Pencarian diri merupakan nikmat dari Allah SWT dan hidup ini hanyalah untuk mencari mardhatillah yang dijanjikanNya...

~* TULUS KATA HATI *~





picture by: nurtaqwa


-Assalamualaikum warahmatullah-


-About Me-
- alias ~ nurtaqwa @ nur5268
- bahasa ~ suka 'rojakkan' bahasa (ampun!)


-Perhatian/Disclaimer -
Setiap apa yang terkandung di dalam 'Tulus Kata Hati' hanyalah cetusan idea penulis semata-mata. Sebarang persamaan antara yang hidup atau mati adalah suatu kebetulan.


-Plagiarism-
Nope. Not allowed here. I'm serious...



-Tagboard Talk-

   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


-Firman Allah SWT-
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia, selain untuk menghambakan diri (beribadat) kepadaKu."


Az-Zaariyat; 56


-Blogs To Visit-
- grey cat -
- rnysa -
- kak su -
- hadiah -
- niza -
- eita -
- spiral -
- ryana -
- nadya -
- Ija -
- Nur -
- POPO -
- huRzalafi -
- afeera -
- pinK Jambu -




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Monday, April 04, 2005
Episod 6 – Kala Hujan


“Ya Allah…kilat dah memancar dah tu. Macam mana ni Nurul?”

Sekali lagi aku menjenguk pandang ke luar balkoni bangunan fakulti bisnes dan kajian liberal. Langit yang beberapa jam tadi secerah jernih air yang membiru kini bertukar kelabu. Bunyi guruh yang berselang seli hadir bersama pancaran cahaya putih menambahkan lagi gerun manusia kepada kebesaran kekuasaan Ilahi.

Nurul datang berdiri di sebelahku. Matanya meninjau-ninjau laluan pejalan kaki ke kelompok penginapan kami. “Tapi belum hujan lagi kan?”

“Memanglah belum hujan lagi, tapi langit dah gelap semacam aja tu. Nak redah juga ke?”

Pandanganku yang tadi tetap pada langit yang bertukar warna, jatuh pula pada kelibat Nurul yang masih lagi tak berganjak memerhatikan laluan yang sama. Sedang membuat graf linear barangkali – percaturan jarak yang perlu dilalui melawan masa yang ada sebelum turunnya hujan.

“Kalau kita jalan laju, dalam lima ke tujuh minit sampailah ke pagar sisi.”

“Kalau hujan di tengah jalan?”

Nurul mengangkat sebelah kening, reaksi wajahnya antara mahu senyum dan tidak. Melihat air mukanya itu aku terdiam, mindaku pula membuat perkiraan sendiri. Kalau hujan renyai sahaja, tak apa, tapi kalau hujan lebat…

Kalau nak diikutkan, fakulti kami adalah yang paling hampir jaraknya dengan kelompok penginapan pelajar perempuan. Oleh itu, pada hari-hari lain di mana langit secerah biasa, memang kami akan sampai ke kawasan penginapan dalam masa kurang dari sepuluh minit berjalan. Kena pula kami berdua ni memang bukan spesies yang suka jalan dengan kadar ‘lemah lembut dan longlai’. Oleh itu biasanya dalam tujuh minit dah sampai dah ke pagar hadapan.

Sekilas itu aku teringat kata-kata seorang guru sewaktu di sekolah dahulu:
“Seseorang yang besar jiwanya dan tinggi cita-citanya, akan melangkah dengan cepat dan pantas. Ini kerana mereka begitu menghargai masa dan tidak mahu membazirkan nilai setiap saat itu dengan pekerjaan yang sia-sia. Orang-orang sebegini telah menetapkan pergerakan harian mereka dengan kewajipan masing-masing. Oleh itu, bagi mereka masa tidak akan pernah terasa cukup. Yang berjalan melenggang lengguk itu adalah mereka-mereka yang tidak mengisi masa dengan bijak. Oleh itu, mereka tiada hala tuju yang tetap dan akan sentiasa merasakan adanya banyak masa yang terluang. Balik nanti, lihatlah bagaimana kamu dan rakan-rakan kamu berjalan.”


Suara Nurul membawaku kembali ke situasi semasa. “So, macam mana ni? Redah ke tidak? Nanti kalau dah mula hujan, memang tak dapat bergerak daripada sini.”

Cakap Nurul memang benar. Bukan takat kami berdua sahaja yang stranded di situ, tetapi ada juga sekumpulan pelajar yang lain turut sama mengeluh apabila memerhatikan keadaan awan. Bagi yang membawa payung dan baju hujan, mereka sudah lama mula berjalan keluar dari balkoni itu. Sekali lagi aku berkira-kira, masih tidak pasti.

“Tak tahu. Awak nak redah ke?”

Wajah Nurul yang mempamerkan ekspresi muka berbelah bahagi itu membatu seketika. “Jomlah. Kita redah. Selagi belum mula hujan. Mari!”

Langkah kami yang keluar daripada lindungan fizikal fakulti bisnes disambut oleh rintik-rintik hujan. Hujan gerimis. Lantas aku berpaling ke arah Nurul. “Hujan…”

“Hujan renyai aja. Marilah. Jalan cepat. Takut nanti makin lebat.”

Tanpa membuang masa, kami mempercepatkan langkah. Gaya berjalan sudah bagaikan orang yang tidak cukup tanah untuk berpijak. Fail plastik yang mengisi nota-nota kuliah diangkat di atas kepala, berperanan sebagai pelindung, bagi meringankan kesan hujan yang semakin lebat yang menimpa diri. Nasib baiklah pagi tadi hati tergerak nak memakai baju berwarna biru gelap…Ya Allah, biarlah kami sampai dahulu sebelum kau limpahkan rahmatMu ke atas kami.

Namun begitu, ternyata percaturan Allah melampaui perancangan manusia. Hujan yang mulanya merintik turun kini dengan tiba-tiba lebat mencurah bumi. Guruh dan kilat pula tidak berhentian menyambut kehadiran masing-masing. Serata badanku terasa diserang bertalu-talu oleh manik-manik putih lembap. Mana tidaknya, kami bergerak menentang tiupan angin. MasyaAllah, lebatnya hujan…

“Ya Allah, lebatnya hujan! Nurul! Tak dapat sampai ke pagar kalau lebat macam ni!”

Suara yang meninggi sedikit sebanyak tenggelam dalam sahutan guruh. Nurul yang menoleh sekilas ke arahku kini berlari-lari anak, tangannya menuding ke arah kawasan berbumbung yang semeter jauhnya dari tempat kami berdiri. “Bus stop!

Jarak satu meter terasa begitu jauh sekali. “Alhamdulillah…

“Aufa…kuyup…!”

Sedang badan dilabuhkan ke atas stone-bench, aku mendongak. Dalam lembut suaranya, wajahnya kelihatan seperti menahan senyum. Senyum yang akhirnya memekar. “Dah lama tak main hujan ya.”

Ada tawa kecil yang keluar dari bibir. Lucu sungguh budak Nurul ni. “Itu pula yang difikir. Kita dua-dua dah basah kuyup macam nak rak ni ha. Hujan pula makin lebat.”

Tanganku menepis-nepis butir-butir air yang menuruni baju, di sepanjang tangan dan di hujung kain. Tudung yang di atas kepala pun diberikan layanan yang sama. Nurul yang di sebelah kini menjadi cermin kepada perbuatanku. Kami berbalas senyum.

“Nak call Kak Aida tak? Mana tahu, kalau dia tak ada kelas, boleh suruh dia tolong datang ambil kita di sini,” Nurul bersuara, memberi cadangan. Mungkin setelah melihat hujan yang masih menderu turunnya.

Ada rasa sejuk yang menyinggah. Namun hati kecilku bersyukur kerana perhentian bas ini berbumbung. Walau terkena tempias hujan sekalipun, kurang jugalah berbanding jika kami terus berjalan tadi. “Seganlah. Macam menyusahkan orang aja.”

“Nak tunggu sini sampai hujan reda?”

It looks like we have no other choice. “Tadi bukan kata dah lama tak main hujan ke?”

“Pulang paku, nampak,” Nurul mencebik manja. Kemudiannya kami sama-sama diam dalam menyaksikan salah satu daripada kehebatan Ilahi. Kejadian turunnya hujan, senyumku sendiri.

Bunyi hon membuatkan kami tersedar daripada lamunan masing-masing. Ada sebuah Satria biru yang elok terletak di hadapan kami. Ya Allah…Entah-entah… Mataku mencari nombor plat kereta.

Nurul terlebih dahulu mendahuluiku dalam menganalisa data yang satu itu. “Nufail.”

Tingkap kereta di bahagian penumpang diturunkan separuh. Pandangan kami bersatu. “Nak balik ke apartmen ke? Naiklah, saya hantarkan. Hujan macam lambat lagi baru nak berhenti.”

Nurul memandangku tak berkelip, seolah-olah menunggu jawapan. Aduh, kenapa pandang Aufa pula ni? Segannya kalau semua orang tengok macam tu. Suaraku yang keluar, perlahan bunyinya. “Nak ikut ke?”

