.” Terasa minda ini berlari-lari mencari patah-patah kata yang sesuai. “Maksud Aufa, Aufa dengan Nufail…kami…”

Kak Lily tidak mencelah, walaupun setelah beberapa ketika sesudah aku kehilangan kata. Sekali lagi aku mengangkat muka, mencari wajah Kak Lily. Ya Allah…patutkah lukisan hati dilakar?

“Aufa, apa sebenarnya yang Aufa fikirkan? Akak tak kisah mendengar kalau Aufa sudi berkongsi.” Lembut matanya yang berlabuh di mukaku. Pelbagai rasa menerpa qalbu saat itu. Serba salah rasanya. Minda yang kompleks penuh dengan masalah sendiri dan fikiran yang terlebih menafsir akhirnya membawa kepada kata-kata yang tidak pernah terluah. Dilemaku tidak pernah surut dari minda. Astaghfirullahal’azim…apa yang sedang Kau catukan untukku ya Rabb?

“Kak, Nufail bukan calang-calang orang. Latarbelakangnya elok, sahsiahnya pula baik. Selalu Aufa rasa iri hati apabila melihatnya dia berhujah perihal agama. Ada api dalam kata-katanya, kak. Nampak sahaja pendiam tapi tiba saatnya untuk mengulas hal-hal yang benar-benar penting – penindasan umat, salah faham tentang Islam, perkara-perkara dasar – dia cukup berilmu. Pendidikan agamanya, masyaAllah…”

Kak Lily masih tetap memandangku. “Jadi?”

Aku terdiam. Sejak kemasukanku ke universiti, Kak Lily paling hampir denganku apabila dinilai latarbelakang kami. Adakalanya dia lebih memahami keadaanku berbanding rakan-rakan yang lain. Namun begitu, hatiku masih berkira-kira. Berat. “Aufa bukan macam dia. Latarbelakang kami tak sama, kak. Nufail tu baik orangnya – seseorang yang Aufa yakin faham akan tanggungjawabnya terhadap Islam. Lawannya perlu setara – seseorang yang jauh lebih baik dari Aufa.” Sekilas wajah Kak Lily kuimbas sebelum kembali menunduk. “Aufa banyak sangat kekurangan, kak. Tak kena.”

Kak Lily yang duduk bertentangan dariku melepaskan satu keluhan kecil. Entah apa yang sedang difikirkan oleh seniorku yang seorang itu. “Aufa…jangan pandang rendah pada diri sendiri. Tak baik, dik. Kita semua ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.”

Seketika bibirku diketap lembut. “Aufa faham, kak. ” Benar, setiap insan ciptaanNya ada anugerah diri, baik atau tidak. Dan rasionalnya mudah untuk diterangkan, namun hati yang mempercayai, ada halangannya yang tersendiri. Ada istighfar yang diulang di dalam hati, bimbang lintasan akal melampaui fitrah seorang hamba yang bersyukur.

“Cumanya…entahlah… Mungkin fikiran Aufa ni aja yang berfikir benda-benda pelik begini. Biarkanlah kak. Tapi Aufa risau juga kalau orang kaitkan kami berdua, bimbangkan khabar-khabar angin yang tidak dikawal. Salah faham pula jadinya nanti kalau Nufail, Kak Ana atau kawan-kawan mereka dengar.”

“Ana?”

Aku hanya mengangguk. Terbit juga sedikit tanda tanya apabila melihat Kak Lily yang seakan-akan tersenyum kecil. Namun persoalan yang hadir di fikiran dibiarkan berlalu. Let it go…

“Pasal Ana tu…hmm, tak apalah, bukan tempat akak. Tapi Aufa, jangan buat perkiraan sendiri tentang keserasian mahupun ketentuan. Kalau Dia yang merancang, hal-hal yang kita tak pernah terfikir pun mampu menjadi realiti.”

Sekali lagi aku mengangguk faham. Kenyataan Kak Lily tak perlu pada ulasan. Namun soalan Kak Lily yang seterusnya tak mampu untuk kutingkah.

“Kenapa gunakan masa silam yang telah berlalu untuk menidakkan masa depan yang lebih baik?”

Kalau diikutkan akal yang sedang menghamburkan kata-kata refleks di minda, barangkali soalan yang diaju Kak Lily akan berjawab. Namun, belum tentu kata-kata yang ditutur cukup kuat untuk menolak panahan logikal senior yang seorang ini… Apabila aku terus diam begitu, Kak Lily tersenyum memandangku.

Ok, ok, we’ll stop discussing this.” Senyumannya kubalas. Kak Lily memang boleh membaca minda yang satu ini agaknya. “Akak ada satu rahsia nak kongsi dengan Aufa.” Dia menyambung apabila pandangan kami bersatu.

“Aufa tahu tak kenapa kadang-kadang bila kita berjumpa dengan seseorang, kita terus suka pada mereka, dan bila berjumpa sesetengah orang yang lain pula, walaupun mereka tak pernah berlaku jahat pada kita, kita rasa seperti tak suka untuk dekat dengan mereka. Tahu kenapa?”

Terus aku menggeleng. Kak Lily dan misteri-misterinya memang sukar untuk ditelah.

“Kata para ulama’, orang-orang yang apabila mereka bertemu dan mereka suka dan senang untuk bersama, antara hati mereka ada keserasian. Hati-hati mereka ada ruh yang sama. Dan begitu jugalah sebaliknya.” Kak Lily berhenti sebentar sebelum menyambung. “Just some food for thought. For you to think about those you hold close to your heart.

Diam. Mata Kak Lily kutemu sebelum pandanganku dikalihkan ke arah lain. Ayat terakhirnya ada isi yang menarik untuk ditafsir. Mungkin sesuatu yang bakal menghuni waktu-waktu sepiku nanti. Waktu-waktu yang hanya akan dikongsi Ilahi yang Maha Mengetahui. Ayat Kak Lily masih bermain-main di fikiran -- ayat yang mengandungi seribu satu rahsia. ‘Think about those you hold close to your heart’…



Posted at 12:49 am by nurtaqwa
Comments (4)  

 
Tuesday, November 01, 2005
Interval #2

Assalamualaikum,

Harapnya readers TKH sihat2 belaka ya :)

First of all, Nur nak ucap banyak2 terima kasih kpd semua yg masih lagi rajin follow-up dgn blog Nur. Also thanks untuk sahabat2, adik2, kakak2, rakan2 virtual, as well as everyone viewing this page. And memandangkan dah dekat sangat untuk menyambut ketibaan Syawal ni, Nur pun nak ambil peluang untuk memohon maaf yang teramat sangat andai kata pernah ada terkasar bahasa, tersilap kata, terlambat berzaman2 utk update ( ;) ), dsb. Sama-samalah kita memberi kemaafan, semoga dengan itu kita dapat menjadi hambaNya yang lebih baik.

Selamat menyambut Aidilfitri & moga diberkatiNya senantiasa ~ take care!

Wassalam.

P/S:-

1. Nur ada invitation untuk anda semua ~ marilah sama-sama melaksanakan puasa selama enam hari dalam bulan Syawal nanti ya ;) Genbatte!

2. Short entry di bawah ni dibuat sebab saja nak berkongsi keadaan Aufa & gang menjelang Raya ni, by request, lgpun Nur dah lama x update. So of course, it's not a part of the actual story. Anyway, be safe & have fun!


Tagboard Reply


  • aufa_solehah ~ thanks for still reading! duga jgn x duga ending tu ;)
  • yana ~ insyaAllah bakal dibuat. TQ!
  • ichigosama, update, ikhwan ~ arigatou gozaimasu!
  • afeera ~ nur tunggu juga update dari akak -- slmt b'hari raya!
  • eita ~ nur lagi seronok kunjung ke blog eita -- hadif vs ezany ;) thanks a lot!
  • kak pink ~ bila akak nak hantar kuih yg akak buat ni? nur tunggu peneram tu ;) akak selalu teman Nur di sini-- TQ akak!
  • iera~ entri baru? erk. check balik lps raya la k, insyaAllah. raya di pantai timur tu elok2 la ya :)
  • spiral ~ sama2 kasih b'tandang semula ke sini :)
  • pakngah ~ erk, org x main mercun. cuba cari kat bp -- ada kot ;)
  • sab'ah ~ hustler la sgt...awak tu lg la hustler. tp xpe -- a-meen!
  • Yaya ~ semoga Yaya juga sihat menyambut hari lebaran yang bakal tiba di samping keluarga serta diredhaiNya selalu, insyaAllah. maaf sbb Yaya kena tunggu lagi utk entri tu. salam disambut, ukhuwwah ditaut :)
  • kepok ~ semlm dah update situasi ngan kepok & neko ~ jaga diri ya!
  • kaksu ~ aduh, kak su pun dtg btandang ke sini ke? segannya nur! maaf la ya kak, blog simple aja. rindu pd ain, adam, zainur dan khalida :)
  • niza ~ rindulah nak jenguk rumah niza. skrg ni kalau dtg, akak cuma jumpa blank screen saja ;) dah tamat hibernation period tu nanti, inform ya -- slmt b'hari raya!
  • sha ~ ada lagi dik. tak habis lagi, don't worry -- endingnya bakal diketahui ;)





    ***


    Tulus Kata Hati : Break || Raya Edition


    “Aufa, tolong ibu bawakan rendang ni ke meja depan.”

    Suara ibu dari dapur kusambut, lantas kaki melangkah ke arah meja makan, melihat-lihat persiapan yang tersedia. Ayah dan Afnan sudah lama hilang ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya, sebentar lagi tentu akan pulang semula. Jadinya, anak mak yang seorang ini apa lagi, kenalah turut serta dalam Ops Gempur Juadah di rumah.

    “Ada lagi yang nak dibawa ke depan ke ibu?”

    Mangkuk kaca yang berisi rendang daging masakan ibu selamat diletakkan di atas meja makan, bersebelahan dengan kuih kacang dan ketupat. Di hujung meja, penuh dulang ibu dengan kuih muih yang beraneka jenis – yang wajibnya, kuih suji, tat nenas, serta cip coklat kegemaran Afnan.

    “Apa yang akak termenung tengok kuih chocolate chip Afnan tu?”

    Aku menoleh ke muka pintu, berlawan pandang dengan adikku yang lengkap berbaju Melayu warna ungu lembut. Songkoknya yang terletak di atas kepala ditanggalkan. Panjang umur budak ni, baru aja disebut-sebut, dah muncul di depan mata…

    “Ha, tengok tu, termenung lagi.” Afnan merebahkan badannya di sofa putih bertentangan dengan posisiku. Ayah sudah hilang ke dapur. “Tahulah Afnan ni handsome kak. Kot iya pun…”

    “Ya Allah, perasannya…!”

    “Eh, eh, orang tu ada suara lah! Ingatkan Afnan nampak patung simen tadi,” sakat Afnan.

    Ewah ewah…cubalah jangan menyakat chef yang tolong merealisasikan impian dia nak makan biskut favourite yang satu tu. Akak mengadu pada ibu nanti, baru tahu! “Afnan, Afnan tak nak makan biskut coklat cip tu agaknya ya…”

    Afnan bingkas bangun ke arahku, tangannya cepat menyambar balang yang berisi biskut kegemarannya. Dia tersenyum nakal. “Tak baik tau kak, buli orang.”

    Ada senyum yang mengiring gelengen kepalaku. “Habis tu, Afnan buli akak boleh…”

    “Boleh! Malaysia boleh, Afnan pun boleh!”

    “Afnan…!”

    Tergelak adikku yang seorang itu melihatkan muka kakaknya yang sudah mula memerah. Nada dering dari telefon bimbitku berlagu riang. Subhanallah…terkejut Aufa!

    “Assalamualaikum.”

    One missed call. ‘Missed 1: Nurul’. Bertuah sungguh!

    “Assalamualaikum!”

    “MasyaAllah Nurul…awak dah ada depan rumah rupanya!”

    Rakanku yang seorang itu sedang tersenyum-senyum di muka pintu sambil menanggalkan kasut. Ibu muncul dari dapur dengan membawa bersama kuah lodeh, disusuli kelibat ayah. Nurul kusambut di tangga, sebelum dia bersalaman dengan ibu dan menyapa ayah. Afnan yang sedang makan, berhenti seketika.

    “Kak Nurul, marilah teman Afnan makan.”

    “Pergilah makan, Nurul. Makcik nak bersiap sekejap. Aufa, tengokkan Nurul ya.”

    Aku mengangguk ringkas sambil mengajak Nurul ke meja makan. Wajah Afnan dikerling sekilas. “Afnan memang, Kak Nurul diajaknya makan. Akak ni, Afnan tak ajak pun.”

    Nurul dan Afnan tergelak mendengar usikanku, sebelum Afnan menyahut. “Ala anak manja yang seorang ni…Meh Afnan suap meh. Nak?”

