|
Assalamualaikum, Harapnya readers TKH sihat2 belaka ya :) First of all, Nur nak ucap banyak2 terima kasih kpd semua yg masih lagi rajin follow-up dgn blog Nur. Also thanks untuk sahabat2, adik2, kakak2, rakan2 virtual, as well as everyone viewing this page. And memandangkan dah dekat sangat untuk menyambut ketibaan Syawal ni, Nur pun nak ambil peluang untuk memohon maaf yang teramat sangat andai kata pernah ada terkasar bahasa, tersilap kata, terlambat berzaman2 utk update ( ;) ), dsb. Sama-samalah kita memberi kemaafan, semoga dengan itu kita dapat menjadi hambaNya yang lebih baik. Selamat menyambut Aidilfitri & moga diberkatiNya senantiasa ~ take care! Wassalam. P/S:- 1. Nur ada invitation untuk anda semua ~ marilah sama-sama melaksanakan puasa selama enam hari dalam bulan Syawal nanti ya ;) Genbatte! 2. Short entry di bawah ni dibuat sebab saja nak berkongsi keadaan Aufa & gang menjelang Raya ni, by request, lgpun Nur dah lama x update. So of course, it's not a part of the actual story. Anyway, be safe & have fun! Tagboard Reply Tulus Kata Hati : Break || Raya Edition “Aufa, tolong ibu bawakan rendang ni ke meja depan.” Suara ibu dari dapur kusambut, lantas kaki melangkah ke arah meja makan, melihat-lihat persiapan yang tersedia. Ayah dan Afnan sudah lama hilang ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya, sebentar lagi tentu akan pulang semula. Jadinya, anak mak yang seorang ini apa lagi, kenalah turut serta dalam Ops Gempur Juadah di rumah. “Ada lagi yang nak dibawa ke depan ke ibu?” Mangkuk kaca yang berisi rendang daging masakan ibu selamat diletakkan di atas meja makan, bersebelahan dengan kuih kacang dan ketupat. Di hujung meja, penuh dulang ibu dengan kuih muih yang beraneka jenis – yang wajibnya, kuih suji, tat nenas, serta cip coklat kegemaran Afnan. “Apa yang akak termenung tengok kuih chocolate chip Afnan tu?” Aku menoleh ke muka pintu, berlawan pandang dengan adikku yang lengkap berbaju Melayu warna ungu lembut. Songkoknya yang terletak di atas kepala ditanggalkan. Panjang umur budak ni, baru aja disebut-sebut, dah muncul di depan mata… “Ha, tengok tu, termenung lagi.” Afnan merebahkan badannya di sofa putih bertentangan dengan posisiku. Ayah sudah hilang ke dapur. “Tahulah Afnan ni handsome kak. Kot iya pun…” “Ya Allah, perasannya…!” “Eh, eh, orang tu ada suara lah! Ingatkan Afnan nampak patung simen tadi,” sakat Afnan. Ewah ewah…cubalah jangan menyakat chef yang tolong merealisasikan impian dia nak makan biskut favourite yang satu tu. Akak mengadu pada ibu nanti, baru tahu! “Afnan, Afnan tak nak makan biskut coklat cip tu agaknya ya…” Afnan bingkas bangun ke arahku, tangannya cepat menyambar balang yang berisi biskut kegemarannya. Dia tersenyum nakal. “Tak baik tau kak, buli orang.” Ada senyum yang mengiring gelengen kepalaku. “Habis tu, Afnan buli akak boleh…” “Boleh! Malaysia boleh, Afnan pun boleh!” “Afnan…!” Tergelak adikku yang seorang itu melihatkan muka kakaknya yang sudah mula memerah. Nada dering dari telefon bimbitku berlagu riang. Subhanallah…terkejut Aufa! “Assalamualaikum.” One missed call. ‘Missed 1: Nurul’. Bertuah sungguh! “Assalamualaikum!” “MasyaAllah Nurul…awak dah ada