Seribu satu perasaan menerjah di minda. Kondisi hati tak perlulah ditanya, gelodaknya bukan main. Wajarkah menerima pertolongan Nufail? Kalau ada orang lain yang memandang, tak apa kah? Tapi ini dah situasi yang mendesak kan, bukan kami yang meminta. Kan? MasyaAllah, malunya macam ni…

Nurul berpaling semula ke arah senior kami itu. “Segan sebenarnya…”

Wajah bersih Nufail dihiasi segaris senyuman. Ditambah pula dengan renungan matanya yang redup, padu dan tajam panahannya, seolah-olah ada sinar yang memancar. Manis! Lain sungguh dengan sapaan dinginnya yang kutemu beberapa tempoh yang lalu. Lantas kutundukkan muka. Ya Allah…Aufa, boleh tak concentrate sikit! “Jangan risau, Nurul, Aufa. Kamu berdua, saya seorang. Bilangan yang muslimat pun dah melebihi muslimin. InsyaAllah, tak ada apa-apa. Naiklah.”

Hujan masih lagi selebat tadi. Temput duduk hadapan kereta Nufail pun tentu sudah separa basah disebabkan hujan yang meluncur masuk menerusi tingkap. Sekali lagi Nurul kembali mencari wajahku, mencari jawapan. Tak boleh, Nurul. Kepala ni tak cukup stabil untuk membuat keputusan. Aufa ikut saja. Harapnya komunikasi metafizik kami berkesan...

Ternyata Nurul sudah lama membuat keputusan. “Erm, ok.”

***


“Dari mana tadi ni? Kolej ya?”

Soalannya membuatkan aku menoleh ke sisi, sedikit terkejut dengan sapaannya. Still having a heart attack by just being in his car is more like it… Aku mengangguk singkat. “Tadi teman Nurul jumpa Ustaz Razif.”

“Untuk program kita minggu depan?”

Angguk. Kepala ini sibuk memikirkan fakta bahawa kereta Nufail tadi sebenarnya melalui jalan yang bertentangan arah dengan kelompok penginapan kami. Jadinya sekarang kena jalan jauh sedikit dan berpatah balik di simpang hadapan.

“Ustaz Razif setuju?”

“Alhamdulillah, semuanya ok,” jawab Nurul. “Macam dalam perancangan kertas kerja. Kalau dia menolak, pening juga nak cari pengganti.”

Nufail mengangguk mengiyakan. “It’s good that everything’s working out according to plan. Bagus ada pelapis yang mantap macam awak berdua – taklah risau sangat kami-kami yang dah nak menamatkan pengajian ni.”

Nurul menghembuskan batuk yang dibuat-buat. “Iya lah tu.”

Lelaki itu tersenyum. “Betul...”

“Nurul nak tanya sikit, boleh tak?”

Ding ding ding! Code red, code red! This is not a good sign, Aufa…

Pantas aku berpaling ke arah Nurul yang sedang bersandar di tempat duduk belakang. Mataku merenungnya tajam, isyarat ringkas yang menyatakan “Jangan buat benda bodoh sekarang”. Sudahlah mengelat apabila menyuruhku duduk di seat hadapan, sekarang ni pun masih hendak menyakat lagi.

Why not. Nak tanya apa?”

Tak makan saman sungguh budak ni. Ya Allah tolonglah…If only I can shrink and get out of this car before she asks anything stupid…Nurul, tolonglah Aufa!

“Kami tumpang Satria ni, tak ada sesiapa yang marah ke?”

Allahuakbar…Siaplah bila balik nanti Nurul…!

Nufail mengecilkan matanya sedikit sambil membuat turn di selekoh, hampir dengan kelompok kami. Bibirnya yang dikemam buat sesaat dua menunjukkan dia faham isi tersirat yang sebenarnya lahir daripada pertanyaan Nurul tadi. “Tak tahulah. Ada orang ke yang sepatutnya marah kalau saya tumpangkan awak berdua?”

Pintu pagar utama sudah kelihatan. Palang pun diangkat, bermakna kereta Nufail bolehlah masuk menghantar kami sehingga ke tangga apartmen. Keringanan yang diberikan sewaktu hujan. Cepatlah sampai, cepatlah sampai…

“Manalah tahu kalau-kalau K-”

“Janganlah dilayan Nurul ni kalau dia tanya benda-benda mengarut, Nufail,” pintasku cepat-cepat, bimbang Nurul meneruskan aktiviti penyiasatannya. Rasanya pipiku sudah memerah. “Semenjak habis last paper semalam, macam ni lah stabilnya minda kawan awak yang seorang ni.”

Nufail tersenyum kecil. Satria birunya yang kini meluncur masuk ditempatkan di sisi tangga utama. “Oh, macam tu ya.”

Nurul hanya membalas senyum, seronok apabila dapat melihat diriku cuak begitu barangkali.

Pintu di bahagian penumpang dikuak perlahan sebelum aku melangkah keluar. “Terima kasih kerana menghantar kami balik. Maaf menyusahkan.”

Tenang raut wajahnya ketika membalas pandanganku. “It’s ok.

Yup, thank you for the ride, senior. Kirim salam pada Kak Ana ya kalau terjumpa dia. Assalamualaikum.

Mataku membulat, terkejut. Apa dah jadi dengan budak Nurul ni hari ni? Penangan hujan asid ke? Seronok benar menyakat orang…

Buat seketika, aku dapat melihat ada kekeliruan di dalam mata Nufail, tapi dia tidak membalas selain daripada “InsyaAllah”. Setelah melemparkan sekalung senyuman dan memberi salam, Satria biru miliknya itu bergerak pulang.

Maaf, Nufail. Entah kenapa ada rasa bersalah yang membelenggu. Rasa segan pun tidak kurang hebatnya. Kelibat Nurul yang sedang bergegas menaiki tangga ku ekori tanpa lepas. Memang nak kena karate agaknya housemate yang seorang ini nanti...



Nota penulis: Terima kasih banyak-banyak untuk semua yg sudi drop a line at the tag board and/or reading this story. Kekdg terasa segan bila mengetahui ada yang membaca coretan yang tak seberapa ni. Apapun, thank you everyone ~ I value your comments and words =) To those who are curious, my next paper = 8hb, so kalau saya bosan yang amat sewaktu study, I might just escape & write another entry for you guys k ;)

Posted at 06:45 pm by nurtaqwa
Comment (1)  

 
Wednesday, March 30, 2005
Episod 5 - Biarkan Berlalu


Aufa melabuhkan punggung ke kerusi yang bertentangan dengan meja belajarnya; skrin komputer di hadapan mata dibetulkan agar selaras dengan pandangan.

Nurul sudah lama hilang ke perpustakaan, mengikut jejak Lina yang memang rajin bermastautin di kompleks berhawa dingin itu. Mana tidaknya, peperiksaan akhir bagi semester ini akan bermula daripada minggu hadapan. Di kala ini, perpustakaan besar memang akan diserbu oleh para pelajar yang ingin mengulangkaji.

You're one of the very few who can't study in the library, even if your life depended on it, jerit hati kecilnya berkali-kali. It's not as if I've never tried, balasnya kembali, melawan suara hati sendiri.

Lepas daripada solat Isya' tadi, sudah dua jam sepasang mata ini menghadap buku Malaysian Constitution:Laws & Rights - buku teks utama bagi subjek Malaysian Constitution & Civil Rights. Tentu sekali ia suatu subjek yang menarik bagi mereka yang menyukai selok-belok perundangan.

Not me, gumamnya kecil. Well, it's one of the core liberal studies subjects, Aufa, like it or not. You might as well swallow this Mount Boredom inside your pretty little head and get on with it.

Itu senario dua jam yang lepas. Sekarang tidak lagi. Kini bebola matanya lekat pada peralatan elektronik yang sedang terkelip-kelip mencuri perhatiannya.

Laman web kendalian pensyarahnya merupakan destinasi pertama, matanya ligat mencari pembaharuan-pembaharuan yang telah dibuat semenjak kali terakhir dia bertandang. Sama sahaja.


"Aufa, dengar cerita, Nufail sekarang makin kerap berjumpa dengan Kak Ana."

Diam.

"Semalam Lina dengan Wani yang ternampak. Mereka makan malam bersama."

Kuch kuch hota hai. Tapi tiada kata yang keluar dari bibir.

"Aufa, dengar tak Nurul cakap ni. Terasa macam cakap dengan tembok aje."

Komennya kubalas antara acuh tak acuh. "Dengar. Takkanlah tak dengar. Awak tu kan bercakap betul-betul sebelah saya."

"Habis tu?"

"Habis tu apa?"

"Any reaction?"

"What kind of reaction are you looking for exactly?"

Nurul sudah menggeleng-gelengkan kepalanya. "Susahlah budak seorang ni. Nufail. Keluar makan. Dengan Kak Ana. Sandiwara semasa geng Protokol yang awak berkenan sangat tu." Nurul berhenti seketika, seolah-olah hendak mewujudkan kesan dramatik. "And this is not the first time."

"Kalau ya pun, Aufa nak buat apa?"

"Tanyalah Nufail sendiri. Betul ke tidak. Apa halnya selalu sangat jumpa akhir-akhir ni. Et cetera et cetera et cetera."

Tidak pernah kuceritakan pada Nurul yang kami berdua sudah lama tidak bertanya khabar. "Reverse balik sequence of events. Nufail keluar makan dengan Kak Ana. Right?"

Nurul mengangguk.