    Tak tahan melihat Afnan yang sedang tersengih-sengih mengangkat sudu, aku tersenyum. “Tak nak.”

    “Tengok tu Kak Nurul, dia jual mahal pula. Kalau dengan Afnan pun macam ni, kesianlah dekat abang Am tu. Entah macam mana teruk Kak Aufa dera agaknya…”

    Sekali lagi Nurul tergelak. Afnan pula dengan percumanya mendapat hadiah cebikan dariku. Sabarnya hati…! Afnan, lepas Kak Nurul awak balik nanti…selamatlah!

    Telefon bimbit yang berdering seakan-akan menjerit, menyuruh untuk diangkat.

    “Assalamualaikum.”

    “Wa’alaikumussalam cik Aufa. Berapa minit lagi baru Am boleh datang?”

    Aku tersenyum. “Datanglah bila-bila yang awak nak. Nurul pun dah ada dekat sini.”

    Ten minutes. Buka pintu tau.”

    Yes sir.”

    Telefon bimbit diletakkan semula di atas meja. Sasaran terkini – kuah kacang!

    “Sepuluh minit lagi Am datang.”

    Pandangan yang dikongsi Afnan dan Nurul dibiarkan berlalu tanpa kata. Afnan sudah mula buat-buat batuk. Pula dah…

    Beep. Beep beep.

    Assalamualaikum. Aufa, maaf ya kalau ada salah silap Nufail selama persahabatan ni. Semoga Allah melimpahkan Nur-Nya ke atas kita sentiasa, InsyaAllah. Nak mula makan rendang, jangan lupa baca bismillah k ;) Eid mubarak!


    Entah kali keberapa bibir ini mengukir senyum hari ini. Sama-sama maaflah ya, Nufail.

    “Am lagi?”

    Aku menggeleng, jawapan bagi pertanyaan Nurul. Senyum di wajah tentu masih belum pudar serinya. Nurul sudah mengangguk-angguk faham.

    “Nufail ya…”

    Afnan yang sedang meneguk air berlaga mata dengan Nurul. “Nufail siapa?”

    Nurul kujeling sekilas. Silent signal. Afnan ni bukan boleh dilayan lebih-lebih…“Kawan akak dekat U. Dah dah, makan.”

    Mata hitam Afnan yang nakal sudah mula menari-nari. “Oh…'kawan' ya…Abang Am tau?”

    Dahiku sudah mula berkerut. “Apa kena mengena dengan Am pula?”

    “Banyak kena mengenanya...”

    Riak wajah Afnan yang kononnya sedang tekun berfikir kupandang tak berkelip. Namun, belum sempat Afnan hendak menyambung kata, ibu kembali bersama-sama kami di meja makan, melihat-lihat juadah yang terhidang sama ada perlu ditambah. Kami adik-beradik saling berpandangan – entah mesej apa yang dihantar. Afnan mula tersengih-sengih.

    “Ibu…ibu nak tau tak...” Afnan memandang tepat ke arahku, masih tersenyum-senyum.

    Mataku serasa membulat tidak semena-mena. Aduh ibu…nakalnya adik Aufa yang seorang ini! “Tak ada apa-apalah ibu. Afnan ni suka sangat mengusik.”

    “Akak kan…dia kan…”

    “Afnan…” Nada suaraku ada bersalut amaran. Afnan, tolonglah! Pening kepala akak ni dik!

    Nyata sekali Afnan tidak mengendahkan nasihatku. Perlahan-lahan adikku itu bangun dari duduknya, berserta mangkuk dan gelas di tangan. “Dia ada ‘kawan’ kat universiti…Kalau tau dek abang Am…”

    Ibu tersenyum memandangku. Nurul yang sedang menjamu selera tidak mengangkat muka. Sama ada masakan ibu terlalu sedap atau dia tidak mahu mencampuri hal ini.

    “Iya ke…”

    Ya Allah ya Tuhanku…Merah padam muka ini dibuatnya. Afnan memang suka sangat menyakat akak ya! Tunggulah nanti…Aduh…! “Mana ada, bu. Afnan ni yang menyakat orang. Suka-suka hati aja buat cerita.”

    Makin manis senyuman ibu kala itu. Entah apalah yang sedang difikirkan ibu tersayang itu, Tuhan sahaja yang tahu. Afnan…Afnan…

    “Sudahlah tu. Tak elok bergaduh pagi-pagi hari begini. Makanlah Aufa, kasihan Nurul ni.”

    Aku dan Nurul saling berpandangan, masing-masing melempar senyum. Dalam hati ini, sebenarnya ada rasa sedih yang terpalit, mengenangkan perginya Ramadhan Al-Mubarak. Tambah menyedihkan apabila memikirkan entah masih adakah lagi peluang untuk meraikan kedatangan kekasih yang dinanti pada tahun hadapan. Satu-satunya bulan Islam yang disebut di dalam kitabullah, Ramadhan merupakan nikmatNya yang membuahkan rahmat, pengampunan dosa, serta pembebasan daripada api neraka. MasyaAllah…besar sungguh kelebihan yang diberi Allah SWT kepada umat Muhammad SAW…

    Rahmatilah kami Ya Allah, dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan yang seterusnya. Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana…



    ***

    Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
    &
    Maaf Zahir & Batin




  • Posted at 12:16 pm by nurtaqwa
    Comments (7)  

     
    Sunday, September 25, 2005
    Episod 11 - Memori Silam


    Buku yang dari tadi diselak helaiannya satu persatu diletakkan di sisi. Perlahan-lahan lafaz istighfar meniti di bibir. Jelas sungguh minda tidak dapat memberikan sepenuh perhatian kepada tugas yang sedang cuba dilaksanakan.

    “Astaghfirullahal’azim…”

    Nafas yang dihirup dihembus berat. Kenapa Aufa? Tidak ikhlaskah kamu saat ini sehinggakan susah sangat untuk menumpukan perhatian? Apa yang berat sangat di dalam kepala tu?

    Entahlah. Nak kata tak banyak kerja, tugasan yang perlu disiapkan sebenarnya sudah makin menimbun tingginya. Tapi hati ini seakan-akan tidak cukup kekuatan untuk melunaskan tanggungjawab.

    Sekali lagi lafaz istighfar diulang. Terasa berdosa menghabiskan nikmat masa yang Dia berikan sebegini. Apa nak jadi dengan awak ni Aufa…

    Beep. Beep beep.


    Telefon bimbit yang tersisip di birai katil dicapai.

    Assalamualaikum. Dengar kata sahabat saya penuh dengan datelines ya sekarang ni. Banyak lagi projects yang belum siap? Apapun, semoga Allah memudahkan setiap urusan.


    Senyum yang terbit hanya bertahan sekilas cuma. Lemah. Terasa bersyukur kerana ada sahabat yang mengambil berat. Namun entah kenapa, hatiku masih terasa berat. Semacam ada beban yang membelenggu dasar hati tika itu. Suluhlah jalan yang terbaik buatku Ya Rabb…

    Beep. Beep beep.


    Mesej yang tadinya hadir daripada senior di kampus itu kini berganti dengan mesej rakannya.

    Aufa, how was your project presentation today? Everything ok? Anyway, hopefully all goes well for you. Habis semua kerja ni nanti, Am belanja makan k, InsyaAllah.

    Makin serba salah rasa hati apabila mengetahui adanya rakan-rakan yang tak henti-henti memberikan kata-kata semangat. Istighfar yang diucapkan diulang bertali arus di dalam diam, semoga mencambahkan ketenangan yang berpanjangan.

    Aufa bingkas bangun daripada katil. Niatnya untuk berwudhu’ dan menyerah diri kepada Yang Esa, menghamparkan solat sunat yang bakal disertakan dengan bacaan surah Al-Hadid -- surah yang berkali-kali diulang bacaan sewaktu hati dilanda kesedihan.

    Ya Allah ya Tuhanku, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, dari rasa was-was dan keraguan. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui…


    ***



    “Aufa, dah siap ke belum?”

    Aku mendongak seketika, mencari wajah Nurul yang sedang menjenguk di balik pintu. Kain tudung yang sedang diseterika diperkemaskan bentangannya. Nurul sudah lengkap berbaju kurung ungu.

    “Tinggal nak gosok tudung.” Sekilas aku menjeling ke arah jam di pergelangan tangan. “Nurul, tolong ambilkan telefon Aufa dekat atas meja makan di depan. Takut kalau tak perasan pula bila mesej masuk.”

    Nurul yang kini berdiri di tepi pintu sudah mula tersenyum-senyum sendiri. “Risau sangat kalau tak dengar bunyi mesej masuk. Tak lari ke mana Am tu.”

    Terasa anak mata ini mengecil sedikit mendengar komen sahabatku yang seorang ini. Tentu jelas kelihatan dahi ini yang sedang berkerut sama. “Apa sebenarnya implikasi ayat tu – boleh explain sikit tak?”

    “Tak moh,” balas Nurul spontan. Ada senyum yang masih terukir di bibir, namun kepalanya menggeleng-geleng lembut. “Nanti awak kata saya buat cerita pula.”

    “Ya Allah ya Tuhanku… boleh tak bagi jawapan macam tu…”

    No can do, my dear. Pandai-pandailah interpret sendiri.”

    Nurul yang hilang seketika dari pandangan muncul kembali dengan menghulurkan telefon bimbit yang kupinta.

    “Ada satu mesej ni. Bukalah, kalau-kalau Am yang bagi.”

    Huluran Nurul kucapai, tangan menekan butang sebelum mesej baru tertera.

    Assalamualaikum. Awak berdua dah siap belum? Saya tunggu command je ni. Seperti kata kawan baik saya – bertindak mengikut arahan ;-) Miscall me whenever you are ready k.


    Ada segaris senyuman yang terpalit di bibir apabila membaca mesej tersebut. Bertindak mengikut arahan ya…Pandai nak menyakat orang…


    “Siapa yang suruh awak pandai-pandai sangat tadi?”

    Am yang sedang terduduk di tepi padang bola terkesip-kesip menahan pedih apabila Shafiq menyuakan tisu yang telah dibasahkan dengan air ke bibirnya.

    “Siapa yang suruh budak-budak berdua tu tak faham bahasa?”

    Panas terasa hati ini bila mendengar jawapan balas tersebut. Tak nak mengaku salah pula tu…Bertuah sungguh!

    “Ada saya suruh awak pergi jumpa Zack dengan Azim? Ada?”

    Suaraku yang meninggi di akhir ayat sebenarnya sudah ditapis agar kurang tona kemarahan yang terzahir, tetapi rasa geram yang menyelinap di dalam diri nyata telah melumpuhkan strategi yang satu itu.

    “Orang dah kata tak nak tu tak nak lah. Yang monyet dua ekor tu tak reti bahasa mengacau awak juga buat apa? Orang dah tak suka dekat dia, tak tahu malu pula!”

    “Amboi, amboi... Awak ingat awak tu hebat sangat ke nak pergi cari gaduh sorang-sorang dengan senior macam tu? Budak-budak tu ada clan. Cubalah faham sikit pandai ke tak pandai akibatnya.” Kepalaku digeleng tanda tidak setuju. “Am, Am… Zack tak ada buat apa, just bagi surat dalam laci. Cuma tadi sekali aje dia dengan Azim macam mengusik-usik sikit lepas waktu sekolah. Aufa boleh handle lagi, janganlah melenting macam ni pula!”

    “Baru usik-usik sikit kata awak? Pandang awak macam nak makan orang usik sikit apa namanya tu? Iyalah awak boleh handle,” balasnya dalam kemarahan. “Sampai bila nak biar kena usik macam tu? Sampai dia berani nak singkap tudung awak?”

    Kalaulah hati ini diumpamakan seperti nyalaan api, tentu sedang makin marak membara setelah disiram minyak panas oleh kata-kata Am. Ikutkan rasa hati yang tak rasional, mahu saja disepak mulut lelaki itu.

    Shafiq hanya menepuk bahu Am sesaat, tanda satu teguran, tapi seakan diambil endah tak endah oleh Am. Shafiq memang tidak berani mencelah kalau ada pergaduhan taraf Armageddon macam ni. Dia terus menuam sedikit demi sedikit kulit muka rakannya itu.

    “Wei Fiq, perlahanlah sikit tangan tu. Sakitlah.”

    “Pandai mengadu sakit,” balasku, masih lagi tidak berpuas hati dengan tindakan Am. Siapa yang suruh pergi tunjuk hero macam tu? Kan tak pasal-pasal dah lebam muka! “Tadi tak pandai pula nak guna kepala tu dulu.”

    Sempat lagi Am mengomel perlahan. “Kita nak tolong dia, dia marah kita pula. Bukan nak cakap terima kasih.”

    Kalau tidak kerana melihatkan Am yang sedang bersandar dengan kulit muka yang sudah mula nak membengkak di situ, mahu juga tergelak. Am, Am…memang tak makan saman.