depan rumah rupanya!” Rakanku yang seorang itu sedang tersenyum-senyum di muka pintu sambil menanggalkan kasut. Ibu muncul dari dapur dengan membawa bersama kuah lodeh, disusuli kelibat ayah. Nurul kusambut di tangga, sebelum dia bersalaman dengan ibu dan menyapa ayah. Afnan yang sedang makan, berhenti seketika. “Kak Nurul, marilah teman Afnan makan.” “Pergilah makan, Nurul. Makcik nak bersiap sekejap. Aufa, tengokkan Nurul ya.” Aku mengangguk ringkas sambil mengajak Nurul ke meja makan. Wajah Afnan dikerling sekilas. “Afnan memang, Kak Nurul diajaknya makan. Akak ni, Afnan tak ajak pun.” Nurul dan Afnan tergelak mendengar usikanku, sebelum Afnan menyahut. “Ala anak manja yang seorang ni…Meh Afnan suap meh. Nak?” Tak tahan melihat Afnan yang sedang tersengih-sengih mengangkat sudu, aku tersenyum. “Tak nak.” “Tengok tu Kak Nurul, dia jual mahal pula. Kalau dengan Afnan pun macam ni, kesianlah dekat abang Am tu. Entah macam mana teruk Kak Aufa dera agaknya…” Sekali lagi Nurul tergelak. Afnan pula dengan percumanya mendapat hadiah cebikan dariku. Sabarnya hati…! Afnan, lepas Kak Nurul awak balik nanti…selamatlah! Telefon bimbit yang berdering seakan-akan menjerit, menyuruh untuk diangkat. “Assalamualaikum.” “Wa’alaikumussalam cik Aufa. Berapa minit lagi baru Am boleh datang?” Aku tersenyum. “Datanglah bila-bila yang awak nak. Nurul pun dah ada dekat sini.” “Ten minutes. Buka pintu tau.” “Yes sir.” Telefon bimbit diletakkan semula di atas meja. Sasaran terkini – kuah kacang! “Sepuluh minit lagi Am datang.” Pandangan yang dikongsi Afnan dan Nurul dibiarkan berlalu tanpa kata. Afnan sudah mula buat-buat batuk. Pula dah… Beep. Beep beep. Assalamualaikum. Aufa, maaf ya kalau ada salah silap Nufail selama persahabatan ni. Semoga Allah melimpahkan Nur-Nya ke atas kita sentiasa, InsyaAllah. Nak mula makan rendang, jangan lupa baca bismillah k ;) Eid mubarak! Entah kali keberapa bibir ini mengukir senyum hari ini. Sama-sama maaflah ya, Nufail. “Am lagi?” Aku menggeleng, jawapan bagi pertanyaan Nurul. Senyum di wajah tentu masih belum pudar serinya. Nurul sudah mengangguk-angguk faham. “Nufail ya…” Afnan yang sedang meneguk air berlaga mata dengan Nurul. “Nufail siapa?” Nurul kujeling sekilas. Silent signal. Afnan ni bukan boleh dilayan lebih-lebih…“Kawan akak dekat U. Dah dah, makan.” Mata hitam Afnan yang nakal sudah mula menari-nari. “Oh…'kawan' ya…Abang Am tau?” Dahiku sudah mula berkerut. “Apa kena mengena dengan Am pula?” “Banyak kena mengenanya...” Riak wajah Afnan yang kononnya sedang tekun berfikir kupandang tak berkelip. Namun, belum sempat Afnan hendak menyambung kata, ibu kembali bersama-sama kami di meja makan, melihat-lihat juadah yang terhidang sama ada perlu ditambah. Kami adik-beradik saling berpandangan – entah mesej apa yang dihantar. Afnan mula tersengih-sengih. “Ibu…ibu nak tau tak...” Afnan memandang tepat ke arahku, masih tersenyum-senyum. Mataku serasa membulat tidak semena-mena. Aduh ibu…nakalnya adik Aufa yang seorang ini! “Tak ada apa-apalah ibu. Afnan ni suka sangat mengusik.” “Akak kan…dia kan…” “Afnan…” Nada suaraku ada bersalut amaran. Afnan, tolonglah! Pening kepala akak ni dik! Nyata sekali Afnan