"Berdua sahaja?"

"Yang semalam tu mereka nampak, ada seorang makcik yang duduk bersama-sama. Kalau kejadian yang sebelum-sebelum tu, tak tahulah."

Nafas yang entah dari bila kutahan dilepaskan. "Then tak apalah. Kita bersangka baik. Yang tadi tu awak cerita macam seolah-olah mereka keluar berdua sahaja. Tak elok, Cik Nurul. Kalau orang lain terdengar dan disebarnya macam tu, kan dah boleh menjadi fitnah."

"Which is why I'm asking you to ask him outright. Habis cerita."

"It's not my business to ask of him things that are not related to our knowledge."

"Apa pula tak related? Related la ni. Nak membantu menjaga nama baik seorang sahabat. Think about it."



Telefon yang berdering membuatkan dia menoleh. Private call. "Hello."

"Wa'alaikumussalam Cik Aufa. Tengah khusyuk study ke? Or have you been busy avoiding your book?"

Cik abang ni rupanya..."Perli orang ya...Jahat betul. Tak apa. Kita merajuk nanti baru awak tahu maksud tak senang duduk. Since when jadi private number ni? Ke dah tukar nombor?"

"Since last week, and nope, it's still the same number. Am I not distracting you from doing your studying?"

"If you must know, I've now mastered the art of procrastination." Jari jemariku pantas menaip sesuatu di skrin. "Lagipun, letih dah mata ni tengok buku. Fasal Satu, Fasal Dua. Fasal, fasal fasal. Penatlah macam ni, Am."

"Awak tu student, memanglah penat," usik lelaki itu. "Kalau tak penat, dah tak nama student dah."

"Pandailah awak bercakap. Sendiri pun dua kali lima," tukasku semula. "Mimpi apa telefon Aufa ni?"

"Saja. Rindu nak dengar suara..."

"Allahuakbar. Mana la orang letak baldi kat rumah ni..." ujarku ringkas. Dah masak sangat dengan perangai kawan yang seorang ni. Lebih kurang sama sahaja keanak-akannya dengan si Afnan. "Rasanya tadi ada."

Ada bunyi ketawa dihujung talian. Ketawa yang diselangi batuk-batuk kecil. Amboi, amboi, macam tak cukup udara dia ketawa... "Seronoknya dia."

"You're so cute, Aufa. Nak buat sarcasm dengan Am tapi turn out jadi humorous pula. Seriously, lama tak dengar cerita. That's why I figured that I'd give you a call. Nak tunggu awak yang telefon saya, alamatnya sampai kucing bertanduklah."

Sedapnya mulut... "Tolong sikit ya. Kita telefon awak tau minggu lepas. Tapi dia kan dah jadi orang besar sekarang, sibuk memanjang. Entah ingat kawan ke tidak lagi."

"Teruknya kawan cakap macam tu. Bila awak call?"

"Rabu malam. Around 8:30 kalau tak silap. Fahmy yang angkat... dia kata awak dah keluar. Pergi mana entah."

"Rabu malam. Rabu malam..." Nada suaranya itu seperti sedang cuba mengingat sesuatu. "La... Rabu malam saya ada date dekat lib."

"Bijaknya bercengkerama dekat library."

"Kalau dah date I tu pun dari spesies buku, dekat situlah paling best, makcik."

"Cantiknya bahasa." Laman web seorang lagi pensyarah dilayari. Masih sama. "How was your exam? Ok?"

"Alhamdulillah. I gave it my best shot. Tengoklah nanti macam mana result. Malas nak fikir pun, benda dah lepas."

Komputer yang dari tadi kurenung, ditinggalkan. Bosan melihat page yang sama berulang-ulang kali. Badanku kini longlai bercanda dengan struktur tilam yang empuk. "I envy you. Orang kat sini baru nak start final, awak dah habis dulu."

"People of the higher ranks go through events before the common ones do."

Budak ini...kalau tak menyakat orang, memang tak sah. "Poyo."

"Poyo tu apa, Cik Aufa. Tak ada perkataan 'poyo' dalam Kamus Dewan milik saya. Sesedap rasa dia merosakkan bahasa," balasnya selamba. "Lagi nak mengata orang merosakkan bahasa."

"Lama la tak jumpa bebudak sekolah dulu," jawabku perlahan. Tiba-tiba datang rasa rindu. Rindu pada semua benda yang dulu. Rakan-rakan...situasi...state of mind. Beberapa tahun dahulu, semuanya terasa lebih mudah. Sekarang ini...

"Rindu Am, ya," usiknya nakal.

Alauddin Amzar. Namanya sahaja dah ada tokoh anak raja. Tuan punya badan itu pula sentiasa berseloroh menyamakan dirinya dengan keturunan Sultan Alauddin Riayat Syah. Zaman-zaman highschool dahulu, pantang discuss Sejarah Kesultanan Melayu Melaka, adalah yang 'kembang' sama tu nanti. Perasan sungguh.

"Orang sedih ni, dia main-main pula."

Kata-kataku tidak berbalas. Keadaan sepi seketika. "I have something to tell you, Aufa. Tapi nantilah dulu ya. I'll wait until after you're finished with your exams."

Mataku yang tadi asyik memerhati kepincangan di siling kini berlari-lari anak ke kiri dan ke kanan, mengecil sedikit tatkala mendengar ayat yang keluar dari bibir sahabatku itu. Wajahnya yang lama tidak kutemu muncul dalam ingatan. Dahi ini sudah terasa kerutnya. "Apa dia?"

"Consider it a surprise. Kenalah tunggu habis paper nanti."

Ada rasa gelisah yang menerpa di minda. "Awak tahu kan, saya ni pantang kalau orang cakap something tapi tak reti nak habiskan ayat."

"Tahu. Sebab tu saya buat." Ada ketawa kecil yang mengiringi tutur katanya. Riak muka Am yang sedang seronok mempermainkannya digambarkan dalam kepala. With that naughty twinkle and that half smile...Am, Am...

"Ada ubi ada batas." Elok-eloklah menterjemah 'ayat penuh makna' itu. Budak ini bukan boleh dilayan sangat perangai psycho-nya.

"You'll be the first to know, Aufa. I can promise you that, k. Janganlah risau."

"Orang tak risau, cuma..."

Tentu Am sedang tersenyum sekarang. Lembut suaranya ketika dia mencelah. "I just wanted to know how you were doing. You should go back and resume your studying. Take care of yourself ya."

Senyum yang menghiasi bibir semakin manis. "Thank you. Doakan Aufa tau. Tak tahu macam mana nak menghadap peperiksaan kali ini."

"InsyaAllah. You'll be just fine, don't worry too much. Ok ya Aufa, I'll talk to you later. Assalamualaikum."

"Wa'alaikumussalam warahmatullah."


Telefon bimbit yang masih di dalam genggaman kutenung sebentar. Gembira rasanya dapat berbual dengan rakan lama yang telah mengenali diri sebelum dia berubah. Perubahan luaran dan islah dalaman, sedikit sebanyak. Mungkin diriku belum berubah sepenuhnya, Ya Allah, tapi Kau berilah ketetapan hati agar ikhtiar ini berterusan. Moga hari ini lebih baik dari semalam.

Teringat kata-kata Ustazah Hamiza di dalam kelas fardhu ain yang dikendalikannya setiap dua minggu di masjid:

"Tidak akan dirahmati seseorang yang tidak merahmati orang lain. Oleh itu, mohon maaflah kepada Allah SWT atas kesilapan diri, agar dapat ditebus dosa seorang hamba terhadap tuannya. Dan maafkanlah setiap seseorang yang pernah kita kenali, jauh atau dekat untuk meleraikan sengketa sesama manusia. Semoga kemaafan yang kita relakan itu menjadi titik tolak kepada kemaafan yang diberikan oleh rakan-rakan kita di dalam doa mereka, InsyaAllah. Mudah-mudahan, hati kita akan lebih tenang dan memudahkan lagi urusan adik-adik menjelang final exam ni nanti."

Timbul rasa iri hati pada Ustazah Hamiza. Di wajahnya sentiasa terpalit kedamaian, dan dalam lembut suaranya menasihat sentiasa terdengar bait-bait hikmah. MasyaAllah, bertuahnya...

"Tidak akan dirahmati seseorang yang tidak merahmati orang lain..." ulangku sendirian.

Manis wajah ustazah bersilih ganti dengan kelapangan hati dari tulus kata-kata Am sebelum ia berlabuh pada redup pandangan Nufail.

Perlukah meminta maaf apabila kita sendiri tidak tahu kesilapan apa yang menjadi persoalan? Perlukah kita beralah pada situasi yang tidak memberikan peluang untuk melontarkan pendapat?

Aufa, berat sangatkah ucapan 'maaf' sehingga perlu didebat dan dipertikaikan keadaan yang membawa kepada perbalahan tanpa kata? Seseorang yang menutur kata maaf dan memaafkan lebih besar jiwanya daripada mereka yang menerima ucapan maaf itu sendiri. Bukankah begitu?

Nafas yang dihirup dihembus perlahan. Panjang. Matanya tumpah pada skrin telefon bimbit yang dihadapan mata. Teringat kata-kata Nurul yang menyuruhnya menyelidik keadaan. Perlukah?

Seminit.

Dua minit.