    “Awak ni degil tau. Buat apa saya nak ucap terima kasih kalau saya tak suruh pun awak pergi hambat cik abang berdua tu? Kan dah lebam- padan muka awak,” sindirku singkat.

    Am hanya menjeling wajahku sekilas. Marah dengan pernyataan itu barangkali. Keluhan yang kuluahkan berbaur nada kesal. Kasihan juga melihat kawan baikku sebegitu. Aku menarik nafas dalam-dalam untuk menyejukkan hati sebelum menyambung kata.

    “Am, lain kali, tolonglah Aufa – kalau nak buat dajal sekalipun, bertindak mengikut arahan. Ingat tu.”



    “Ha, dah mula dah senyum senyum macam tu.”

    Anak mata Nurul kutentang. Suis seterika yang tadinya terbuka ditutup sebelum peralatan yang lain disimpan kemas. “Tak ada apa-apalah. Teringat cerita lama, itu sahaja.”

    “Mungkinkah cerita lama membuka lembaran yang baru di hari yang baru?”

    Intonasi suara Nurul yang seolah-olah mengungkapkan persoalan yang dramatik membuatkan kami berdua sama-sama tersenyum. Ada-ada sahaja budak Nurul ni…

    “Cerita lama tu biarlah kekal dalam sejarah lalu, Nurul.” Entah kenapa, ayat yang kulafazkan perlahan bunyinya. Masa silam yang menyimpan pelbagai cerita, acuan lengkap amalan-amalan jahiliyyah yang ingin dibuang jauh-jauh. Menggunung tingginya kesilapan diri pada si Dia akibat masa yang dulu…Ada rasa sedih yang mengetuk pintu hati kala itu, mengenangkan masa lampau yang takkan mampu diubah. “Aufa dah tak nak ulang kesilapan yang dulu. Tak nak dah…”

    Nurul yang tadinya berdiri di birai katil kini sama-sama duduk di sebelah. Terasa bahuku dirangkul lembut, penuh kasih sayang seorang sahabat. Lembut tuturnya sewaktu berbicara.

    “Aufa, tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan. Sama seperti itu jugalah, tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau. Masa silam itulah, baik atau buruk, yang telah membentuk diri kita sekarang. Kerana masa silam itu jugalah, kita diberi peluang untuk lebih dekat kepada Allah SWT. Dan mungkin…” Nurul berhenti seketika, mencari mataku sebelum menyambung, “masa silam itu jugalah yang mempertemukan dua sahabat yang ikhlas menyayangi keranaNya.”

    Aku tersenyum mengangguk, senang dengan kata-katanya. “Mungkin.”

    Your past is what makes you a stronger and a better person today. Believe that.”

    “InsyaAllah.”

    “Tanya sikit boleh?”

    “Tanya apa?”

    “Sebab ini ke yang awak asyik termenung sini termenung sana dua tiga hari ni?”

    Kurang pasti bagaimana mahu dijawab pertanyaan Nurul. Masalah hati ini mungkin berpunca hasil kombinasi beberapa perkara. Perkara-perkara yang mungkin akan terungkai jawapannya bila diizinkan Allah kelak. Mungkin…

    “Entahlah. Tapi tak apalah Nurul, tak elok pun melayan rasa sedih hati ini terlalu lama. Cukuplah Dia sahaja yang menjadi ubatnya,” senyumku. “Ada rezeki awak nanti, Aufa cerita ya.”

    Riak wajah Nurul seolah-olah masih mahu bertanya tetapi dia tidak menekan lebih lanjut, hanya mengangguk. “Bila nak bertolak ni?”

    “Nak geraklah ni. Kena miscall Am dulu.”


    ***



    Kereta yang dipandu oleh Am membelok ke simpang kanan, perlahan-lahan mencari petanda ke arah destinasi yang dituju. Kawasan perumahan di sekitar Subang Jaya memang terkenal dengan struktur petempatan yang mencabar minda untuk dikenalpasti lokasinya.

    “Biar betul rumah dia dekat USJ 16? Ke USJ 6? Awak salah tulis agaknya.”

    “Mana ada salah tulis. USJ 16, betullah ni.”

    “Ni USJ 6. USJ 5 dah lalu tadi…” Am yang sedang memandu sudah membawa kereta pada kelajuan minimum. “Pelik betullah susunan rumah-rumah dekat sini. Tadi USJ 5 dengan 6, kenapa tiba-tiba dekat sebelah dia terus ada USJ 9, 10 dengan 11? USJ 7 hilang ke mana?”

    Nurul yang sama-sama meninjau kawasan daripada tempat duduk belakang turut mencelah. “Kot iya pun, sabar-sabarlah Am. Main pusing-pusing macam ni barulah terasa macam masuk ExploreRace.”

    Am tersenyum. “Sabarlah ni. Cuma tak tahu kawasan dekat mana. Mahu lambat awak berdua sampai ke sana nanti.”

    “Tak apa, bukan kaminya yang nak bertunang. Kan Aufa?”

    Am sudah tergelak kecil apabila melihat aku menganggukkan kepala menyebelahi Nurul. “Ada-ada aje awak Cik Nurul. Tapi serius, putar belit betul jalan dia. Kawan awak tak ada bagi landmark or something ke?”

    Helaian kertas yang dipegang di tangan kanan diimbas beberapa kali. “Macam tak ada. Tapi Dayah ada pesan, USJ 17 dengan USJ 18 masing-masing ada sekolah. Masjid pun ada dekat-dekat situ.”

    Am berpaling ke arahku sebentar, ekspresi mukanya seperti dia terdengar sesuatu yang pelik. “Apa kena mengena dengan USJ 16?”

    “Tak tahu,” balasku. Entah kenapa terasa serba salah pula.

    “Tak tanya dia kaitan sekolah-sekolah tu dengan rumah dia?”

    “Mana nak tahu jalannya sampai berputar belit macam ni…”

    Am hanya mengangguk ringkas, pandangannya kembali kepada keadaan jalan raya yang bertambah sibuk. “Nurul, awak tahu jalan tak? Am tak tahu nak belok ke mana lagi dah ni.”

    Nurul sedang sibuk mendail nombor di skrin telefonnya. “Sekejap, Nurul call Dayah.”

    Sedang Nurul bercakap di telefon dengan Hidayah, rakan sekelas kami yang akan melangsungkan pertunangannya dalam beberapa ketika lagi, aku memandang sekilas ke arah Am. “Sorry.”

    Am yang sedang memintas sebuah kereta Kancil di hadapan kami menoleh ke arahku sebentar. “Minta maaf kenapa?”

    Perlahan nadaku apabila menjawab persoalannya. “No reason.”

    “Am tak marahlah, Aufa. Jangan fikir yang bukan-bukan.”

    “Macam marah bunyinya…Maaflah.”

    “Ya Allah…saya tak marahlah awak. Tengah tension memikirkan USJ 16 dekat mana ni sebenarnya. You girls are going to be late if things go on as it is. Tak elok pula nanti.”

    “Am, dekat deret kedai yang dekat depan ni, masuk kiri,” pintas Nurul seraya mematikan talian telefon bimbitnya. Tersenyum senang rakanku yang seorang itu. “Jangan risau, I think I know where USJ 16 is.

    Kurang daripada 5 minit selepas itu, kami bertiga tiba di hadapan rumah Hidayah. Melangkah keluar daripada kereta, Nurul menarik lenganku ke arah destinasi kami – a corner lot house. Am menurut langkah kami berdua tidak jauh di belakang. Sebuah khemah putih didirikan di hadapan bangunan berpagar hitam itu. Ringkas.

    “Assalamualaikum.”

    “Wa’alaikumussalam.” Kedatangan kami disambut oleh seorang lelaki yang kukira bapa kepada Hidayah. Ramah senyumannya ketika berjabat tangan dengan Am sebelum mempersilakan kami masuk ke rumah. “Kawan Hidayah ya? Jemputlah masuk. Dia ada dekat dalam bilik. Sekejap lagi rombongan sampai.”

    “Allah…terlupa pula,” tuturku, teringatkan hadiah untuk Hidayah yang tertinggal di dalam kereta.

    Nurul memandangku. “Kenapa?”

    “Hadiah.” Sambil menahan Nurul daripada terus berjalan, cepat-cepat aku mencari wajah Am yang sedang menapak ke arah kami. “Am, minta tolong.”

    Langkahnya berhenti tak jauh dari kami. “Apa dia?”

    “Tolong bawa turun chocolate yang kita beli tadi. Ada dekat seat belakang. Tolong ya, terlupa nak bawa turun tadi.”

    Am mengangguk. “Masuk dalam dulu, panas dekat luar ni. I’ll pass it to you later.”

    Baru beberapa langkah dari kawasan khemah menuju ke bahagian pintu utama, aku dikejutkan dengan kelibat rakan-rakan sekampus. Sedetik berbalas pandang dengan Nufail yang sedang duduk bersama-sama Abang Amir dan Luqman, terasa seakan-akan dia telah lama memerhatikan kehadiran kami bertiga. Kenapa terasa jauh sangat nak sampai ke pintu rumah ni…

    “Aufa, today must be your lucky day… Nampak tak apa yang Nurul nampak?”

    “Nampak,” jawabku ringkas. Subhanallah… jantung ini seolah-olah berkocak degupannya. “Marilah masuk dalam.”

    “Faham, faham. Jom!”

    Khittahku dipercepatkan, bimbang memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang sedang berlegar-legar di dalam minda kenalan. Istighfar yang dialun di dalam hati seiring dengan doa agar segala kemungkinan yang tidak baik akan dihindarkan sejauh mungkin. Seribu macam perasaan yang sedang bertandang tika itu, semuanya kubiarkan menjengah sekali lalu di dalam minda. Moga Allah SWT akan memudahkan segalanya…


    ***


    clan ~ kumpulan
    khittah ~ langkah

    Additional TQ buat yana, ikhwan, anon, Nama, niza (ke mana niza hijrah ni? tak jumpa pun..), aufa_solehah (maaf sbb lama menunggu), Random (ending x tau ep. berapa but definitely bukan ep. 10 sbb hari ni ep. 11 dtg ;) ), salsa (stop waiting - entry 11 siap!), spiral (bila nak buat buku? entahla awak -- xde dlm perancangan pun :) ) & others for tuning in.

    Selamat menyambut kehadiran Ramadhan and take care all! =)

    P/s: Ada sebaris kata-kata yang Nur ambil daripada blog sahabat Nur -- afwan & syukran!

    Posted at 01:56 am by nurtaqwa
    Comments (4)  

     
    Saturday, September 03, 2005
    Interval



    Assalamualaikum warahmatullah.

    Pertama sekali nak ucap terima kasih serta maaf yang amat sangat bagi yang rajin buzz tagboard serta readers yang selalu email Nur untuk tanya progress TKH. Maaf sebab Nur tak inform keadaan semasa di sini. Dah lama juga Nur biarkan writer's block take over perasaan ingin menulis, even staying away from online novel reading. Mungkin Allah SWT belum lagi mengizinkan waktu itu, wallahu'alam. Apapun, Nur suggest klik on button register to be kept updated di sisi kiri page tu k. I'll try my best to not stray too long, InsyaAllah. Also, TQ buat semua sahabat Nur ~ termasuklah untuk yang siap bagi dateline for submission =)

    Semoga kalian sentiasa berada di bawah rahmat Allah hendaknya. Wassalam.


    P/s: Iera, looks like your wish has just been granted!



    Posted at 12:12 pm by nurtaqwa
    Make a comment  

    Episod 10 - Tirai Kelabu



    Perlahan-lahan aku melangkah ke kawasan lobi fakulti bisnes dan kajian liberal, ke arah deretan kerusi yang tidak berpenghuni, bertentangan dengan meja-meja yang digunakan sebagai kaunter bagi mana-mana kelab yang ingin membuat pengumuman. Nurul telah terlebih dahulu meminta izin untuk melangkah pergi lebih awal, ingin ke tandas katanya, sebelum meminta agar aku menunggunya di situ.

    Beg yang disandang di bahu kini kuletakkan di atas meja sambil badan ditolak malas ke tempat duduk. Para pelajar yang ke hulu ke hilir dengan buku-buku masing-masing sibuk meneruskan langkah menurut haluan sendiri, bertali arus meninggalkan laluan yang menyambungkan fakulti dengan kafeteria.

    Mind if I sit here?”

    Tindakan refleks luar kawal menyebabkan aku mendongakkan muka, berlawan mata dengan senior yang telah lama tidak ditemu. Senyumannya kubalas sebelum pertanyaannya dijawab.

    It’s a free country – duduklah.”

    Dia mengambil tempat selang satu kerusi daripadaku. “Nurul tak ada sama?”