tidak mengendahkan nasihatku. Perlahan-lahan adikku itu bangun dari duduknya, berserta mangkuk dan gelas di tangan. “Dia ada ‘kawan’ kat universiti…Kalau tau dek abang Am…” Ibu tersenyum memandangku. Nurul yang sedang menjamu selera tidak mengangkat muka. Sama ada masakan ibu terlalu sedap atau dia tidak mahu mencampuri hal ini. “Iya ke…” Ya Allah ya Tuhanku…Merah padam muka ini dibuatnya. Afnan memang suka sangat menyakat akak ya! Tunggulah nanti…Aduh…! “Mana ada, bu. Afnan ni yang menyakat orang. Suka-suka hati aja buat cerita.” Makin manis senyuman ibu kala itu. Entah apalah yang sedang difikirkan ibu tersayang itu, Tuhan sahaja yang tahu. Afnan…Afnan… “Sudahlah tu. Tak elok bergaduh pagi-pagi hari begini. Makanlah Aufa, kasihan Nurul ni.” Aku dan Nurul saling berpandangan, masing-masing melempar senyum. Dalam hati ini, sebenarnya ada rasa sedih yang terpalit, mengenangkan perginya Ramadhan Al-Mubarak. Tambah menyedihkan apabila memikirkan entah masih adakah lagi peluang untuk meraikan kedatangan kekasih yang dinanti pada tahun hadapan. Satu-satunya bulan Islam yang disebut di dalam kitabullah, Ramadhan merupakan nikmatNya yang membuahkan rahmat, pengampunan dosa, serta pembebasan daripada api neraka. MasyaAllah…besar sungguh kelebihan yang diberi Allah SWT kepada umat Muhammad SAW… Rahmatilah kami Ya Allah, dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan yang seterusnya. Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana… Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir & Batin |
| ummunu'man June 13, 2009 06:43 PM PDT salam perkenalan enti punya original karya ke? cantique... | ||
| asrar March 16, 2008 10:51 AM PDT assalamualaikum kak.. hope akak baca atau pun terbaca la komen saya ni..just nk tnya cerita tulus kata hati tu episod 12 je ke?? mintak2 tak la kan... mmg cerita akak best la.. emm bila akak nk smbng citer tkh tu? akak janganlah sambungannya tu buat dalam bentuk novel plak eik?? bkn aper.. tp klau baca online ni tk yah susah2 kluar duit..;) klau akak nk reply,send la kat email saya..(pink_butterflygurlzz@yahoo.com) hope akak ada la masa lyn saya jap eik?? | ||
| nur5268 November 21, 2005 01:54 AM PST eita, ikhwan, kak pink & finalan ~ arigatou gozaimasu! | ||
| finalan November 10, 2005 01:42 PM PST salam Nur.. nice story... selamat menunaikan ibadah puasa sunat Syawal... | ||
| pink Jambu November 7, 2005 12:36 PM PST sebenarnya cerita2 Nur ni yg temankan kakPinK :) kakPinK pun minta mahap sepanjang kita disini :) sepanjang mengenali Nur salam aidil fitri mmuah dia 44x..hehehe p/s : kakpinK doa yg baik2 je utk Nur. ameen. | ||
| ikhwan November 3, 2005 07:15 AM PST a'kum. ni betul2 tgh pagi raya ni ;) apapun, hrpnya Nur sihat di samping family. Good to know how Aufa & gang are celebrating :) Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin! | ||
| eita November 2, 2005 05:14 PM PST akum nur... salam aidilfitri buat nur sekeluarga. maaf kalau ada salah dan silap sepanjang kita berkenalan... apa menu utama untuk hari raya nanti? insya-ALLAH... 'jemputan' nur tu, kita buat sesama... ;) take care... p/s: xm dah habis ke? n thanks tuk n3 baru... muahh!! | ||
| Leave a Comment: |