Ada keluhan kecil yang dilepaskan sebelum jari-jemarinya menari ketika menaip mesej sebelum dihantar:

Assalamualaikum. Apa khabar sahabat? Entah kenapa antara kita jadi pelik begini. Harap keadaan kembali seperti dulu. Apapun, maaf atas salah & silap. Doakanlah kejayaan kita bersama untuk exam akhir nanti. Semoga Allah memberikan petunjukNya.


Anggaplah sudah lepas bebanmu, Aufa. Kalau semuanya masih sama seperti dulu, terserah, pujuk hati sendiri. Telefon bimbit dibiarkan di atas katil sedang dia kembali duduk menghadap buku teks yang setebal dua inci itu. Beberapa minit bersama fasal-fasal perlembagaan Malaysia berlalu.

'Beep'. 'Beep beep'.

Lambat-lambat tangannya mencapai handphone yang terletak di atas katil sambil menyebut-nyebut fasal-fasal penting berkenaan kedudukan Bahasa Melayu di dalam negara.

Maaf atas segalanya. InsyaAllah saya sentiasa doakan kejayaan sahabat-sahabat semua. Tak sangka, tapi thanks. Jaga diri selalu. Moga dipermudahkan segala urusan dan diberi kelancaran serta penenang hati. Good luck for your final. Ilal liqa'.


Ameen.


Ilal liqa' ~ Sampai bertemu lagi =)

Posted at 03:57 pm by nurtaqwa
Make a comment  

 
Tuesday, March 22, 2005
Episod 4 – Damai Yang Seketika


“Alright everyone, congratulations for being elected as facilitators for this year’s orientation programme, as well as being chosen to be in Protocol Bureau. Since this is our first bureau meeting, saya nak semua yang ada dalam bulatan ni, give a short introduction of yourself. I’ll start. I’m Amirul Lutfi Mohd Hakim. You guys can call me Amir for short. I’m a final year student in the Business Administration field. Dan ini adalah tahun kedua saya memegang jawatan Ketua Biro Protokol."

Terasa ada sebuah senyuman kecil yang singgah di bibir. Walaupun baru memperkenalkan diri, Amirul Lutfi jelas sekali dapat menonjolkan sikap kepimpinannya. Suaranya tegas dan jelas, namun ada riak muka yang membuatkannya tampak approachable. Aufa melihat sekilas kepada rakan-rakan sekumpulan yang lain – rata-rata mereka kelihatan seperti sedikit terkesima.

“Untuk pengetahuan semua, jangkaan intake bagi sesi kali ini adalah yang kedua terbesar sepanjang penerimaan universiti kita. Biro Protokol pula merupakan satu biro yang penting, di mana kita bertanggungjawab untuk memastikan kelancaran program at all times selain menjaga tatatertib pelajar,” terang Amirul lagi. “Which means, I want each and everyone of you abiding the university rules and be in your best behavior selagi mana program orientasi belum berakhir. Clear?

Melihat keadaan kami semua yang mengangguk faham, Ketua Biro Protokol itu menyambung bicara. “Selain saya, ada dua lagi general yang mana kamu semua mesti ikut arahan mereka,” senyum Amirul. “They are my assistants, also the second highest in command. Introduce yourselves, guys.”

Pelajar lelaki berbaju hitam yang duduk di sebelah kanan Amirul Lutfi mendongakkan mukanya, pandangannya dileraikan daripada helaian kertas yang dipegang di tangan. Dia memandang ke arah Amirul Lutfi sebentar, meminta keizinan untuk berbicara barangkali, sebelum dia bertemu pandang dengan kami semua.

“Assalamualaikum and a good morning to all. Saya Nufail bin Amri, pelajar tahun ketiga dalam fakulti kejuruteraan. My name’s pretty short, so I’m sure Nufail’s an easy name to remember. And as Amir has said earlier, I’m his second in command, aside from Suhana, of course, who’ll introduce herself in a minute.” Nufail memandang ke arah seorang gadis di sebelah kirinya yang tersenyum kecil. Untuk seketika, terasa tumpuan matanya padu ke arahku. “Other than that, saya harap kita dapat bekerjasama dan memberikan komitmen yang terbaik sepanjang minggu ini, InsyaAllah… Thank you.



“Aufa!”

Kelantangan suara Nurul membuatkan aku tersentak. Ya Allah… Nurul yang berdiri betul-betul disisiku kutenung hairan. “Kenapa menjerit ni Nurul?”

“Berkali-kali dah dipanggil tadi, dia tak dengar, kita pulak yang ditanya kenapa menjerit…”

“Panggil Aufa ke tadi?”

Nurul menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum mengambil tempat di katilku. Setentang mata kami bersatu. “Malam ni kita makan dekat luar nak tak? Kita ajak Kak Lily dengan Kak Aida sekali. Penatlah menghadap empat sisi dinding putih ni, Aufa…Makanan di kafe pun dah tak sedap rasanya sebab selalu sangat ulang menu yang sama.”

Kalau hendak diikutkan hati, agak malas juga hendak keluar dari apartmen malam ini. Beban kerja bertimbun-timbun banyaknya…semuanya menunggu jari jemari si tuan punya untuk memulakan operasi mengejar submission datelines. “Macam malas nak keluar…”

“Ala… tak boleh,” pintas Nurul. “Malas tak malas, kena juga makan. Perut tu kena diisi, Aufa. Teman Nurul makan ya. Apa-apa sahaja selain daripada makanan di kafe tu.”

“Teman makan tu Aufa tak kisah. Yang malasnya…nak kena keluar dari rumah. Second stage proposal untuk Malaysian Constitution & Civil Rights pun kita tak habis buat lagi…” kataku, separa merayu.

Nurul yang tadinya duduk kini sudah berdiri. Terus-terusan dia berulang alik di hadapanku sambil bibirnya diketap lembut, menunjukkan dia sedang berfikir. Akhirnya dia duduk semula di birai katil.

“Geram sungguhlah kalau setiap hari pun macam ni,” dengusnya perlahan. “Bila agaknya semua kerja nak habis dibuat ya…Tak apa lah Aufa, kita makan apa sahaja lah yang ada dalam almari tu. Tak payah nak pening kepala lagi memikir.”

“Janganlah macam tu, Nurul. Kita kan student. Biasalah kalau hidup dihujani assignments and such. Tapi umat Islam ditegah daripada berputus asa kan? Al-Quran sudah berkali-kali mengingatkan…” balasku, cuba memujuk hati rakan yang sudah hilang ceria di mukanya itu. “Macam ni lah, kalau Nurul dah muak dengan makanan rutin di kafe tu, malam ni kita order-in ya? On me.”

Nurul mendongak, mencari sesuatu di wajahku. Nada suaranya yang mengharap membuatkanku tersenyum. Macam budak kecil juga perangai si Nurul ni kadangkala, mahu dipujuk dan dimanjakan. “Betul nak belanja ni?”

“Betul…Go ahead and call. Nanti Aufa bayarkan.”

“Tak bolehlah tolong bayarkan sahaja. Kena makan sama juga,” tegas Nurul, tangannya mendakap bantal biru kesayanganku.

“Ok, makan sama. Faham.”

“Tapi lain kali kita kena makan di luar tau. Tak boleh main elak-elak lagi. Aufa berhutang dengan Nurul ni.”

Yes ma’am!

***


Nada dering daripada telefon bimbit milik Nurul berkumandang dari bilik tidurnya, seolah-olah menjerit meminta diangkat. Berlari-lari anak rakan karibku itu dibuatnya. Aku yang sedang menghabiskan sisa makanan khusyuk mengerjakan fishburger yang dipesan oleh Nurul.

“Sekarang ni ke?”

Nurul kembali semula melangkah ke ruang tamu, masih lagi in conversation dengan pemanggil bertuah sebentar tadi. Plastic wrapper yang terletak di tepi pinggan dibuang ke dalam tong sampah. Sasaranku yang seterusnya ialah minuman bikarbonat di dalam container tinggi melangit itu. Terasa nikmat menghirup air yang membasahi tekak. Sedapnya dapat minum air sejuk begini sekali sekala…

“Erm, ok, kami turun sekejap lagi.”

Tidak semena-mena kepala kudongakkan. Kami? Siapa pula yang di talian itu? Sedang pandangan kami bertaut, mulutku berkumat kamit tanpa suara, bertanyakan siapakah gerangannya yang sedang bercakap dengan rakanku itu. Nurul yang memahami persoalanku mendiamkan sahaja.

Wa’alaikumussalam warahmatullah.”

“Siapa?”

“Luqman. Dia nak bagi barang. Kita jumpa dia di bawah ya.”

Ada beberapa calit rasa yang menyelinap di dalam hati.

“Ai cik Nurul. Semenjak dua menjak ni, makin rancak Luqman menghantar barang ke sini,” usikku. Nurul yang mendengar jelas usikkanku itu mengendahkannya. Ada tompok merah yang terbit di kedua-dua belah pipinya.

Luqmanul Hakim. Sesuai sungguh nama tersebut dengan pemiliknya. Luqman yang berlatarbelakangkan pendidikan agama sejak di sekolah rendah lagi merupakan seorang lagi ‘orang kuat’ persatuan kami. Petah berbicara di dalam Bahasa Melayu mahupun Bahasa Arab, dia seorang yang sangat luas ilmunya dalam membicarakan perihal isu-isu semasa, khususnya yang berkaitan dengan Islam. Kalau hendak disuruh bercerita tentang hal-hal kejuruteraan pun boleh tahan juga galaknya. Luqman juga merupakan kawan baik kepada Nufail…manusia yang tidak mahu bertegur sapa denganku itu.