    “Ada. Dia ada hal sekejap. Sekejap lagi sampailah agaknya.” Pandanganku ditalakan ke kiri dan ke kanan. Masih tiada bayang Nurul. Apa lah yang sedang menjadi penyebab delay ni agaknya… “Ada kelas ke di sini? Nowadays susah nak tengok kelibat engineering students kalau tak kerana kelas pengajian bahasa di sini.”

    “Pandai,” balasnya separa mengusik. “I’m taking Technical Communications.”

    That makes sense.No wonder then.”

    Beberapa tempoh berlalu.

    Nufail menolak ke tepi juraian rambut yang menyinggah di kening matanya. Lembut suaranya ketika dia kembali berbicara. “Lama tak nampak awak ya Aufa.”

    Ada sesuatu di dalam nada suaranya yang membuatkanku tertunduk. Kala ini, hati kurang pasti mengapa sebabnya tapi mata ini agak yakin tidak dapat memandang wajahnya. Ya Allah, pimpinlah hatiku, kata-kataku serta perbuatanku…

    That is why handphones were invented, don’t you think so?”

    Sekilas lelaki itu tersenyum sebelum mengalih pandangan kepada jam tangan di pergelangan tangannya. Sesaat dia mengangkat muka untuk mancari mataku. “Dah lama saya nak tanya soalan ni -- result macam mana? Ok?”

    “Alhamdulillah. Lepas target yang disasarkan, but I’m still a bit disappointed.”

    “Itu dah jadi fitrah manusia, Aufa. We always strive for better things in our lives, even when we already have what we want.” Dia melirik pandang kepada sekumpulan pelajar yang sedang melewati laluan tersebut. “3.50 zone?

    Aku tersenyum kecil sambil menggeleng. Segan hendak melihat wajah sahabat yang sentiasa merebut kedudukan dekan setiap semester pengajian. “Close, but not quite.” Sedetik berlalu. ”I’m not as smart as you are.”

    “Tak baik cakap macam tu…macam berputus asa bunyinya,” tuturnya lembut. Teratur ayatnya sewaktu menyambung kata. “Kita semua ada kelebihan masing-masing. Mungkin, itu tandanya bahawa Allah lebih sayang pada awak, Aufa, lalu Dia berikan satu lagi ujian – peluang untuk membuktikan sedalam mana teguh dan percayanya kita pada kekuasaanNya. Ingat ya Aufa.”

    Sekali lagi aku tertunduk. Entah kenapa hati ini mudah dilunaskan oleh ucapannya. Bukannya ada kata-kata istimewa yang diluahkan, cuma… ada sesuatu yang mampu meruntun hati daripada nada suaranya yang berhikmah. Bait-bait istighfar pantas ku ulang di dalam hati. Terima kasih, Nufail... “Awak dah banyak tolong saya - syukran.”

    Matanya yang tadi merenung buku teks di atas meja mengecil sedikit. “Saya tak ada buat apa pun. Minggu ni musim test kan – do your best k. Lepas tu nak kena handle short weekend program pula.”

    Aku hanya tersenyum. “InsyaAllah. Akan diusahakan.”


    Beep. Beep beep beep. Beep.


    Sedang Nufail diam membaca mesej yang baru masuk, tanganku sendiri pantas mencapai telefon bimbit sebelum mendail nombor Nurul. Network failure? Pula dah…Nufail yang sedang mengangkat semula beg galasnya sebelum berdiri, mencari wajahku.

    “Nak balik dah?”

    Miscomm sikit. Rupanya Luqman dah lama tunggu dekat parking lot. Ingatnya kami berjanji nak jumpa di sini. Saya kena gerak dulu. Maaf ya Aufa. Assalamualaikum.”

    Tidak sempat habis menjawab salam, lelaki itu telahpun hilang di celah-celah manusia yang sedang lalu lalang di kawasan itu. Nombor Nurul kemudiannya didail sekali lagi. Ke mana menghilang ni Cik Nurul…lama sungguh dia ke tandas…

    Alunan nada dering yang biasa kudengari berkumandang lantang di udara – hanya buat seketika sebelum talian diputuskan, memanggilku untuk menoleh ke belakang. Dengan keadaan yang sedikit kelam kabut ketika berjalan, Nurul datang menghampiriku. Sengaja aku mempamerkan riak muka yang kononnya letih menunggu, spontan sekali dibalas oleh wajah simpati rakanku yang seorang itu. Wah, wah..siap boleh tersengih-sengih lagi..! Nurul, Nurul…

    Traffic jam ke dekat tandas tadi? Ingatkan awak dah tak nak balik ke sini dah.”

    Nurul yang masih mengenakan air muka simpatinya tergelak dengan usikanku itu. “Sorry, sorry! Lawatan ke bilik airnya sekejap saja, tapi lepas tu terjumpa Fifi. Kalau dengan Fifi tu, tau aja lah – mana boleh berborak setakat seminit dua. Ampun cik puan!”

    “Kot iya pun, bagilah notis pemberitahuan ke. Any kind of signal ke…tak adalah kita duduk melopong dekat sini menunggu dia.”

    “Ala…sorry, sorry! Lain kali tak buat lagi ya kak – ampun!”

    Aku tersenyum senang sebelum menarik lengannya. Kami bergerak ke arah kiri, melalui laluan koridor. “Jom. Nanti bising pula cik abang yang menunggu kita di kafe sana.”


    ***



    “Ya Allah…termakbul juga doa hari ni. Alhamdulillah…”

    Nurul yang berdiri di sebelahku sudah melemparkan jelingan maut buat tuan punya badan yang berucap. Kalau ingin mencebik sekalipun, hilang niat untuk sama-sama mencebik apabila melihat Am yang bersungguh-sungguh meraup mukanya seakan-akan selesai berdoa. Geli hati jadinya. Amboi Am, perli orang tak beragak…

    “Maaf, lambat sikit,” kataku sebelum duduk di bangku yang bertentangan. “Ada orang kena tahan tadi.”

    Am yang menangkap maksud ayatku membuat muka selamba. “Lambat sikit might be an understatement. Kalau kucing nak bertanduk pun, mesti tak jadi nak keluar tanduk.”

    Nurul yang mengambil tempat di sebelahku membulatkan mata. “Eh pakcik, tak sayang nyawa ya. Kalau nak Nurul tolong belikan insurans pun boleh.”

    Sorrylah miss, bab-bab insurans nyawa ni saya tak main. Lagi pula di Malaysia, dah dikeluarkan fatwa - haram hukumnya untuk orang Islam. Tak tahu pula saya yang miss tak tahu.”

    Muka Nurul yang merah padam itu ku imbas sekilas, sambil-sambil itu aku mencuba sedaya upaya untuk menahan senyum. Am memang ada bakat untuk menaikkan tekanan darah orang dengan hanya kata-katanya. Meninggi suara pun tak perlu. Aku tersenyum. Itu baru kena sikit daripada usikan Am versi cynical. Agak-agaknya kalau sekali sekala Am hendak test-power berdebat dengan kawanku yang seorang ini, mahu berdesing telinga dibuatnya.

    Lelaki yang duduk menghadap kami itu menghembuskan nafas. Ada perubahan pada riak wajahnya. Reaksinya di waktu itu kudefinisikan sebagai riak muka mengalah.

    Why don’t you girls go and buy something to eat. Am tunggu sini. Nurul, Am minta maaf. Cuma itu lah, Am ni tak cukup sabar kalau bab-bab menunggu orang. I’m working on it. Sorry k.”

    “Maaf juga, lama awak tunggu kami,” ucap Nurul perlahan sebelum bangun menemaniku untuk ke kaunter. Buat Am, aku melempar pandangan sesaat – isyarat untuk mengekalkan mode “Be nice to Nurul”. Almaklumlah, lain rakan lain hatinya. Tambahan pula bagi yang baru kita kenali, bertambah-tambah pentinglah keupayaan untuk menyesuaikan diri mengikut keadaan.


    ***



    "Awak marah dengan Am ke Nurul?"

    Nurul yang sedang tekun menulis sesuatu di atas lembaran kertas di hadapan matanya itu tidak berpaling sewaktu menjawab. "Nak marah pun tak guna, Aufa. Buat penat aje."

    Nada suara Nurul yang mendatar itu membuatku meragui perasaannya. Tapi air muka Nurul langsung tidak berubah dari tadi kalau hendak dijadikan penanda sekalipun.

    "Maaf la, Nurul. Kena ambil masa sikit agaknya nak biasakan diri dengan Am," tuturku berhati-hati, sambil-sambil mencari jawapan kepada kemusykilanku. "Dah memang habit dia dari sekolah dulu -- suka 'cakap lepas'."

    "Tak kisah sangatlah, Aufa." Nurul mengangkat mukanya seketika. "Part of it is my fault, anyway. Lama dia kena tunggu tengah hari tadi. Mana tak angin macam tu."

    Ada senyum yang terbit sewaktu mendengar kata-kata Nurul, lega kerana tiada hati yang tersinggung akibat jalinan persahabatan yang baru bermula. Perasaan risau yang menyisip apabila mengenangkan perbezaan karakter dan perwatakan kedua-dua sahabatku ditepis jauh-jauh, seiring sekalung doa yang kupohon mengharapkan barakah daripadaNya agar segala kesulitan dimudahkan.

    "Aufa."

    Aku berpaling sebentar ke belakang, memandang wajah Nurul sambil tanganku ligat membancuh hot chocolate ke dalam dua kole merah. "Hmm?"

    "Awak tak ada apa-apa nak cerita pada saya ke?"

    Muka ini sudah terasa kerutnya. "Cerita apa?"

    Nurul yang sudah sedia adanya tersenyum-senyum makin kelihatan gembira riaknya. "Sudah terang lagi hendak bersuluh."

    Ai, dah mula berperibahasa pula ni...Mesti ada apa-apa... "Apa yang dah terang, apa yang bersuluh?"

    "Ala awak ni. Nak mengelak pula bila ditanya."

    "Macam mana nak mengelak kalau saya langsung tak tahu apa yang nak dielakkan?"

    Ekspresi di wajah Nurul menunjukkan dia separa tidak berpuas hati dengan jawapan yang kuberi. "Apa khabar Nufail awak?"

    Kalau tadinya wajahku berkerut, sekarang ini tentu sudah dua kali ganda hebat kerutnya. Kole merah yang berisi air panas diletakkan di hadapan Nurul yang sedang mencerukkan diri di tengah-tengah helaian nota-nota yang berselerak. "Bila pula dah jadi Nufail saya ni?"

    Nurul tersenyum kecil. "Kita nampak awak berborak dengan dia tengah hari tadi, sebelum lunch."

    Ai, mana mungkin... "Tapi tadi masa awak datang jumpa saya, Nufail dah balik. Tak nampak pun awak berdua berselisih." Wajah Nurul yang bersahaja kutatap tidak berkelip. Senyumannya itu seakan-akan menyembunyikan sesuatu. "Bukan ke?"

    "Memanglah tak berselisih...sebab...saya yang mengelak daripada berselisih," balasnya nakal. "Dari jauh sebenarnya dah nampak awak dengan Nufail tengah bercakap. Tak jadi pula nak 'kacau daun'. Itu yang saya meronda sekejap tu. Kebetulan pula terjumpa Fifi, jadinya bersembanglah dengan dia sebentar.."

    Ya Allah ya tuhanku, bertuah punya kawan... Bulat mataku mendengar penjelasan Nurul tentang kejadian siang tadi. Entah perasaan apa yang sedang bermain di minda saat ini. "Awak ni kan..."

    “Tak apalah Aufa. Sekali sekala Nurul nak ‘beri laluan’. Bukannya selalu,” senyumnya.

    “Tak baiklah awak ni,” jawabku perlahan, langsung memikirkan kata-katanya. Minda ini sebenarnya sedang diserbu beberapa jenis perasaan yang berbeza-beza impaknya. “Benda yang tak ada, janganlah diadakan. Nanti tak elok pula bila orang lain ikut sama bercakap.”

    “Hmm…Betul. Tapi…pucuk yang sedang bertunas, sekiranya kena cara dijaga, tentu cantik hasilnya kan? Sayang kalau dibiarkan melata bila datangnya dari baka yang baik.”

    Jawapan balas yang kuterima cukup efektif untuk mengakhiri perbualan sesi kali ini. Paling tidak pun, mampu menjadi noktah bagi isu yang menerjah minda. Buat sesaat dua aku mendongak, mencari sesuatu yang tidak pasti dari riak muka seorang sahabat. Wajah Nurul pula kini sudah menghilang di sebalik buku-buku teks yang menimbun di atas meja.

    Kole yang panas kugenggam tanpa kata. Lamunan yang baru bercambah kucantas dengan zikrullah yang berterusan. Pada hakikatnya, hati ini amat takut pada kemungkinan yang mengalpakan. Ada rasa risau yang sentiasa membisikkan peringatan agar tidak mudah terikut-ikut dengan panggilan syaitan. Hasutan yang terbit apabila nafsu tidak lagi di dalam kawalan.