Itu yang sebenarnya membuatkanku sedikit tawar hati untuk menemani Nurul turun ke bawah. Setiap kali Luqman datang menyerahkan sesuatu, tentu Nufail juga ada sama untuk menemankannya. Tetapi mengingatkan kedudukan Nurul sebagai seorang perempuan, yang mana seorang perempuan perlulah sedaya upaya mengelakkan diri dari wujudnya fitnah, dibuang perasaan itu jauh-jauh.

Permudahkanlah Ya Allah…Jangan Engkau sulitkan urusan hambaMu ini…

***


Melihatkan Luqman yang sedang meletakkan sebungkus beg plastik di atas kerusi batu yang berhampiran, sekilas aku mencuri pandang kepada rakannya yang sedang duduk di tempat duduk pemandu. Selalunya, tidak semudah itu untuk aku memandangnya, tetapi keberanian ini lahir kerana sekarang aku yakin, tidak akan sekali-kali dia mengalihkan pandangannya ke arahku.

And I was right to think so…

Nufail sedang bercakap dengan sesorang menerusi telefon bimbitnya, tangan kirinya terletak kemas di atas steering wheel. Matanya masih tertumpu di atas jalanraya di sebelah kanan, walaupun keretanya sekarang sedang diberhentikan di tepi pagar kelompok penginapan pelajar perempuan.

Nurul yang berdiri tidak jauh dariku mengucapkan terima kasih apabila Luqman kembali menghampiri pintu kereta. Lelaki itu menganggukkan kepalanya sambil melemparkan senyum.

“Pergi dulu ya, Nurul, Aufa. Assalamualaikum.”

Hilang saja Satria biru yang dipandu Nufail di dalam kelam malam, kami berdua melangkah ke arah kerusi batu di mana terletaknya ‘amanah’ Luqman.

MasyaAllah…

“Ada apa dalam tu?”

“Nasi briyani la Aufa,” jawab Nurul, matanya masih meneropong isi kandungan plastik berwarna oren itu. “Ya Allah, banyaknya lauk…Kita pula baru lepas makan. Macam mana nak habiskan?”

“Esok hari Khamis kan…apa kata kita puasa? Makanan tu kita buat sahur ya.”

Nurul yang mendengar cadanganku, mengiyakan sahaja, risau di mukanya jelas berkurangan. Diamnya mengingatkanku kepada masalah sendiri yang masih belum diselesaikan. Masalah yang dibawa bersama-sama sebuah Satria biru yang baru berlalu…



Posted at 05:34 pm by nurtaqwa
Make a comment  

 
Saturday, March 19, 2005
Episod 3 – Persoalan Tidak Berjawab


“Kak Aufa, lama tak jumpa,” sapa Dalilah, junior setahun dariku itu. Gadis kecil molek itu terus merangkulku di dalam pelukannya. “Apa khabar kak?”

“Alhamdulillah, akak sihat, Ilah. Maaf akak sampai lewat sedikit. Macam mana attendance untuk malam ni?”

“Macam ni lah, kak. Akak sendiri pun boleh nilai bila masuk ke dalam auditorium nanti,” balas Ilah. Ada kekecewaan yang terselit di sebalik nada suaranya.

Sekali pandang, ruang legar auditorium memang tampak sedikit lengang, dengan para pelajar yang mempunyai kelas di kawasan sekitarnya masuk dan keluar menuju ke destinasi masing-masing. Namun begitu, acara forum yang diusahakan oleh adik-adikku ini disasarkan di ruang interior Auditorium Abu Zarim. Lagipun, majlis seharusnya telahpun bermula setengah jam yang lalu. Oleh itu, agak tidak tepat untuk menilai sambutan terhadap program hanya berdasarkan pemerhatian kasar di bahagian luar dewan.

“Kita cuba yang terbaik, Ilah. Others will fall into place, InsyaAllah. Have a little faith in Him. Ya dik,” pujukku lembut, cuba memberikan dorongan.

Program-program kendalian pelajar batch kami sendiri pun pernah menghadapi masalah kehadiran yang kurang memberangsangkan. Memang sudah menjadi lumrah di mana program-program akademik memerlukan ’an extra stretch’ untuk mendapatkan feedback yang dimahukan. Dengan saingan daripada aktiviti-aktiviti yang berteraskan hedonisme, ternyata suatu kelainan perlu wujud bagi menarik para pelajar ke acara-acara ilmiah.

Dalilah hanya tersenyum memandangku. “Jemputlah ke dalam ya kak. Ilah nak tengok-tengokkan makanan sekejap, kalau-kalau ada masalah.”

Dia kemudiannya berlalu meninggalkanku, langkahnya terus ke arah meja yang menghidangkan makanan bagi para pelajar yang menghadiri forum malam ini. Sabar ya Ilah…

Baru sahaja ingin dikuak pintu auditorium, ada yang lebih pantas daripadaku.

Nufail…

Redup wajah Nufail sewaktu keluar dari bahagian dalam auditorium, tangan kanannya masih menolak pintu, namun dingin matanya menyapa. Sesaat dia memandang, sesingkat itu jugalah terus matanya dikalihkan. Tanpa kata dia berlalu, hilang ke dalam bilik kawalan audio dan video di sisi auditorium.

Entah kenapa ada rasa sedih yang singgah di hati. Sekelumit rasa kesal menyelinap ke dalam diri di atas jurang yang kini kami lalui. Kenapa boleh jadi macam ni, Aufa… Tidak ada angin, tidak ada ribut, tiba-tiba tak bertegur sapa…

Sambil menggetap bibir, aku melangkah masuk ke Auditorium Abu Zarim, memilih untuk tidak menyekat diri daripada menikmati acara malam ini hanya kerana... Hanya kerana apa, Aufa?

Melihat kelibat barisan panel yang sedang ligat membicarakan topik di atas pentas, mataku pantas mencari posisi terbaik untuk sama-sama mendengar perdebatan yang sedang hangat dibincangkan. Sekilas kulemparkan senyum kepada siswi yang duduk disebelahku sebelum menumpukan perhatian kepada panel-panel yang rancak berhujah, disisip dengan gelak tawa audien apabila timbulnya kata-kata yang mencuit rasa. Biarpun begitu, ada sesuatu yang menggamit di dada. Tenangkan hatimu, Aufa. Jangan melatah tak menentu. Relax…

***


“Macam mana forum tadi? Seronok?”

Aku berpaling untuk mencari wajah Nurul, tapi tiada di hadapan mata. Tentu Nurul sedang membancuh air panas di dapur. Seraya kulabuhkan badan di atas kerusi kayu di tepi tingkap, mencuri peluang menghirup angin malam.

Not bad. Biasalah kalau para panelnya semua mantap-mantap belaka. Susah juga moderator nak stop incoming questions daripada budak-budak yang ada tadi bila sampai ke sesi soal jawab.”

“Ruginya rasa tak dapat pergi sama tadi…Aufa, hot chocolate macam biasa boleh ya?”

“Boleh aja.” Planner hitam yang terletak di atas meja kucapai. Helaian demi helaian kuselak, mencari reminder untuk hari esok. Appointment dengan Miss Aisyah after class. Right, noted.

“Orang rumah, kami nak masuk…!”

Aku mendongak, sekaligus bertembung pandang dengan Nurul yang baru keluar dari dapur dengan membawa dua buah mug. Dua buah kole yang tadi dipaut di tangannya diletakkan perlahan-lahan di atas meja. Nurul kekal berdiri lebih kurang semeter dari muka pintu. Kami sama-sama tersenyum.

“Orang dalam… we know you’re there… we can see you…!

Tidak dapat nak membendung rasa geli hati, kami berdua tergelak kecil mendengar imitasi audibles daripada icon Yahoo! Messenger.

“Akak ni kan… ada pulak dipanggilnya ‘orang dalam, orang dalam’… kalau tak buat kami gelak, boleh tak,” usik Nurul, tangannya memegang tombol yang membuka pintu hadapan.

“Iya lah, dah lambat sangat buka pintu, siapa suruh,” balas Kak Aida. “Akak ada buat kek batik tadi, ingat nak kongsi dengan cek mek berdua yang duduk di sebelah rumah.” Bekas merah di tangannya diserahkan kepada Nurul yang sedang tersengih tak berhenti. Maklumlah, Nurul ni penggemar kek batik… “Kalau nak ikutkan, boleh aja kalau akak dengan Kak Lily habiskan berdua. Betul tak Cik Lily?”

“Betul, betul,” sahut Kak Lily yang sudahpun selamat duduk di kerusi yang setentang denganku.

“Sa-yang akak. Pergilah duduk dulu, Nurul buatkan air untuk akak.”

“Ha, tak moh. Tak moh duduk. Akak nak selongkar dapur,” seloroh Kak Aida yang mengekori Nurul ke ruang belakang. Bingit juga jadinya apartmen kami apabila ‘dicerobohi’ dua kawan baik yang menetap di sebelah rumah ini.

“Termenungkan apa tu Aufa?”

“”Mana ada orang termenung. Akak ni…”

“Yelah tu,” balas Kak Lily, bunyi suaranya antara percaya dan tidak. “Teringatkan sesiapa ke?”

Pemilik wajah baju melayu biru menerpa ke dalam ingatan. Sikapnya yang endah tak endah… “Tak adalah,” tingkahku ringkas. “Kenapa akak tak pergi ke forum tadi? Aufa jumpa Ilah – kasihan dia, risaukan attendance malam ni.”

“Sikit sangatkah yang datang tadi?”

Actually, the attendance wasn’t to be worried about. I mean, auditorium tu tidaklah packed, tapi ramai juga yang datang.”

“Alhamdulillah, baguslah tu. Kenapanya Ilah risau?”

“Biasalah kak. Dia kan salah seorang daripada ahli committee yang set-up event malam ni.”

Kak Lily mengangguk sambil membetulkan cermin matanya. “Tadi akak tengah siapkan projek dengan Kak Aida kamu. It’s almost finished. Kalau tidak, nak pergi juga. Panel macam mana?”

“Ustazah Hamiza, Puan Nora, dengan Ustaz Razif.” Senarai nama panel yang kuberi seharusnya cukup memberikan gambaran yang cukup jelas tentang kaliber mereka.

“Wah, mantapnya…Ruginya tak dapat nak join sama.”

Ada senyum yang terukir di bibir. “Tak apalah, tunggu second edition nanti.” Mataku kembali menganalisa planner di hadapan mata, sekadar mengalih pandangan.

“Aufa…”

“Hmm?”

“Tudung yang kamu pakai tu, tak nak buka ke?”

Jari jemariku mencari kerongsang yang tersemat di bahu. Astaghfirullah…patutlah sejak tadi Kak Lily memandangku tak berkelip…Tudung yang lerai dari kepala diletakkan di bahu kerusi. Lamanya Nurul dengan Kak Aida di dapur…

“Kamu terserempak dengan dia ya tadi?”

“Dengan siapa?”

Kak Lily menjungkit keningnya ke arahku, seolah-olah menyatakan seharusnya akulah yang lebih mengetahui apa yang sedang diperkatakan. Matanya tidak lekang dariku.

Terasa sedikit berat nafas yang kuhembus kali ini. Tapi tiada kata yang terkeluar dari bibir.

“Kamu berdua tak berbaik lagi?”

Tidak tahu bagaimana harus ku jawab persoalan Kak Lily. Selama ini bukannya kami terlebih baik pun, kak… “Tak tahupun saya yang kami bergaduh, macam mana pula nak berbaik...”

Senior tiga tahun dariku itu mendiamkan diri mendengarkan jawapanku, entah sedang memikirkan apa. Maafkan Aufa, kak, tapi memang tak tahu apa yang Aufa boleh katakan…

“Kita semua sehaluan, Aufa. Setiap dari kita cuba membantu menyumbang kepada ‘amar ma’ruf nahi mungkar’. Hendak membawa suatu perubahan kepada yang lebih baik di dalam kampus bukan kerja yang mudah kan.” Kata-katanya dihentikan seketika, lembut pula matanya yang melirik padaku. “Sudahlah bergerak bersama di dalam satu persatuan, seeloknya kalau ada perselisihan faham, kita selesaikan.”

Bukannya aku tidak mahu keadaan untuk kembali kepada sediakala, tapi itulah… “Aufa pernah beritahu akak kan, yang Aufa sendiri tak tahu macam mana keadaan boleh jadi sebegini rupa.”

“Nufail ni pun satu. Kalau nak diikutkan umur, sepatutnya dia lebih matang daripada kamu untuk mengendalikan hal-hal ini seperti ini.”

Keluhan Kak Lily kubiarkan tidak berbalas.

Nufail Amri. Pelajar itu setahun lebih tua dariku. Dan kematangan itu memang ada pada dirinya, sesuai dengan posisinya sebagai salah seorang daripada ahli majlis tertinggi persatuan kami – dia jugalah antara thinker terhebat persatuan dalam mengeluarkan hujah-hujah yang konkrit. Lihat sahaja karismanya dalam mengendalikan program-program persatuan. Dia ra’is (ketua) yang dihormati dan disenangi. Cuma entah kenapa… Nafas yang kulepaskan berbaur keluhan kecil.

“Tak nak cuba bersemuka dengan dia ke?”

“Nantilah kak,” jawabku perlahan. “Tidak mengganggu apa-apa pun sekiranya kami terus macam ni. Tak menyusahkan persatuan pun, sama ada pada diri atau orang lain.”

Work-wise memanglah tak menimbulkan masalah. Tapi nanti hati kita juga yang tak tenteram, Aufa.” Kak Lily mencari sesuatu di wajahku. “Aufa tak kisah terus macam ni?”

Lambat-lambat aku menggeleng lembut. Hati siapa yang lapang apabila tidak bertegur dengan rakan sendiri?

“Aufa cuma terasa seperti kehilangan seorang sahabat, kak. Seorang sahabat yang jujur dalam menegur kesilapan diri. Dan seperti Aufa tak akan dapat balik ukhuwwah itu.”

“Ka-”

Tidak sempat Kak Lily hendak menyambung bicara, ruang tamu yang tadi hanya ada kami berdua, kini telah memuatkan empat orang.

“Kek batik dah sampai…!”

Berganti-ganti Nurul dan Kak Aida bercerita sambil menghabiskan makan. Kak Aida memang ada bakat untuk membuka kedai kek. Tentu laris jualannya. Cokelat yang melekat di jari kubersihkan. Sekali-sekala, bila masanya sesuai, aku mencelah perbualan yang didominasi dua gadis lincah itu. Pandanganku bertaut dengan Kak Lily yang sedang memegang kole airnya. Kami berbalas senyum, seakan-akan membaca fikiran masing-masing. Hati yang berbunyi lagu sendu kudiamkan. Perbualan yang terhenti tadi tentu sahaja akan bersambung semula.

‘Yup, discussion is definitely not over…’




Nota penulis: Terima kasih kpd yg membaca nukilan di blog saya yg tak seberapa ni. Dan kepada rakan-rakan yang berkunjung ke sini (you know who you are :p), blog ini sebenarnya dibuat untuk meluahkan rasa hati (which is why I never told anyone this blog existed). That is also why you might come across events that I have gone through. Tapi karakter-karakternya semuanya rekaan ~ so janganlah buat assumptions yang pelik-pelik pula ya ;-) Chia-you!

Posted at 10:31 am by nurtaqwa
Make a comment  

 
Thursday, March 17, 2005
Episod 2 – Kejutan Hari Lahir



“Aufa, dah siap print ke belum Powerpoint slides tu?”

“Tiga muka surat lagi. Yang lain dah settle kan?”

“InsyaAllah sudah. Have you gone through your speech?

“Semalam malam Aufa dah praktis. Harap-harapnya tak ada masalah nanti. Cuma takut lari sikit aja dari actual timing.”

“Oh, itu jangan risau. Whenever you’re in front of the class, you tend to talk like a speeding bullet,” usik Nurul sambil tersenyum. “Tentunya tak lebih daripada lima minit nanti.”

“Jahatnya menyakat orang,” balasku, malu sendiri bila diusik begitu. “Bukannya nak bagi perangsang, buat orang lagi gelabah ada lah.”

“Kata-kata rangsangan la ni, Cik Aufa. Poin tersirat yang cuba saya utarakan tadi adalah betapa kagumnya saya dengan kemampuan Cik Aufa Insyirah bt. Ahmad Hanafi untuk melaksanakan tugasan yang mana ia memerlukan keyakinan untuk bercakap secara diplomasi di hadapan audien.”

Bantal biru kesayanganku dilontarkan ke arah Nurul. Tergelak rakanku yang seorang itu. “You’re a gifted speaker, Aufa. Presentations have always been a stroll for you. Janganlah kalut.”

“Tak adalah kalut sangat. Risau sikit sebab ni presentation yang pertama untuk subjek ni. Dr. Shafie tu pun nampak macam orang yang mempunyai ekspektasi yang tinggi pada pelajar dia.”

Memang betul pun kalau nak dianalisa pernyataanku yang satu tadi tu. Dr. Shafie memang dikenali di kalangan para pelajar sebagai seorang pensyarah yang agak-agak kritis sewaktu membuat penilaian. Professional presenters, kononnya, macam yang empunya diri ni pun boleh jadi tak senang duduk apabila mendengar komen seniors mengenai keletah lecturer yang begitu.

“Jangan dirisaukan sangatlah pasal khabar-khabar angin yang kita tak tentu lagi betul ke tidak. Hari ini kita bakal tahu sendiri kan. So, selawat banyak-banyak and baca bismillah. Kita cuba sebaik mungkin. Yang lain-lain tu, terserah.”

Nasib baik ada Nurul untuk menenangkan hati yang berdegup tak tentu arah ni. Belum lagi masuk ke dalam kelas, dah berdebar separuh mati. Permudahkanlah urusanku Ya Rabb…

“Ok Cik Nurul, printing’s done. Jom!”


***



So basically, that concludes our group presentation of ‘Market Research & Forecasting’. It should be known by now that a proper and thorough analysis regarding the current market is vital before proceeding with advertising and promotion of anticipated products. Otherwise, your company will not achieve its target of sales.