    “Imam Al-Ghazali pernah berpesan kepada murid-muridnya tentang satu perkara yang dianggapnya paling besar di dunia ini,” ujar Ustaz Razif, tangannya pantas mendekatkan segelas air suam ke mulut. “Boleh kamu teka apa yang Imam Ghazali maksudkan?”

    Ada beberapa kelompok pelajar yang berbisik sesame sendiri, barangkali sedang membincangkan jawapan yang bermain di fikiran. Ustaz Razif kekal di atas kerusinya di hadapan kami semua sambil melirik pandang ke arah pelajar-pelajar yang dikenalinya.

    “Haziq, apa dia jawapannya?”

    Rakan sekelasku yang sedikit terkejut mendengar namanya dipanggil mendongak. “Kurang pasti, ustad.”

    “Ustaz, bukan ustad,” balas Ustaz Razif spontan, menegur kesilapan intonasi yang lazim sekali dilakukan. “Ustad tu maksudnya stadium. Punyalah kacak saya dengan baju Melayu dan serban, kamu panggil stadium.”

    Dewan kuliah yang memuatkan berpuluh-puluh pelajar pada malam itu dipenuhi dengan gelak tawa. Ustaz Razif yang kelihatan bersahaja di atas pentas, berdehem sebentar sebelum bersua pandang dengan kami semua.

    “Teka sahajalah, Haziq. Kalau salah boleh dibetulkan—saya tak marah pun. Agak-agaknya apa?”

    Haziq tampak sedikit kurang yakin sewaktu menuturkan jawapannya. “Nafsu?”

    “Na’am.” Ustaz membetulkan duduknya sebelum menyambung. “Nafsu ni, kalau kamu nak tahu hebat tak hebat kuasanya, begini – nafsu jahat dalam diri seseorang diibaratkan seperti himpunan tujuh puluh syaitan. Bukan satu tapi tujuh puluh…Bayangkan…”

    Tujuh puluh? Ya Allah…Satu pun belum tentu dapat dilawan, apatah lagi tujuh puluh…

    “Nafsu ini adabnya perlu ditundukkan kepada Rabb, barulah memberi menfaat. Tetapi nafsu yang menguasai diri akan menyebabkan manusia gagal menggunakan akal, mata, telinga, dan hati yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk hidup berlandaskan kebenaran dan syariatNya.” Ustaz Razif memandang tepat ke arah setiap yang hadir. ”Ini yang menyebabkan manusia terjerumus ke dalam api neraka Jahanam – nauzubillah.”

    Ada suara yang turut sama mengutarakan pandangan. “Tapi Ustaz, bukan mudah untuk melawan hawa nafsu.”

    Ustaz yang mendengar kata-kata tersebut tersenyum.

    “Sebab itulah penentangan terhadap hawa nafsu yang sebegini dikira sebagai salah satu daripada cabang jihad. Sepertimana yang disebut di dalam hadis riwayat Al-Bukhari, Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya “Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”. Jadi kamu harus ingat, tidak semua nafsu itu jahat, tetapi nafsu yang tidak dilatih untuk menurut perintah Allah SWT akan membuka pintu kepada segala jenis kemaksiatan. Dan kemungkaran yang bertali arus merupakan tangga yang hanya akan mendekatkan manusia dengan nerakaNya.”



    Mataku pantas terkatup seiring dengan istighfar yang terucap apabila terimbas kembali ceramah Ustaz Razif yang pernah dihadiri. Rasa takut pada azab Allah menyelinap ke dalam diri tatkala mengenangkan kejadian-kejadian lalu. Astaghfirullahal’azim…

    Selamatkanlah diriku Ya Allah, daripada terjerumus ke dalam pekerjaan yang sia-sia…Serta Kau peliharalah, Ya Allah, segala yang ada pada diriku agar tunduk dan patuh padaMu dan bukan selainMu. Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.




    Posted at 12:11 pm by nurtaqwa
    Make a comment  

     
    Friday, April 22, 2005
    Episod 9 – Sekali Imbas


    “Dalilah, sabar ya. Sekejap aje.”

    Erat pautan juniorku yang seorang itu di bahu ini. “Ya Allah kak, sejuknya… Dada saya…macam…nak pecah…”

    Aku mengangkat muka, bertentang mata dengan Kak Lily yang juga sedang menolong mengangkat Dalilah. Kak Lily mengangkat badan Ilah dari sebelah kanannya, manakala aku membantu menanggung beban beratnya dari sebelah kiri. Seorang lagi rakan Ilah turut membantu mengangkat kakinya daripada mencecah tanah. Walaupun bilangan kami bertiga, ternyata kudrat seorang perempuan tidaklah segah mana. Adakalanya terasa seperti akan terlepas pautan tetapi aku mendesak diri untuk bertahan. Kawasan kolam ini terasa besar dengan tiba-tiba. Sikit sahaja lagi Aufa…Be strong!

    “Sekejap ya Ilah. Kita dah nak sampai. Sekejap sahaja lagi ya dik,” pujuk Kak Lily.

    Wajah Dalilah yang sudah berkerut seribu menahan sakit seakan berat untukku pandang. Bagai mahu menangis riak mukanya tika itu. Tahan ya dik… “Kak…sakit…Ya Allah, sejuk sangat…”

    Ada rasa takut yang menyelinap ke dalam hati apabila mengenangkan kondisi Dalilah yang kerap diserang lelah. “Breathe Ilah…Tarik nafas…hembus…tarik…hembus…”

    Aku mencari sesuatu dari wajah Kak Lily yang tenang. Dalam kekalutan itu, aku kurang pasti sama ada ketenangan yang terpancar di wajahnya itu dibuat-buat atau tidak. Tetapi sedikit sebanyak, kekuatan itulah yang aku cari.

    Inhaler dia mana, kak?”

    “Kak Aida tengah ambil.”

    Dalam termengah-mengah kami mengangkat Dalilah ke kawasan tertutup di tepi kolam, Kak Aida datang meluru ke arah kami, sambil menghulurkan inhaler kepunyaan gadis kecil itu. “Nah, cepat!”

    Setelah membuka penutupnya, aku menyorong alat itu ke mulut Dalilah. “Mari Ilah, sedut.”

    Dengan bersusah payah Ilah menyedut medicationnya itu. Tapi dia masih mengah.

    “Satu lagi, dik.”

    Sedang Ilah menyedut sekali lagi, Kak Lily menggosok belakangnya sekejap sebelum mendengar denyutan nadinya dari bahagian belakang. Matanya singgah di mataku sambil terus mengusap-usap belakang Ilah. “Laju sangat jantungnya ni.”

    “Sejuk, kak. Sejuk…”

    Tangan Dalilah kugenggam erat. Memang terasa ada penurunan suhu badannya di situ. Suaranya yang bergetar ketika bercakap membuatkanku tambah risau. Dalilah memang selalu lelah sewaktu dia menyertai program dan sudah berkali-kali juga kami menghadapi situasi ini, namun rasa gundah itu tetap berlabuh. Ya Allah, macam mana ni?

    “Nak bawa dia pergi klinik ke kak?”

    Kak Lily kembali mendengar denyut nadi Dalilah. Tiada ekspresi yang jelas di wajahnya. Sewaktu dia mendongak, pandangannya jatuh pada para peserta yang lain yang mengerumuni kami.

    “Yang lain-lain boleh balik ke penginapan. Pergi bersihkan diri dan sebagainya. Malam ni kita ada pengisian. Pergi bersiap, sekejap lagi dah nak masuk maghrib.”

    Ada di antara mereka yang kurang senang meninggalkan Dalilah sebegitu sahaja. “Tapi kak, Ilah-”

    “Kami ada, jangan risau. She’ll be ok. Kamu semua pergi balik dulu.” Kak Lily berpaling ke arahku. “Aufa, pergi ambilkan tuala, baju dengan tudung yang kering. Kain batik sekali, kalau boleh. Dia sejuk ni. Cepat ya, dik.”

    Secepat yang boleh, aku melangkah pergi daripada mereka dan bergerak menuju ke penginapan kami. Sekilas pandang, aku dapat melihat pihak muslimin sedang menangani masalah mereka sendiri- mengendalikan dua orang peserta yang hampir lemas tadi. Tapi dari kejauhan, aku tidak dapat meneka apa yang berlaku, tambahan pula dengan adanya sekumpulan manusia yang berdiri mengelilingi dua orang peserta tadi. Apa cerita Nufail? Abang Amir ok?

    Apabila mengenangkan Ilah yang masih semput, mungkin kerana terlalu lama berada dalam air serta telah menelam air kolam sewaktu cuba merentas ke hujung, langkahku diraih lebih pantas. Hati ini tidak putus-putus mendoakan keselamatan rakan-rakan semua…


    ‘Beep. Beep beep.’

    Tersentak rasanya tatkala mendengar bunyi tersebut. Cepat-cepat aku mencapai telefon bimbit yang terletak di sisi katil.

    Aufaaaaaa…! Rindu banget sama kamu! ;-p Jangan nakal-nakal ya cuti ni. Kirim salam comel pada orang rumah, especially Afnan, hehe… Salam sayang dari Langkawi!

    Ada senyum yang menghiasi wajah ketika membaca SMS daripada Nurul. Bila pula lah pandai bercakap slang Indonesia pula ni…Nurul, Nurul… Rindu juga pada Nurul yang sentiasa menjadi peneman di universiti. Sekarang ini, rakanku itu tentu sedang seronok bermain air laut di Pulau Langkawi bersama keluarga. Bak kata Nurul, peluang percutian sekali setahun. Jaga diri, Nurul!

    ‘Beep. Beep beep.’


    “Produktifnya handphone ni hari ini…”

    10 minit lagi dah boleh buka pintu depan ya, Cik Aufa. Jangan make-up lama sangat :p


    Mataku membulat. “Awak dah nak sampai ke Am?”

    Bunyi hon di hadapan rumah membuatku kalut. Tudung yang telah kugosok tadi dicapai pantas. Eei budak Am ni kan… Kata sepuluh minit lagi. Tak sempat-sempat orang nak bersiap, dah tercongok dekat depan rumah main hon…

    “Afnan…!”

    Adikku yang seorang itu tidak menyahut. Entah ke mana perginya. Sudahlah kakaknya dah kalut bagai ribut ni, hilang pula her knight in shining armour. Tanpa banyak berfikir, purse dan handphone dicampakkan ke dalam sling bag berwarna krim sebelum disangkutkan ke bahu.

    Sampai di ruang tamu tingkat bawah, aku menyarung stokin hitam yang diletakkan di tepi tangga. ”Afnan…! Ibu? Ibu..?”

    Ibu menjengahkan kepalanya dari dalam dapur. “Kenapanya Aufa?”

    Aku sibuk membetulkan tali kasut yang tersimpul. “Aufa dah nak keluar ni, bu. Tentu Am dengan Shafiq dah lama tunggu. Afnan mana? Tadi Aufa ada panggil, tapi tak berbalas pun.”

    Ibu yang tadinya duduk di dalam dapur kini sudah berdiri di sebelahku, melihat-lihat di tingkap. “Tadi ibu suruh Afnan siramkan pokok. Ada di luarlah tu agaknya. Kenapa kabut sangat, Aufa? Am pun belum sampai lagi.”

    Terdiam aku sekejap. Belum sampai lagi? Yang hon tadi siapa?

    “Tadi Aufa dengar bunyi hon kereta…” kataku perlahan sambil menolak diri untuk bangun. Memang tak ada kelibat kereta rakanku yang seorang itu. Bertuah sungguh…

    “Yang tadi tu bunyi hon kereta orang rumah sebelah.” Ibu tersenyum kecil. “Dah lama sangat tak keluar rumah ke tak sabar nak jumpa sesiapa ni?”

    Tak semena-mena pipiku memerah. Ke situ pula perginya ibu ni… “Mana ada, bu… Pandailah ibu nak menyakat Aufa.” Dari ekor mata, aku ternampak Afnan yang sedang memegang hos air. Peluang untuk melarikan diri dari ‘radar’. Aku bingkas bangun dan menapak ke arah ‘kumbang’ yang seekor itu. “Aufa nak sakat Afnan pula la kalau macam ni. Afnan!”

    Adik lelakiku itu berpaling menghadapku apabila terdengar namanya disebut. Anak matanya mengecil sedikit sewaktu disinari cahaya matahari.

    “Kenapanya kak? Kot iya pun Afnan ni handsome sangat sampai tak tertahan rindu akak pada jejaka idaman Malaya ni, bawa-bawalah bersabar. There’s enough of me for everyone, no hassle.

    “Perasan! If I could roll my eyes, I would have,” balasku. Tempat duduk di buaian menjadi sasaran. “Macam iya aje yang satu Malaya hendakkan dia.”