Ada suatu suara yang mengingatkan diri untuk kembali bernafas. Dengan mata yang masih tertumpu kepada rakan-rakan di hadapan, nafasku dihembuskan perlahan. “Thank you.”

Tangga di tepi pentas kuturuni perlahan-lahan, diiringi oleh Nurul serta dua lagi rakan sekumpulan. Cuping telinga ini seperti terdengar tepukan rakan-rakan sekelas yang lain, namun ia tenggelam di sebalik rasa lega yang meliputi diri. Alhamdulillah…

Very good.” Tiba-tiba aku mendengar suara Dr. Shafie. “See class, that is how I’d like for all of you to present. Look at us, at the audience, and not just read blindly from the slides. They’re all very engaging presenters. Aufa, you’re a potential lecturer.

Ya Allah, segannya bila disebut begitu di hadapan semua orang. Terasa seperti semua mata para pelajar subjek ‘Marketing Information System’ tertumpu pada aku. Apabila aku melarikan pandangan ke arah Nurul yang duduk di sebelah, dia sedang tersenyum simpul dengan bahagianya, seolah-olah puas hati dengan assessment yang dibuatnya sebelum ke kelas tadi.

Kebetulan pula kumpulan kami adalah kumpulan terakhir yang membuat presentation pada hari itu, jadi tidaklah perlu aku melayan senyum simpul Nurul terlalu lama. Selesai ucapan daripada Dr. Shafie, kelas kami dilepaskan keluar.

“Assalamualaikum Aufa.”

Aku berpaling ke arah suara yang memanggil. Pelik sungguh apabila aku tidak dapat mengenalpasti siapa lelaki yang berdiri di hadapanku. Pelajar kelas ini ke? Takkanlah… Tapi, macam mana pula boleh ada di sini kalau bukan sekelas?

“Waalaikumussalam. Saya, ada apa?”

“Tak ada apa. Cuma nak serahkan ini.” Tangannya menghulurkan sekeping kertas putih.

Walaupun teragak-agak, hulurannya kusambut. “Untuk apa ni?”

Satu senyuman dihadiahkan kepadaku. “Happy birthday.

Seiring mataku yang membulat kerana terkejut, pipiku disimbah dengan natural blusher berwarna merah. Memang betul hari ini hari lahirku, tapi macam mana…Nurul pun tak kata apa-apa lagi… Mataku silih berganti memandang kertas putih sebesar sebuah kaset itu serta empunya diri yang telah pun berlalu pergi. Nurul serta beberapa rakan yang lain yang masih ada di sekitarku sama terpinga.

Wajah Nurul kurenung. “Pelajar kelas kita ke?”

“Rasanya bukan.”

“Serius?”

Nurul mengangguk pasti. “Kawan Haziq agaknya. Macam dia menghala keluar ke arah budak-budak tu tadi. Apa yang dia bagi?”

Kertas putih itu ketenung kembali. Di warkah itu hanya tertulis:


Aufa Insyirah Ahmad Hanafi,


Selamat Hari Lahir!


-17/03/2005-


***



Sedang aku menanggalkan tudung warna krim yang dipakai saban hari, Nurul menjengukkan muka di pintu bilik.

“Aufa, ni nak keluar pergi ke rumah Lina. Dia panggil datang ke rumahnya, nak siapkan assignment yang Puan Fatimah bagi minggu lepas.”

Niat di hati nak ajak Nurul keluar makan malam di kafeteria. Bukan untuk menyambut hari lahirku, cuma sekadar mahukan seseorang untuk berkongsi masa di hari yang seharusnya memberikan makna ini. Tak apalah, pelajaran lebih penting. Makan boleh tolak tepi sebentar. “Oh, ok. Bawa kunci rumah ke tak ni?”

Keychain berbentuk hati dalam genggaman Nurul dilambung-lambung. “Bawa, takut balik lewat. Nak pesan apa-apa ke? Manalah tahu kalau nanti kami keluar makan di kafe.”

Blok apartmen yang diduduki oleh Lina memang berhadapan dengan kafeteria. Entah kenapa tiba-tiba seleraku mati. “Erm, tak payahlah. Kirim salam pada Lina ya.”

“Ok, pergi dulu!”

Secepat itu Nurul hilang daripada pandangan mata, meninggalkanku merenung daun pintu bilik. Apartmen pelajar yang kami kongsi berdua dirasakan sunyi tak semena-mena. Ada rasa sedih yang bertakhta di jiwa.

Bunyi nada dering membuatku menoleh ke arah katil. “Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumussalam. Happy birthday Kak Aufa! Dah tua-tua ni, jangan nakal-nakal!”

Seronok sekali apabila mendengar suara Afnan di hujung talian. Aku tergelak kecil. Afnan memang adik yang akak paling sayang!

“Boleh kira birthday wish ke kalau sempat mengutuk akak macam tu,” usikku semula.

“Itu reminder namanya, kak,” sambutnya riang. “How was your day?

Nothing unusual compared to my other days, dik. Orang kat rumah apa khabar?”

“Sihat semua. Hold on ya, kak. Ibu nak cakap.”

Sayup-sayup kudengar bunyi geseran. Tentu telefon itu sekarang sudah berpindah tangan.

“Aufa?”

“Ya, ibu.”

“Selamat hari lahir, sayang. Abah kirim salam pada Aufa.”

Tenang sekali suara ibu melembutkan hati ini. Entah kenapa, semakin lembut suara ibu menyapa, semakin sedih rasanya. Tanpa kusedari, titis-titis jernih mengalir di pipi. Rindunya pada ibu…!

“Terima kasih, bu. Abah, ibu dan Afnan sahaja yang sayang pada Aufa…”

“Kenapa sedihnya bunyi?”

“Tak ada apalah, ibu. Aufa rindu pada semua orang yang di rumah...”

“Aufa, pada setiap masa, pasti ada seseorang yang sayang dan ingatkan kita. Apatah lagi Allah SWT sentiasa memerhatikan hamba-hambaNya. Ingat tu ya, sayang.”

Airmata yang ingin mengalir lagi kutahan. “InsyaAllah.”

“Ibu nak kena siapkan makan abah kamu ya, Aufa. Nanti adik kamu pula yang terlebih bising.”

Jam di tangan ku belek – 8 malam. Suara Afnan yang tidak puas hati, jelas kedengaran memprotes di corong telefon, membuatku tersenyum sendirian. “Baik bu. Terima kasih kerana telefon Aufa. Kirim salam pada semua yang ada.”


***


Solat Isyak pada malam itu, ku iringkan sekali dengan dua rakaat solat hajat. Di dalam sujudku, berkali-kali diri ini memohon keampunan, kemaafan, dan pengharapan. Hina rasanya apabila diri yang penuh dosa sujud menghadap Pencipta Yang Maha Esa.

Kupohon petunjuk dan hidayahMu Ya Allah, kerana sesungguhnya hanya Engkau yang mampu memberi dan menarik segala sesuatu. Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagiku melainkan apa yang telah Engkau ajarkan kepadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana. Permudahkanlah urusanku Ya Rabb, dan Kau berilah ketenangan hati…

Aku duduk di birai katil setelah selesai solat, kesan air wudhu’ masih separa mendingin di kulit. Tangan kananku mencapai bantal, disesuaikan dengan postur badan yang mengiring. Mata kupejam rapat-rapat. Tidurlah Aufa…Semoga esok akan datang sesuatu yang lebih bermakna buat dirimu berbanding hari ini…

Ada bunyi ketukan di pintu. Terasa malas hendak bangun. Bukankah Nurul dah membawa sekali kunci rumah tadi?

“Aufa, marilah datang depan sini!”

Nurul, Nurul…ada apa lah tu agaknya… Antara mahu dengan tidak, aku memaksa diri untuk bangun dari katil. Rasanya Nurul dah selamat masuk ke dalam rumah.

Happy birthday!!!

“Nurul, apa ni?” Rakan-rakan rapatku semua beratur di hadapan mata, masing-masing tersengih, dengan Nurul memegang kek coklat yang dihiasi lilin. Sya, Lina, Wani, Fifi, semuanya ada… MasyaAllah...

“Ha, apa lagi terkesima tu. Marilah tiup lilin ni, penat pegang ni tau,” usik Nurul. Habis kami semua tergelak sama jadinya.

“Kenapalah susah-susah buat macam ni? Apapun, terima kasih semua.” Tak tahu apa lagi yang patut ku ucapkan kepada mereka semua. Seribu macam perasaan terbit di dalam dada. Terasa diri ini seperti tergamam seketika.

Nurul datang dan meletakkan tangannya dibahuku, lembut. “Jangan risau, kami tak lupa, Aufa.”

“Terima kasih,” balasku perlahan. Kepada rakan-rakan, kuhadiahkan sebuah senyuman. Syukran Ya Allah!



Posted at 12:33 am by nurtaqwa
Make a comment  

 
Tuesday, March 15, 2005
Episod 1 – HadiahMu Untukku


“Aufa, bangun sayang.” Lembut tangan ibu menggerakkan sisi lenganku. Mataku yang berat masih terkatup rapat.

“Aufa…dah dua kali ibu naik ke bilik kamu ni.”