    Afnan tergelak kecil. Makin mengecil anak matanya yang hitam itu. “Iya… Akak je yang tak percaya.” Dia kembali menyiram pokok-pokok bunga ibu yang sedang ligat berkembang. “Kita hot stuff kat sekolah tau…”

    Aku tersenyum mendengar kata-katanya. Afnan…Afnan… Perlahan-lahan aku menyandarkan diri ke belakang sambil menutup mata. Bau bunga mawar hasil tangan ibu mengharum, menusuk wanginya. Ada rasa damai yang singgah di jiwa. Perasaan yang tidak akan diperolehi di mana-mana selain di sini…syurgaku di dunia.

    “Kak Aufa…berangan la tu!”

    Terbuka kelopak mataku dengan sergahan Afnan. “Tak berangan. Ni namanya menghayati keindahan alam.”

    Afnan merenung wajahku dengan air muka yang berkata ‘Yeah, right!’. “Konon…”

    “Betul…Akak rindu nak balik rumah.”

    “Dah besar panjang pun masih rindu nak balik ke rumah. Anak manja.”

    Sedapnya panggil orang anak manja. Kan dia yang anak bongsu… “Kita pula dikatanya… Awaklah anak manja.”

    Afnan tidak menghiraukan kata-kataku tadi. Dia terus menyiram pokok-pokok tanaman ibu. Kali ini sasarannya pada sekumpulan morning glory yang menjalar naik di pagar hadapan rumah. “Akak anak manja.”

    “Afnan cakap lagi sekali…akak-”

    Sekilas Afnan berpaling sambil mencebik keanak-anakan. “Anak. Manja.”

    Sekali lagi bunyi hon memintas anganku. Baru hendak memastikan pemandu kereta yang berhenti di hadapan rumahku, ada bunyi deringan yang keluar daripada telefon bimbitku. Missed call…Sah!

    “Cepatlah kak. Boyfriend akak dah tunggu di luar tu.” Dia masih asyik menyiram tanpa berpaling. “Ataupun kekanda mahu adinda mengiring untuk berjumpa dengan abang ipar adinda itu?”

    Entah pipi ini terasa hangat kerana berjemur di bawah matahari pagi ataupun kerana usikan Afnan yang selamba itu. Afnan memang tak sayang mulut ya… Cepat-cepat aku menapak ke arah Afnan dan menadah sedikit air daripada hos sebelum merenjisnya ke arah ‘jejaka idaman Malaya’ itu. Bulat mata Afnan sewaktu aku melangkah keluar ke kereta Am.

    “Nanti akak…!”


    ***



    “Siapa lagi yang ada nanti?”

    “Tak ada siapa sangat pun,” jawab Shafiq yang duduk di sebelah Am. Am yang sedang memandu sibuk memerhatikan simpang dan jalan. “Geng kelas kita dulu je, Aufa- Seri, Najwa, Faiz. Bukannya semua ada di sini sekarang.”

    I see. Ingatkan one whole big bunch nak datang gather.” Mataku ikut membelok ke dalam simpang yang dilalui oleh Wira kelabu milik Am. Rasanya sudah tahu destinasi yang hendak dituju. “Awak apa khabar, Fiq? Family sihat?”

    Shafiq yang mengenakan jersi Arsenal berwarna biru tergelak. “Tak payahlah sopan sangat dengan Fiq, Aufa. Pelik bunyinya.” Aku pun turut sama tersenyum. “I’m great, thanks. Orang tengah cuti kan, sure happy. Famili pun sama. How’s everything going on for you? Study ok?

    Alhamdulillah, I’m as well as can be. Study macam tu la, bila belajar, score, bila tak, tidaklah. Takat mana kita ikhlas kerana Allah, takat itu jugalah Dia akan tolong kita – kan?”

    Shafiq yang mendengar kata-kataku memaniskan bibir. Dia melirik pandang sekilas pada Am yang juga sedang tersenyum kecil. “Betul kata Am. You’ve changed, Aufa.

    Memang aku sedari ada kebenaran di dalam kata-kata rakanku itu. Aufa sekarang tidak lagi sepenuhnya Aufa yang dikenali Shafiq sewaktu zaman-zaman persekolahan dahulu. Dari segi luarannya, tentu sekali rakan-rakanku dapat melihat bahawa aku telah berubah. Tiada lagi T-shirt berlengan pendek ataupun kemeja-kemeja three-quarter length, sebaliknya diganti dengan stokin kaki dan tangan sebagai pelengkap busana. Tudung bawalku dahulu yang diselempangkan ke atas bahu kini digantikan dengan tudung yang lebih labuh, turun menutupi dada hingga ke abdomen.

    Berkat petunjuk dari Yang Esa, aku disedarkan tentang aurat seorang perempuan secara menyeluruhnya melalui pentarbiyahan di universiti. Dan sahsiah diri masih lagi cuba kuperbaiki, dengan niat untuk cuba mencontohi para serikandi Islam agar dapat mencuri sedikit kasih sayang dariNya. Syukur Allah SWT masih memberikan peluang untuk mengecap nikmat iman dan Islam. Tetapkanlah hati hambaMu ini ya Allah…Suluhkanlah jalan yang terbaik bagiku.

    “Is it a bad change?”

    “Nope. I’m fairly certain that it’s for the better. Good for you
    , Aufa.”

    Ada senyuman yang lahir ketika mendengarkan jawapannya. Terasa bertuah dengan kurniaan rakan-rakan yang memahami. Paling tidak pun, membenarkan. “Apa lagi yang Am cakap pasal Aufa ya Fiq?”

    “Hmm…banyak…” Mata Shafiq yang membundar menari-nari nakal. “Habislah kau, Am.”

    “Ha, jangan nak mengarut,” pintas Am, spontan. “Bukan boleh dibiarkan duduk sekali budak berdua ni. Nanti entah apa-apa gosip yang keluar.”

    “Apa pula gosip kalau dah betul…”

    “Shafiq, kau sayang muka yang cukup sifat tu ke tidak?”

    “Eleh Am. Tak main la nak threaten orang kalau sendiri yang takut nak main api.”

    “Kalau sayang rambut nenas tu, Fiq, baiklah diam. Nanti baru tahu api tak api.”

    Kulit muka ini sudah berkerut entah berapa banyak melihat kedua-dua rakanku itu bertelagah kata. Apabila disorong pandangan matanya ke kiri, aku disambut oleh wajah Shafiq yang sedang elok tergelak riang tetapi apabila melihat Am yang sudah separa ‘angin’ itu, tak dapat aku hendak membuat kesimpulannya. Basically, budak lelaki memang pelik…

    “Eh, tu bukan Seri ke?”

    Pandanganku tumpah pada seorang gadis manis yang sedang duduk menghirup air di hadapan kedai mamak yang biasa menjadi kunjungan kami sewaktu di sekolah dulu. Tapi kali terakhir aku melihat Seri, dia tidak pula bertudung… Mungkinkah…?

    “Ha’ah, Seri la tu. Wei Am, park kereta, cepat.”

    “Baik pak encik.”

    Alhamdulillah…Seronok rasanya melihat rakanku yang dahulunya memang free-hair kini sudah bertudung. Semoga Allah kekal memberikan petunjuk dan hidayah kepada mereka-mereka yang dikehendakiNya…

    Aku melangkah turun daripada kereta bersama-sama dengan Am dan Shafiq. Seri yang sedang tersenyum melambai singkat ke arah kami. Yang di sebelah Seri tu, macam Faiz…

    ‘Beep. Beep beep.’

    MasyaAllah…Rancak pula telefon ni…

    Assalamualaikum. Sabahul khair! Apa khabar kawan saya yang di Johor sekarang ni? Nak ucap terima kasih kerana mengambil berat sepanjang recovery saya minggu lepas. Lain kali kena buat water-based module lagi ya ;-) Anyway, gunakanlah cuti ni sebaiknya ya Aufa. Semoga lebih hampir denganNya, Insyaallah. Take good care of yourself! :) Wassalam.


    Kalaulah hati ini sebuah radio, tentu sedang riang ia bernyanyi-nyanyi. Ai, jika terus begini, alamatnya tersenyumlah awak sepanjang minggu, Cik Aufa...!



    ***


    Sabah-ul khair ~ Good morning!

    Syukran buat alzun, myarasa, auntie fasha, neko+kepok (jom ke Precint 8!), jomt, pinkJambu, spiral, niza, nadya, aufa_solehah, POPO dan lain-lain kerana masih membaca =)


    Posted at 11:17 am by nurtaqwa
    Make a comment  

     
    Tuesday, April 19, 2005
    Announcement #2

    Salam ukhuwwah buat semua,

    Rindunya pada blog sendiri... Apapun, short notice ni dibuat untuk memohon maaf pada mereka-mereka yang membaca. Kita cerita sikit ya apa yang terjadi the last few days:

    Lepas balik dari camp hari tu, saya berangkat ke Pahang (tahniah sahabat di atas pertunanganmu!). Sampai semula di Selangor pada waktu malam, 16hb. Esok paginya saya pulang ke rumah. Maaf kerana tak dapat nak update betul-betul selepas balik sebab letih sangat after the long journey. Lagipun, bila duduk di rumah ni, tak boleh 24 jam menghadap comp ~ nanti mak bising ;-)

    That and thank you pada nasi tomato dan auntie fasha kerana menegur kesilapan layout. Correction is underway :)

    Kepada pinkJambu (janganlah sedih lagi ya), alzun (maaf Aufa lama sangat holiday-nya), auntie fasha, eita, Ija, nasi tomato, Nazra (TQ~ banner biasa aje), SayaSiti, myarasa, Nur (ahlan kembar sama nama), serta lain-lain yg membaca ~ you're all very kind, terima kasih!

    Nak balas panjang sikit tapi mak panggil makan.. Sampai jumpa lagi!

    Posted at 03:47 pm by nurtaqwa
    Comments (2)  

    Episod 8 – Mana Mungkin


    “Aufa, tolong ambilkan dulang berisi air di dapur. Urusetia muslimin minta air untuk penceramah. Cepat ya, ceramahnya dah berlangsung separuh jalan.”

    Aku mengangguk faham, lantas berjalan ke kawasan penginapan urusetia muslimat. Tirai putih yang menghalang pandangan orang luar dari menjenguk ke bahagian dalam penginapan kutolak sedikit ke tepi.

    “Assalamualaikum.”

    Itu tak lain tak bukan tentu sekali urusetia muslimin. Maklumlah, mereka tidak boleh merentas masuk melebihi tanda tirai putih di luar rumah tadi. “Wa’alaikumussalam. Sekejap.”

    Mataku melilau ke kiri kanan, mencari bekas air yang dipinta oleh Kak Aida sebentar tadi. Di ceruk sebelah kiriku, terletak kemas gelas kaki dan sebuah jag berisi air. Ha, ada pun..!

    Cepat-cepat aku melangkah semula ke bahagian hadapan rumah seraya menyelak tirai di atas kepala, bimbang muslimin yang tadi memanggil menunggu terlalu lama. Dulang berisi gelas air yang ditatang di tangan dikendali dengan berhati-hati. Pandanganku masih kekal di lantai, mencari sandal yang kutanggalkan.

    Slow down, Aufa. Jangan kalut sangat. Penceramah tu tak lari ke mana.”

    Tanpa perlu menoleh, suaranya terlebih dahulu kudengari. Entah ya atau tidak dalam sesaat itu juga nafasku seakan terhenti. Ada rasa segan yang hadir dalam diri sewaktu teringatkan kata-katanya tadi. Tidak teraturkah langkahku di hadapannya kala itu?

    “Maaf kalau lama awak menunggu.”

    Wajah Nufail yang tenang dipalit segaris senyuman, tangannya menyambut huluran dariku. Sekilas dia memandang wajahku sebelum mengalihkan pandangan. Hati yang berdetik pantas terasa diruntun rasa malu yang teramat. Panahan mata. Wahai Hawa, tundukkanlah pandanganmu apabila kau bersapa mata dengan kaum Adam…

    “Tak apa, saya tak kisah. Ini sahaja ke?”

    “Itu sahaja yang Kak Aida pesan pada saya. Unless ada benda-benda lain yang awak nak tambah.”

    “Rasanya tak. Saya gerak dulu ya.”

    Nak tanya atau tidak? Tanpa sebab, wajah Kak Ana menerpa di ruang minda. No, you don’t have to ask for her permission. You’re only talking. Make a decision, quick! “Nufail.”

    Baru beberapa tapak dia melangkah, dia berpaling semula ke arahku. Riak mukanya dihiasi tanda tanya.

    “Muka awak pucat,” ucapku perlahan. “Awak demam ke?”

    Tidak sempat Nufail nak menjawab pertanyaanku, dia bersin dengan tiba-tiba. Bersin yang disusuli ketawa kecil, mungkin mengenangkan ironinya keadaan itu. Baru ditanya perihal demam, sudah bersin pula tidak semena-mena. Lantas bibir ini turut sama mengukir senyum.
    Don’t worry about me, Aufa. Sikit aje ni, esok-esok baiklah. But thank you for your concern.

    Sekali lagi dia tersenyum sebelum berlalu pergi. Nafasku yang ditarik dihembus keluar, sambil kakiku dihayunkan ke arah rakan-rakan yang sedang mendengar ceramah di dalam surau. Walaupun banyak perkara yang membelenggu di fikiran, mindaku menolak rasional, lalu memilih untuk menghindarkan diri daripada realiti. At least for now…

    ***


    “Aufa, mari, ikut akak. Kita check situation untuk program petang ni.”

    Aku mengangkat muka dan bertemu pandang dengan Kak Lily, timbalan pengarah bagi program kendalian musim cuti ini. Sesuai dengan jawatan yang dipegangnya, Kak Lily agak sibuk sepanjang perlaksanaan program ini. Kak Aida yang menyumbang tenaga sebagai Timbalan Ketua Biro Program juga sentiasa bergerak ke hulu ke hilir untuk memastikan program dan modul yang dirancang berjalan tanpa masalah. Dan setakat ini, alhamdulillah, semuanya sedang berlangsung sepertimana yang dibuat di dalam perancangan. Esok kami akan berangkat pulang.

    Aku menurut langkah Kak Lily yang sedang bergerak menuju ke kolam. Kak Aida tentu sekali sedang galak melihat situasi yang sedang berlangsung di kolam air itu sekarang. Persekitaran kami yang dipenuhi kehijauan semulajadi sangat mendamaikan. Pokok kelapa, pokok durian, serta pokok buah dokong adalah antara flora yang tumbuh melata di kawasan ini, selain adanya dua kolam air yang terbiar. Udara yang dihirup sepanjang masa di sini terasa segar dan nyaman, tiada asap kenderaan yang menyesakkan dada, serta bebas dari hiruk pikuk kota. Aku tersenyum sendirian.

    “Kak, ini kolam ke tasik?”

    Mataku beralih pandang ke arah permukaan air yang berkocak tenang. Para peserta program sudah ada yang berada di dalam air, kelihatan seperti sedang berpaut kepada sesuatu.

    “Yang ini besarnya macam tasik, tapi rasa akak masih lagi dipanggil kolam,” balas Kak Lily, matanya jauh merenung kelibat para peserta dan urusetia yang terlibat.

    “Mereka paut pada apa tu, kak?”

    Kak Lily menetapkan langkah ke arah Kak Aida yang sedang berdiri sendirian. “Batang pisang. Water-based module ni agak menarik untuk peserta. And it would be one heck of a challenge if they don’t know how to swim. Tentu akan rasa takut bagaikan nak lemas.”

    Sedang Kak Lily bertukar cerita dengan Kak Aida mengenai modul kali ini, aku mengambil kesempatan untuk meninjau keadaan sekeliling. Kolam yang lebarnya seperti tapak sebuah rumah banglo kelihatan memanggil-manggil kami yang berdiri di atas tanah berpasir di sekelilingnya. Sekali pandang, kawasan kolam tersebut telah dibahagikan kepada dua kawasan, satu untuk kegunaan peserta lelaki dan sebelah lagi untuk kegiatan peserta perempuan, sesuai dengan peraturan yang tidak membenarkan percampuran antara lelaki dan perempuan.

    Di dalam air, keadaannya lebih kurang sama untuk peserta lelaki mahupun perempuan. Masing-masing menghamparkan dua kumpulan yang sedang berpaut pada batang pisang tersebut, dengan setiap satunya dibebani tiga orang peserta perempuan dan ditambah sehingga menjadi empat orang bagi peserta lelaki. Rakan-rakan mereka yang lain sedang menunggu giliran di atas darat.

    What is exactly their task, kak?”

    “Rentas kolam ni, dari hujung sana sampai ke sebelah yang satu lagi,” jawab Kak Aida, tangannya menunjukkan kawasan mula dan akhir, bagaikan dari utara ke selatan jauhnya. Mataku hanya menurut depaan tangannya. Jauh juga…

    “Dalam kolamnya?”

    “Kalau jejak kaki, tak sampai ke bawah.”

    Dalam la tu…“Can all of them swim?”

    “Wallahua’lam…”


    Ada rasa risau yang mencelah ketika aku mendengar jawapan Kak Aida. Macam mana kalau…-

    Kak Aida bagaikan mendengar bisik hati ini. “Ada urusetia yang selia. Muslimin dekat sana tu, ada lima orang. I’m sure that all five of them are able to swim.

    Pandanganku beralih pada sekumpulan urusetia yang berkumpul di checkpoint akhir di hujung kolam, termasuklah Abang Amir dan Nufail yang sedang berdiri memerhatikan kumpulan peserta lelaki yang telah merentas dua pertiga kawasan kolam tersebut.

    Luqman pula sudah siap berada di dalam bot kecil, mendayung perlahan bersama-sama seorang lagi urusetia di tengah-tengah air, barangkali memerhatikan keselamatan peserta perempuan yang baru separuh jalan menguak air. Waktu itu jugalah aku dapat melihat bot kendalian Luqman bergerak ke arah kami, menyebabkan kami bertiga bertukar pandangan.

    “Saya rasa elok kalau urusetia muslimat sendiri yang mengawal keadaan peserta muslimat,” ujar Luqman apabila dia menghampiri darat, sambil membantu rakannya untuk keluar dari bot tersebut. “Boleh kan, kak?”

    Dayung yang dipegang Luqman dihulurkan kepada Kak Aida. “Ok. Tapi kami semua ni bukannya pandai sangat nak kemudi bot tu.”

    “Lebih kurang sama je macam berkayak, kak. Nanti saya akan masuk semula dalam air kalau akak betul-betul rasa tak selesa.”

    Kak Aida dan Kak Lily sudah menginjak masuk ke dalam bot tersebut. Mereka mencari wajahku. “Aufa, tak nak naik sama?”

    Aku menggeleng perlahan. “Aufa tak tahu berenang, kak. Safety jacket tu pula ada dua sahaja. It’s ok, I can wait here.

    Luqman dan rakannya telahpun menjejakkan kaki ke darat, sama-sama melihat Kak Lily dan Kak Aida mendayung perlahan ke tengah kolam. Dari jauh, aku dapat melihat satu kumpulan peserta lelaki yang sedang menghadapi masalah dengan modul petang itu. Batang pisang yang dipaut oleh mereka seakan-akan berbolak balik. Ada peserta yang sedang kalut semasa berpaut, sebelah tangannya mengocak-ngocak air dengan panik. Tangan kanannya yang sedang berpaut tampak licin, kepalanya pula menggeleng-geleng lemah. Ya Allah, kenapa pula tu?

    “Tolong…! Tolong…!”

    Peserta yang kuperhatikan baru sekejap tadi kini hanya tinggal sebelah tangan di atas paras air. Beberapa kocakan air yang kecil memecah ketenangan permukaan apabila kulihat tangannya menghentam air tanpa arah. Ada rakan sekumpulannya yang melepaskan pautan pada batang pisang tersebut sambil berenang ke arahnya, tetapi gerakannya nampak lemah, mungkin kerana penat merentas kolam yang luas.

    “Tolong…!”

    Ya Allah, kau lindungilah hamba-hambaMu dan kau berilah pertolongan. Hanya Engkau sahaja yang mampu mengatasi segala-galanya…

    Dalam keriuhan dan jeritan peserta yang meminta tolong, Nufail terus terjun ke dalam kolam, disusuli oleh Abang Amir. Luqman dan rakannya yang tadinya berdiri berhampiran denganku berlari terkocoh-kocoh mengelilingi kawasan kolam untuk sampai kepada rakan-rakan mereka yang sudahpun di dalam air. Terlalu jauh untuk mereka berenang terus kepada para peserta dengan keluasan kolam sebegitu rupa.

    Saat itu jugalah, diriku terasa amat kerdil. Hanya mampu melihat tetapi tiada daya untuk bertindak. Hanya himpunan doa di dalam hati yang mampu ditutur, semoga semuanya berakhir dengan sebaik-baik peristiwa. Tangan peserta yang meminta tolong tadi antara nampak dengan tidak, dan rakannya yang melepaskan pautan sekarang sudah semakin lemah renangannya. Begitu lemah sehingga dia kelihatan seperti tidak berenang pun. Dari jauh aku masih dapat melihat dirinya yang tercungap-cungap dan terbatuk-batuk kerana tertelan air yang banyak. Hati ini turun naik denyutannya. Kau selamatkanlah mereka, Ya Rabb…

    “Aufa!”

    Aku menoleh ke arah suara yang memanggil. Kak Lily.

    “Suruh muslimat keluar dari air,” suara Kak Lily yang meninggi menerjah telinga. “Arahkan yang boleh berenang untuk tolong kawan-kawan mereka balik semula ke darat.”

    Aku mengangguk. Pantas aku mengorak langkah ke arah para peserta muslimat dan mengarahkan mereka untuk naik ke darat. Nasib baik mereka baru sahaja bergerak kurang dari satu pertiga kawasan kolam, oleh itu tidaklah begitu jauh untuk dibantu. Ada di antara mereka tadinya tinggal di darat kini turun ke dalam air untuk membantu menolak batang-batang pisang yang menampung berat peserta-peserta yang lain. Kak Aida dan Kak Lily juga turut sama membantu dengan mengangkut beberapa orang peserta ke dalam bot bagi mempercepatkan proses.

    Sekilas pandang, aku dapat melihat Abang Amir menarik peserta yang telahpun lenyap kepalanya daripada permukaan air, dibantu oleh seorang lagi urusetia yang lain. Nufail pula sedang berenang pergi mendapatkan peserta yang paling hampir dengannya, iaitu yang melepaskan pautan tadi. Lekas-lekas dia meraup muka sebelum memautkan lengannya pada leher peserta tersebut. Dan sewaktu dia bergerak balik ke tepi bersama peserta tersebut, ada bunyi-bunyi batuk yang keluar dari bibirnya, dan tika itu jugalah aku teringatkan keadaan Nufail sendiri yang sedang demam. Yang menyelamat serta yang diselamatkan kedua-duanya nampak tercungap-cungap keletihan. Entah buat ke berapa kalinya hari ini, hatiku berdegup kencang lagi. Rasa risau yang bertandang seperti tidak mahu pergi. Permudahkanlah Ya Allah, jangan Kau sulitkan…



    Posted at 03:29 pm by nurtaqwa
    Comments (4)  

     
    Saturday, April 09, 2005
    Announcement #1


    Assalamualaikum warahmatullah =)

    Kepada semua yang begitu rajin datang menjenguk blog ni, I have something to inform you guys k. As all of you are aware of, I finished my last paper yesterday (terima kasih banyak2 kpd semua yg wish g'luck ~ semoga jawapan saya diiringi doa2 anda semua!). Ramai yg nak saya update more frequently after the 8th ya... ;p Kalau begitu, ada slight news that I'd want to share:

    Starting from 9th-13th of April, I'll be away for an outdoor camp (ala2 me-relax-kan minda after final exam ended kot ;p)


    Jadinya nak minta maaf sebab tak dapat nak update blog ni dalam jangkamasa tersebut. Don't worry though, I'm sure my other fav blog-authors will be updating their stories *hint, hint* Singgah2lah menjenguk ke sini temankan saya ya. InsyaAllah, pulang daripada camp tu nanti, I'll try my best to post more frequently (and catch up with the stories I'm missing).

    Selain itu, nak ucapkan jutaan terima kasih kepada yang membaca + kawan2, khususnya (in order of appearance in the tagboard) : spiral, yana, nad, ryana, neko, Nadya, kepok, eita, che_det, honeymadu, aien, pinkJambu, SayaSiti, auntie fasha, alzun, niza, Name, fiza, insansepi & hasfiz! Thank you so much everyone =)

    Untuk kak alzun, salam mahabbah saya hulurkan ~ terlalu baik utk even consider penulisan saya spt ala2 zaid akhtar, but thank you anyway. tegur2lah saya jika ada salah dan silap.

    Until then, be safe everyone & have a great weekend!

    Ilal liqa.


    Posted at 05:00 am by nurtaqwa
    Comments (9)  

    Episod 7 – Benarkah Dia


    Sekali klik di atas link yang diberi oleh Nurul pagi tadi membawaku ke portal laman web sebuah syarikat percetakan. Mata hitamku dengan hati-hati membaca header artikel tersebut.

    ‘Masjid Al-Aqsa dikawal ketat’


    Dalam diam aku mengucapkan doa, memohon agar para mujahidah Islam di bumi Baitulmaqdis dikurniakan ketabahan dan ketetapan hati dalam mempertahankan tanah para Anbiya’ itu. Ancaman puak pelampau Yahudi yang ingin menyerang Masjidil Aqsa membuatkan darahku berderau kerana menahan geram.