Lambat-lambat mata yang kuyu ini mencari wajah ibu. Redup wajah ibu menghadiahkan senyuman sambil menggeleng-geleng lembut. “Bangun Aufa, hari yang baik bermula dengan permulaan yang baik. Pergi basuh muka tu. Lepas tu solat subuh. Kejutkan Khalaf sekali.”


***


Selesai menekup tangan ke muka, aku duduk berteleku di atas hamparan sejadah. Terasa syukur yang amat kerana masih dikurniakan peluang untuk menunaikan solat. Dengan keadaanku yang masih lengkap bertelekung, kaki ini melangkah ke bilik Afnan. Khalaf Afnan, satu-satunya saudara kandungku. Ibu sahaja yang memanggilnya Khalaf.


“Tak sedaplah panggilan Khalaf, bu. Macam pelik bunyinya. Ibu panggillah Afnan.”

“Kenapa pula pelik kalau ibu panggil adik Aufa dengan nama Khalaf?”

“Erm, en-tah,” jawabku. Bukannya ada sebab yang bernas untuk menjawab semula pertanyaan ibu. Cuma itulah…peliklah bunyi ‘Khalaf’ kalau nak dipanggil berhari-hari.

“Aufa, Khalaf maksudnya anak yang soleh. Harapnya bila selalu dipanggil begitu, jadilah namanya doa yang makbul,” lembut suara ibu menerangkan. “Panggil Afnan pun tak apa, maksudnya sama baik.”

“Aufa maksudnya apa ibu?”

“Yang setia.” Ibu tersenyum ke arahku, sabar sekali melayan karenah anak perempuannya yang masih kecil ini. “Oleh itu Aufa jadilah teman ibu yang setia ya. Kena rajin tolong ibu.”



Dua kali ketukan di pintu dan tombol kupulas perlahan. “Afnan.” Tiada respon pun. “Afnan?”

Kadangkala Afnan selalu juga mengetuk pintu bilikku, memanggil untuk sama-sama berjemaah dengan abah. Kalau lima kali ketukan di pintu, memang Afnanlah tuan punya tangan yang mengetuknya. Kalau ikutkan kepala yang tidak mahu bangkit dari tidur, memanglah boleh marah bila dikejutkan oleh original stereo tangannya tu.

“Afnan…Afnan, bangun dik. Belum Subuh lagi ke ni?” Mataku mengerling kepada jam di tepi bantalnya. 6:30 pagi. Afnan masih lagi selamat berselubung.

“Afnan,” sengaja kutinggikan sedikit suara. Amaran ala-ala red alert. Entah berkesan entah tidak.

“Assolatu khoirum minan naum ya Khalaf.”

“Hmm…” Afnan beralih sedikit dari posisi asalnya. Mulut berkumat kamit tapi matanya tidak pula dibuka. “Mengantuklah kak…”

“Mengantuk pun kena solat juga, Afnan. Pergi bersihkan muka dan ambil wudhu’, mesti kurang sikit letih tu. Nanti habis waktu Subuh pula.”

Kenapa letih sangat Afnan ni, hatiku bertanya kecil. Ibu jari kakinya kupicit, petua ibu untuk mengejutkan orang yang sedang enak tidur. “Afnan, bangunlah. Ke nak suruh akak panggil ibu datang ke sini?”

Ada kata-kata yang keluar dari mulut Afnan, tapi bunyinya tak jelas. Marahkan kakaknya yang menggunakan taktik ‘ugutan’, barangkali. Apabila dilihatnya kelibat Afnan yang letih mula bangkit dari tidur, Aufa bangun dari sisi katil. Ada senyum di bibirnya sewaktu dia melangkah keluar dari bilik adiknya yang seorang itu. “Nak marah pada akak pun tak apalah Afnan, tapi make sure solat Subuh tu ya.”



***



“Ada lagi ke beg yang akak nak bawa balik?”

Tangan kananku menyambut dua beg bajuku yang dihulur oleh Afnan. “Larat ke Afnan nak tolong angkat kalau akak jawab ‘ya’?”

Tergelak adikku dibuatnya. “See the leg la Kak Aufa. Kurus-kurus orang pun, power juga tau.”

See the leg la pula…” Ada-ada sahaja “bunga-bunga bahasa” baru yang diguna pakai oleh adik kesayanganku ini. “Merosakkan bahasa je kamu ni, Afnan.”

“Sekali-sekala kak, kita kena melancarkan ‘arus perubahan’,” seloroh Afnan. Siap main kenyit mata lagi. Afnan, Afnan…

“Pandailah tu. Tak nak buat revision or anything of that kind ke? Esok kan Isnin.”

My homeworks are all finished la kak. Tinggal malam nanti nak belek buku Sejarah sekejap. Esok ada ujian gerak gempur.”

Aku tersenyum mendengar jawapannya. Alhamdulillah, Afnan ni senang nak disuruh untuk mengulangkaji, mungkin juga berkat dari asuhan abah dan mak yang bertegas menekankan kepentingan ilmu. Dahulu, berkali-kali juga ibu atau abah menegur sekiranya kami memberi alasan untuk mengelak daripada meluangkan masa untuk mengadap buku. Tapi Afnan ni memang amat berminat dengan subjek Sejarah, even more so compared to the other subjects he’s taking. Dari kecil sampai ke besar, suka benar mengetahui salasilah peradaban manusia. Penangan arwah Tok Ayah kami yang rajin bercerita sewaktu kami kecil agaknya… Tahun ini dia ada jihad besar untuk ‘berperang’ dengan peperiksaan SPM.

“Kak, ibu panggil tu.”

Istighfar kuucapkan dalam hati. Maafkan Aufa ibu, tak terdengar panggilan ibu tadi. Pantas aku menyusun langkah ke dapur. “Ya, ibu.”

“Bekal yang nak dibawa balik. Tengok ni,” ibu menoleh ke arah bekas yang berisi kuah mee rebus di tangannya sebelum menyambung, “cukup tak?”

“MasyaAllah bu. Banyak dah tu.” Ibu ni tabiatnya kalau nak memberi barang kepada orang, memang tak beragak nilainya. “Takut tak habis pula nanti.”

Ibu menuang sedikit lagi kuah laksa ke dalam bekas sebelum meletakkannya ke atas meja. “Kawan-kawan Aufa kan ada. Makan ramai-ramai dengan yang serumah tu ya. Dapat pahala bila kita menjamu orang makan.”

“Akak, Kak Nurul dah sampai!”

Jelas suara Afnan memanggil dari ruang depan. Tentu pemilik kereta Kembara itu sedang menantiku di hadapan pintu pagar. Nurul Jannah, teman serumah merangkap rakan karibku semenjak menapak di menara gading. Sudah menjadi kebiasaan untuk aku menumpang Nurul sewaktu hendak balik ke rumah serta kembali ke universiti. Kata Nurul, dia pun lebih suka memandu berteman daripada berseorangan.

Kalut juga ibu sewaktu menyiapkan bekal untuk dibawa balik apabila Afnan sudah berteriak begitu. Selesai segalanya, kukucup tangan ibu. “Mak, Aufa pergi dulu ya.”

“Abah kamu ada di luar. Tak habis-habis dengan kayu golfnya itu lah agaknya. Telefon ibu bila dah sampai nanti.”

Tepat tekaan ibu. Abah memang sedang ‘bermanja’ dengan kayu golfnya, giat meneruskan aktiviti rutin ‘chipping’-nya di pagi hari. Sambil-sambil itu, Afnan sudah siap membantu mengangkut barang-barangku ke kereta Nurul.

You’re going back?

Yup. Nurul’s here.

Abah memandang sekilas ke pintu pagar. “Ok.” Tangannya diseluk ke dalam saku sebelum dihulurkan kepadaku. “Duit ni untuk buat belanja.”

Aku tunduk mencium tangan abah. Rasa segan untuk menerima wang tersebut pun ada. “Terima kasih abah.”

Adik lelakiku yang tinggi lampai itu tak berganjak menungguku di pintu pagar, lantas menghulur tangan untuk bersalaman. “Kalau masa itu emas, kak, tentu Kak Nurul dah bertambah kaya raya sekarang.”

Lengannya kutepuk half-heartedly, ‘jawapan’ kepada komennya sebentar tadi. Sempat aja menyakat orang. “Belajar elok-elok Afnan. Jaga ibu dengan abah sekali.”

“InsyaAllah, kak. Doakan Afnan.”

Setelah diri selamat berada di dalam perut kereta panduan Nurul, aku melabuhkan semula pandangan ke arah abah, ibu, dan Afnan. Tak semena-mena, hati ditusuk rasa sayu seketika. Berat pula hendak berangkat pulang ke universiti. Nurul yang sedang mengundurkan kereta berpaling ke arahku, seakan-akan mendengar bisik hati kecil ini. Belajar itu kan salah satu cara untuk berjihad, Aufa. Ia tuntutan agama serta baktimu untuk keluarga.

Seraya itu kepada Nurul kulemparkan senyum, lantas tanganku melambai ke arah sekumpulan manusia – kukira nikmat Allah yang tidak terhingga – pemberian keluarga. Dalam hati ku berdoa agar perjalanan pulang kami diberkati dan dilindungi.

Universiti, here we come…!


Posted at 03:30 pm by nurtaqwa
Make a comment  

Previous Page