    ‘Istiqamahlah wahai para pejuang agama Allah… Kerana sesungguhnya kamu dijanjikan syurgaNya selain kemenangan yang besar!’

    ‘Beep. Beep Beep’.

    Malam ni duduk sebelah handphone tau. Jangan silentkan pula ;p I’ll talk to you later, alright. Bye sweets.


    Kepalaku digeleng-geleng lembut apabila menerima pesanan itu. Rasa ingin tergelak pun ada juga. Tak ada angin, tak ada ribut…Ada-ada sahaja budak Am ni…

    “Malam ni kita makan di luar tau, Aufa. Kak Aida dengan Kak Lily setuju nak ikut sama – nak lepaskan tension lepas habis periksa,” pesan Nurul apabila dia menjengah ke bilikku siang tadi.

    Entah kenapa akhir-akhir ni memang rasa amat malas untuk keluar dari rumah. “Rajinnya nak makan di luar…”

    Nurul yang dapat menangkap maksud di sebalik ayatku tadi membalas. “Tak kira. Awak berhutang dengan saya, Aufa. Kena temankan makan. Hari tu dah tak jadi keluar. Hari ni, by hook or by crook, kita akan makan di luar juga. Bosanlah asyik duduk terperap memanjang.”

    “Tadi kata Kak Aida dengan Kak Lily nak ikut sama kan? Bolehlah-”

    “Tak boleh. Awak kena juga ikut,” pintas gadis itu. “Marilah Aufa, kenapa malas sangat nak keluar rumah ni? Kita kan dah habis periksa. Apa salahnya…”

    Memang tak salah, Nurul. Hari ini, sudah masuk dua hari setelah selesai kami mengharungi ‘peperangan’ kecil. Tambahan pula, jadual peperiksaan kami agak ketat dengan subjek-subjek yang diambil untuk semester ini dijadualkan berturut-turut selama empat hari. Letih juga apabila diduga sebegitu rupa tetapi alhamdulillah, sekarang sudah tamat segalanya. Namun bagi sesetengah rakan yang lain, perjuangan masih lagi belum selesai – baki tempoh peperiksaan selama seminggu masih lagi sedang dilunaskan hutangnya.

    “Aufa…”

    Wajah Nurul kurenung sebentar. Yang sebenarnya, bagaikan ada sesuatu yang menahan diri dari pergi. Entah kenapa, hati ini macam tak sedap sahaja rasanya. Tetapi…seperti tak sampai hati pula untuk menghampakan permintaan rakan yang seorang ini. “Ok, ok, Aufa ikut.”

    Nurul tersenyum girang sambil melangkah keluar dari bilikku. “Pandai anak mak. Nanti jangan lama sangat bersiap ya.”

    Tengok tu, menyakat orang lagi… “Aufa tak pergi nanti, baru tahu…!”

    ***


    “Malam ni nak makan di mana, kak?”

    “Tak tahu. Terasa macam nak makan apa?”

    “Akak ni, orang bertanya, dia balas balik dengan soalan pula…”

    “La la la la la~”

    “Akak…!”

    “Ala, mana mana pun boleh. Akak tak kisah.”

    “Mana ada kedai nama ‘Mana mana’. Cepatlah kak, nak makan di mana ni?”

    “Akak tak kisah…Pergi je mana mana.”

    “Kak, cepat, dah nak masuk simpang ni!”

    “Ya Allah ya Tuhanku, bingitnya!” Kak Lily mencelah, suaranya sengaja ditinggikan. Aku yang
    duduk di belakang di sebelahnya tergelak, tak tahan melihat telatah Nurul dan Kak Aida.

    “Masuk simpang kanan ni. Kita pergi makan dekat Serdang.”

    “Serdang?!”

    “Ei, cuba jangan dua-dua sekali menjerit at the same time, boleh tak?”

    “Kenapa nak makan dekat Serdang? Macam bosan je…”

    “Ha’ah. Kenapa nak makan dekat Serdang?”

    “Eeeii… budak-budak ni kan…! Tadi bising-bising tak tahu nak makan dekat mana. Akak suruh pergi Serdang, dua-dua tanya kenapa nak pergi Serdang pula!”

    Sekali lagi aku tergelak melihat Kak Lily yang kelihatan kalut ketika dibombard serentak oleh dua kakitangan CIA versi Malaysia di tempat duduk hadapan.

    “Aufa! Tergelak-gelak…Cubalah backup akak sikit. Cadangan, cadangan.”

    “Aufa tak-”

    Belum sempat aku menghabiskan ayat, kata-kataku terlebih dahulu dipintas oleh ketiga-tiga gadis tersebut. Agak melucukan apabila mereka menuturkan ayat yang sama pada frekuensi dan kenyaringan yang sama. “Aaah, tak nak dengar perkataan tak kisah!”

    Tersenyum aku jadinya. “Serius. Pergilah mana mana pun. Serdang pun ok. Aufa tak kisah.”

    Tiba-tiba Kak Aida bersuara. “Apa kata kita pergi makan dekat Bangi? Kawasan yang baru buka tu…seksyen berapa entah…”

    “Oh…Nurul tahu tempat tu! So, kita pergi Bangi ya?”

    Soalan Nurul disambut dengan sahutan yang riang. “Bangi!”

    ***


    Kami berempat melangkah keluar daripada kereta menuju ke kawasan selera makan, setiap seorang daripada kami memikirkan menu-menu yang menarik untuk santapan kelak. Kak Aida mengetuai kami ke arah sebuah restoran yang terletak di hujung deretan kedai, ‘Teratak’. Sambil berjalan ke destinasi yang dituju, kami rancak bercerita tentang demam peperiksaan yang sedang melanda.

    Last paper akak tadi memang tak boleh nak diharap,” keluh Kak Aida. Kak Lily yang bergerak seiringan dengannya mengangguk-angguk setuju. “Duduk dalam dewan untuk dua jam setengah, tapi tak tahu apa yang akak tulis dalam kertas tu. Rasa geram sangat sebab tak dapat nak recall certain important formulas.

    “Tak apalah kak,” pujuk Nurul. “Jangan difikirkan sangat. Benda dah lepas, bukannya kita boleh ubah apa-apa pun sekarang. Now we can only look forward to the coming days. Betul tak?”

    “Betul tu memanglah betul, Nurul. Cuma itulah, akak rasa terkilan.”

    Kata-kata yang terlintas di minda ku ucapkan perlahan. “Because you know you could have done better.

    Ada rasa kesal yang kulihat terpalit di dalam ekspressi muka kedua-dua seniorku itu. “Exactly.

    “Kita jadikan pengalaman kali ini-”

    “Aufa,” pintas Nurul. Ada sedikit kelainan di dalam suaranya. “Aufa, bukan ke tu…”

    Ayat Nurul yang tergantung terjawab sendiri apabila aku mengekori arah matanya. Dan pada saat itu juga aku pasti Kak Aida dan Kak Lily pun sedang melihat panorama yang sama. Lidah yang selalunya petah terasa kelu tak semena-mena. Betulkah ni?

    Kak Lily yang akhirnya bersuara. “Itu…bukan Nufail ke? Yang duduk semeja dengan dia itu siapa? Bukan Ana ke?”

    Rasanya tidak salah lagi mata kami berempat yang memandang. Nufail. Dan Kak Ana. Makan semeja. Ya Allah, tidak menipukah penglihatanku kini? Biar benar figure yang kami hormat dan percaya pandai menjaga batas-batas pergaulannya, saat ini sedang duduk semeja bersama seorang muslimah tanpa ada yang ketiga?

    “Aufa, dengar cerita, Nufail sekarang makin kerap berjumpa dengan Kak Ana.”

    “Semalam Lina dengan Wani yang ternampak. Mereka makan malam bersama.”


    Kebetulannya, pada saat itu jugalah Nufail memalingkan mukanya ke arah kami. Sekilas pandangan, bagaikan ada sesuatu di wajahnya yang tidak dapat aku baca. Lantas kukalihkan anak mata. Terasa seperti ada ombak besar yang menyimbah pantai hatiku yang tenang.

    “Aufa, nak makan di kedai lain ke? Kedai yang di sebelahnya tu pun nampak ok.”

    Aku mendongak, mencari mata Kak Lily. Lembut sungguh suaranya ketika menyampaikan bicara. Tak apa kak, I’m ok… “Eh, kenapa pula nak tukar tempat? Sini pun ok.”

    “Erm, tak apa, tak apa. Kita makan dekat kedai sebe-”

    “-Kak, it’s ok. Kita makan di sini sahaja. Mari masuk.”

    “Tapi-” Kak Aida mencuit pinggang Kak Lily sebelum sempat menghabiskan kata. Nurul yang berjalan lemah di sebelahku juga membisu tanpa kata.

    “Nufail, kebetulan sungguh. Makan di sini juga ya?” Ramah Kak Aida menegur dua makhluk Allah yang tidak kurang semeter jaraknya apabila kami menghampiri meja mereka. “Ana apa khabar?”

    “Ana sihat, kak, alhamdulillah,” senyum Suhana, Timbalan Ketua Protokol bagi program orientasi kemasukan pelajar-pelajar baru yang lepas. Cantik orangnya, gadis manis itu, lengkap dengan lesung pipit di pipi. Nufail yang duduk menghadapnya juga tersenyum sama.

    Nufail kemudiannya bertanya. “Datang makan ya – semua dah habis exam ke ni?”

    Yup. Baru sampai juga ke?”

    “Taklah. Kami dah habis dah pun. Tengah tunggu mak Ana.”

    Terkejut juga mendengar ayat itu. Mak masing-masing pun sudah sedia maklum tentang hal mereka?

    Mata Nurul yang membulat turut mencerminkan reaksi yang sama. “Mak Kak Ana?”

    “Ya. Mak akak ke bilik air. Kejap lagi nanti datanglah.”

    Tentu sekali jelas air muka kami berempat yang sudah agak-agak mati kutu itu. “Oh…ok. Erm, rasanya kami gerak ke dalam dahululah ya. Perut ni sudah bernyanyi-nyanyi pula.”

    Selepas meminta diri, kami berempat melangkah lebih jauh lagi ke dalam restoran tersebut. Entah kenapa, terasa seperti ada sepasang mata yang mangamati pergerakanku. Dan di kala itu, ingin sahaja aku menoleh, tetapi bagaikan terpanggil dengan naluri hati yang satu, hasrat itu kubiarkan.

    ***


    Sesampai kembali di rumah, kakiku terus melangkah tanpa henti ke dalam bilik. Dan dengan keadaan pintu yang dikunci, aku membaringkan badan di atas katil. Mataku elok terkatup rapat sedang nafasku dihembus perlahan-lahan keluar.

    Nufail, Nufail…Sudah berubahkah dirimu?

    Minda ini seringkali dicerobohi oleh bayangan-bayangan wajahnya. Khususnya riak anak matanya sewaktu kami bertemu pandang di restoran tadi. Tidak dapat ku tangkap apa yang sedang cuba ditafsirkan melalui renungannya itu tadi. Renungan yang mampu mengundang seribu tanda tanya…

    Astaghfirullahal’azim…cukup, Aufa. Cukup.”

    Tidak sempat hendak berfikir panjang, telefon bimbitku berdering. Malasnya hendak mengangkat…Skrin yang memaparkan caller ID ku jeling sekilas. “Ya, Am. Ada apanya?”

    “Macam tak nak bercakap dengan Am je bunyinya,” balas rakanku itu perlahan.

    “Tak adalah…Kenapa Am?”

    Are you tired, Aufa? Kalau ya, Am telefon lain kali sahaja.”

    I’m ok, Amzar,” balasku lembut. I’m sorry, Am. Bukannya penat, cuma…“Kenapanya ni? Ada benda nak beritahu Aufa kan?”

    Diam.

    “Am, jangan risau...Betul, Aufa ok. What is it that you have to tell me?

    I don’t think you’re fine. But then again, you probably won’t listen to my suggestions anyway. I’m guessing that you’re lying in your bed, staring at the ceiling, thinking about nonsense.

    Ada senyum yang singgah di bibir sewaktu mendengar kata-katanya. ”Terima kasih, Am.”

    Am tidak membalas komenku. Mungkin dia masih risau..

    “Tak nak kongsi cerita dengan Aufa ke?”

    Tiada respon.

    Awak marah ke, Am? “Tak apalah kalau tak nak cerita. Maybe next-

    I’m transferring.

    Untuk seketika, diriku ditelan rasa terkejut. “Ke?”

    Your place.”

    Wait, wait – my own university? “My uni?”

    “Your uni.”


    Entah kenapa diri terasa teragak-agak di ketika itu. Is he for real? “Janganlah main-main, Am.”

    Nope. Wait for my arrival after your holidays, sweetie. Next month.

    Posted at 04:29 am by nurtaqwa
    Comments (7)  

    Next Page